Khamis, 14 Mac 2024

Hero Tukar Rim Kereta

 Assalamualaikum,

Kejadian Sabtu hari itu.... lepas kerja terus ke kedai tayar......... gaji pertamanya lekat kan rim baru..... duit dia soooooo mama diam ajer.... tapi ingat kan dia suruh menyimpan sikit..... sekarang ini dia travel ke Semenyih, duit minyak dengan tol banyak lah keluar........

Rim lama, dah bengkok katanya.....
pada pandangan mama cantik lagi rim lama


dah siap pasang rim baru......
dengan 2 biji tayar baru....
total damage RM900++

Gaji bulan depan pun dah ada perancangannya untuk ke kereta juga........
alahai orang bujang
pandai-pandailah menyimpan sikit.........

pagi ini dia pegi lentung pagar mama
masa dia reverse pagar tu bergerak pula di tiup angin
selalu pagi-pagi mama akan pegang pintu pagar tu
hari ini mama keluar dulu dari dia..........

Rabu, 13 Mac 2024

Nasi Arab Damsyik, Sendayan Metro Park

 Assalammualaikum,

Lepas hantar kereta servis kami ke Nasi Arab Damsyik. Sambil menunggu isi perut dulu.....

Ini cawangan Nasi Arab Damsyik. 2 kedainya di Seremban. Satu di Jalan Senawang Paroi dan satu lagi di Persada Cattleya, Senawang.... 



Bertiga sahaja
Adli Kerja dan dia pun ada hal selepas waktu kerjanya....

Servis Kereta Najwa

 Assalammualaikum,

Dari KM Plaza kami terus ke Metro Park, Sendayan. Tujuannya nak makan Nasi Arab Damsyik kat situ, tapi dah ternampak ada kedai servis kereta, so kita hantar dulu kereta. Kedai ini berdekatan dengan Nasi Arab Damsyik....






Sementara tunggu kereta siap di servis kita ke Nasi Arab Damsyik...........

Bila Sesi Persekolahan Dah Bermula

 Assalammualaikum,

Beginilah jika sekolah dah bermula.......... hadap jammed...


Cuti sekolah hari itu, seronok jer jalan.... Tak jammed pun....

Selasa, 12 Mac 2024

Ke Rantau

 Assalammualaikum,

Sabtu ke Rantau dengan harapan tailor yang selalu kami hantar tu terimalah lagi kain...... 

Nasib  nyonya tu nak terima lagi tempahan

dari Rantau kami gerak ke Linggi
tapi tak singgah / buka rumah kampung pun
ke Linggi sebab nak pegi gunting rambut dan minum cendol.....
Jauh kami datang hanya untuk minum cendol...
jumpa sedara dari KL dan Seremban tengah beratur beli cendol....
dia pun kata, jauh kami datang semata-mata nak beli cendol jer......
sebelum tu adik ahkak dari Kajang pun singgah beli cendol...
dia balik kononnya nak bersihkan kubur arwah-arwah ahli keluarga kami
tapi sampai Linggi dah panas terik........

Dari Linggi kami terus ke Seremban
ke KM Plaza
parking berdekatan Tasik Convent ni.......
kenapa ahkak panggil tasik convent.....
sebab tapak tasik tu dulu adalah sekolah convent
tapak convent tu dulu sebenarnya nak didirikan Mall
tapi korek-korek air yang keluar
dalam tasik tu ada cerucuk ya.......

kat KM Plaza masa ahkak pergi tu tak lah ramai sangat orang
tapi tak ada yang berkenan di hati Najwa......

Dari KM Plaza kami terus ke Nasi Arab Damsyik di Bandar Sri Sendayan
Berhadapan dengan Masjid Bandar Sri Sendayan........

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Negeri Sembilan (Zon 3) Seremban Dan Port Dickson

 Assalammualaikum,

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa untuk tahun ini.... Dapat dari group whatsapp taman.


Isnin, 11 Mac 2024

Daging Style Harimau Menangis

 Assalamualaikum,

Jumaat balik kerja dah terhidang makanan yang dimasak oleh Najwa. Simple but menyelerakan......

Daging harimau menangis katanya....

Sup sayur

sambal cicah yang pedas
berpeluh makannya...

guna frying pan jer

Hasilnya
Sedap...

Disebabkan jumaat dah makan daging, so malaslah nak merendang.........