Assalamualaikum,
Ahad pun ada jemputan open house. Ada dua jemputan, satu di Bukit Mahkota dan satu lagi rumah Mak su di Seremban.
Pukul 10 pagi ahkak dan Putri dah ke Seremban. Hantar roti jala dan sandwich ke rumah Mak Su. Dia suruh order kat Nilai. Sedap katanya.
Pagi tu Lekas tak banyak kereta lagi. Tak lama kat Seremban. Turun kan makanan dan terus balik sebab en. Suami nak pergi open house yang kat Bukit Mahkota dulu. Selepas Bukit Mahkota baru ke rumah Mak Su for open house nya. Kami lambat sampai. Ramai sedara-mara dah balik.
Petang kenderaan dah banyak kat highway
Nak keluar Nilai - jammed
Nak masuk Nilai pun jammed
Kiranya tak susah lah rakyat Malaysia ni
Tak dapat keluar KWSP pun
Banyak kenderaan di jalan raya...😀
mmg x leh elak jem musim raya ni. sy balik kg yg cuma 13km dari sini pun paling cepat akan sampai dlm masa 1 jam... kerana ramai perantau balik kg di kelate ni..
BalasPadam