Ahad, 7 Mei 2023

Training

 Assalamualaikum,

Ini penyebab den tak dapat pegi Batu Pahat Jumaat hari itu.

Mengantikan orang, sebab nak bawa maknya ke klinik. Merayu-rayu minta ahkak replace dia. Ok lah ahkak sanggup replace dia, kerana nak bawa maknya for checkup, itu yang lebih penting.

Dalam lif nak pegi lunch
Speaker yang tudung hitam tu...

Training kat NU jer
Speaker pun lecturer NU, Dr Fizah

Entah bila masa si Zira ni snap gambar
Tau-tau dah di postnya kat group kantin

One day training jer. Customer service level 2. Level 1 tak pegi pun. Level 2 ini sebab replace orang.

Jumaat, 5 Mei 2023

Majlis Nikah Azwan

Assalamualaikum,

Hari ini 5.5.23 telah berlansungnya majlis nikah anak buah kami, Azwan di Batu Pahat. Nikahnya selepas solat Jumaat.

Ahkak tak dapat mengiringi Azwan ke majlis pernikahannya kerana ada perkara yang tak dapat dielakkan di pejabat. Bapa pengantin iaitu abang kami ada sediakan homestay untuk ahli keluarga yang mengiringi pengantin.


Azwan





Dengan ibu dan ayah pengantin lelaki

Adik lelaki dalam perjalanan ke Batu Pahat petang tadi, manakala Kak Ngah baru keluar Senawang pun menuju ke Batu Pahat....


Open House Rumah Mak Su

Assalamualaikum,

Ada 2 jemputan pada Ahad lepas. First kita ke Bukit Mahkota, Bangi. Tak ada gambar, segan nak snap.

Ke 2 kerumah Mak Su di Taman Rashidah Utama, Seremban.

Yang duduk: Pak Cik, Mak Su, Mak Cik (isteri Pak Cik), Kakak Ipar,
Berdiri: Anak-anak Pak Cik, Adda ( anak Mak Su) dengan suaminya, Arvind

Tak dapat jumpa family Pak Cik
Lambat sampai

Banat Sandwich dari Nilai
Yang kami hantar pagi tu
Petang tinggal kotak ajer....
Memang laku sandwich ini..

Khamis, 4 Mei 2023

Cerita Ahad Lepas

 Assalamualaikum,

Ahad pun ada jemputan open house. Ada dua jemputan, satu di Bukit Mahkota dan satu lagi rumah Mak su di Seremban.

Pukul 10 pagi ahkak dan Putri dah ke Seremban. Hantar roti jala dan sandwich ke rumah Mak Su. Dia suruh order kat Nilai. Sedap katanya.

Pagi tu Lekas tak banyak kereta lagi. Tak lama kat Seremban. Turun kan makanan dan terus balik sebab en. Suami nak pergi open house yang kat Bukit Mahkota dulu. Selepas Bukit Mahkota baru ke rumah Mak Su for open house nya. Kami lambat sampai. Ramai sedara-mara dah balik.

Petang kenderaan dah banyak kat highway
Nak keluar Nilai - jammed

Nak masuk Nilai pun jammed
Kiranya tak susah lah rakyat Malaysia ni
Tak dapat keluar KWSP pun 
Banyak kenderaan di jalan raya...😀

Isnin, 1 Mei 2023

Rumah Terbuka Aidifitri: Rumah Anuar

 Assalamualaikum,

Dapat jemputan dari anak buah pada sabtu 29.4.23 di Springhill, PD.

Yang kat pintu tu tuan rumah

Anak-anak buah ahkak

Kakak ipar dan anak perempuannya
Ibu kepada tuan rumah




Sabtu tu hujan lebat sangat kat PD

Depan Springhill tu banjir kilat lah.

Kita tunggu Air surut baru gerak balik.

Dapat Raya Hamper

 Assalamualaikum,


Terima kasih pada yang memberi....

Hari Raya Ke Tiga: Officially Closed Rumah Kampung

 Assalamualaikum,

Setelah 5 hari di kampung dan raya ketiga officially closed rumah pusaka. Tinggal sepi lah rumah pusaka tu.

Semua gerak balik ke rumah masing-masing.

Jammed
Menuju ke Pekan Rantau
Adik gerak dulu so dia WhatsApp gambar ini...