Rabu, 13 Mac 2024

Servis Kereta Najwa

 Assalammualaikum,

Dari KM Plaza kami terus ke Metro Park, Sendayan. Tujuannya nak makan Nasi Arab Damsyik kat situ, tapi dah ternampak ada kedai servis kereta, so kita hantar dulu kereta. Kedai ini berdekatan dengan Nasi Arab Damsyik....






Sementara tunggu kereta siap di servis kita ke Nasi Arab Damsyik...........

Bila Sesi Persekolahan Dah Bermula

 Assalammualaikum,

Beginilah jika sekolah dah bermula.......... hadap jammed...


Cuti sekolah hari itu, seronok jer jalan.... Tak jammed pun....

Selasa, 12 Mac 2024

Ke Rantau

 Assalammualaikum,

Sabtu ke Rantau dengan harapan tailor yang selalu kami hantar tu terimalah lagi kain...... 

Nasib  nyonya tu nak terima lagi tempahan

dari Rantau kami gerak ke Linggi
tapi tak singgah / buka rumah kampung pun
ke Linggi sebab nak pegi gunting rambut dan minum cendol.....
Jauh kami datang hanya untuk minum cendol...
jumpa sedara dari KL dan Seremban tengah beratur beli cendol....
dia pun kata, jauh kami datang semata-mata nak beli cendol jer......
sebelum tu adik ahkak dari Kajang pun singgah beli cendol...
dia balik kononnya nak bersihkan kubur arwah-arwah ahli keluarga kami
tapi sampai Linggi dah panas terik........

Dari Linggi kami terus ke Seremban
ke KM Plaza
parking berdekatan Tasik Convent ni.......
kenapa ahkak panggil tasik convent.....
sebab tapak tasik tu dulu adalah sekolah convent
tapak convent tu dulu sebenarnya nak didirikan Mall
tapi korek-korek air yang keluar
dalam tasik tu ada cerucuk ya.......

kat KM Plaza masa ahkak pergi tu tak lah ramai sangat orang
tapi tak ada yang berkenan di hati Najwa......

Dari KM Plaza kami terus ke Nasi Arab Damsyik di Bandar Sri Sendayan
Berhadapan dengan Masjid Bandar Sri Sendayan........

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Negeri Sembilan (Zon 3) Seremban Dan Port Dickson

 Assalammualaikum,

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa untuk tahun ini.... Dapat dari group whatsapp taman.


Isnin, 11 Mac 2024

Daging Style Harimau Menangis

 Assalamualaikum,

Jumaat balik kerja dah terhidang makanan yang dimasak oleh Najwa. Simple but menyelerakan......

Daging harimau menangis katanya....

Sup sayur

sambal cicah yang pedas
berpeluh makannya...

guna frying pan jer

Hasilnya
Sedap...

Disebabkan jumaat dah makan daging, so malaslah nak merendang.........

Aiskrim Goreng

 Assalamualaikum,

Jumaat Najwa tak ada kelas, so Khamis petang tu Najwa dah balik ke rumah. Selepas Maghrib dia ajak keluar nak makan aiskrim goreng. teringin sangat katanya.......... so kita ikutkan jer lah......

Kami ke Mercato Enstek.

perisa coklat

order ini juga
Mashed potato
and Najwa request nasi Goreng Seafood
nasi goreng tu bungkus jer
beli untuk dia ajer
kat rumah dah masak sambal sotong dan telor dadar
dan singgah beli tealive untuk Adli

Ambang Ramadhan

 Assalamualaikum,



Marhaban ya Ramadan
Umat Islam akan mula berpuasa esok
Selamat berpuasa buat semua umat Islam
Semoga kita yang menjalankan puasa di bulan ini meraih banyak berkah, rahmat dan ampunan dari Allah SWT.

Sempena kita menjejak kaki ke bulan mulia ini, saya menyusun jari sepuluh memohon kemaafan buat semua kawan-kawan blogger......

Selamat menunaikan ibadah puasa dan tarawih.......