Jumaat, 4 Januari 2013

Sarapan aku pagi ini

Assalammualaikum

Mee goreng berencahkan sotong ajer sarapan kami anak beranak pagi ni. Sekarang ni, sejak sekolah dah bukak aku kena merajinkan diri untuk membuat sarapan buat anak-anak dan en. suami. Anak-anak sekarang ni ada yang bersekolah pagi dan ada yang bersekolah petang. Si Abang bersekolah petang so memang kenalah buat sarapan untuk dia di samping si Adik pun boleh bersarapan sekali. Dan aku juga harus menyediakan makan tengahari untuk si Abang before dia pergi ke sekolah pada pukul 12.30 tengahari. Kena masak lebihlah pada belah malam.....
 yang ni bekalan aku ke office..... sotongnya tak nampaklah pulak...........

 
Sekarang ni terkejar-kejarlah aku, sebab kena menghantar dan mengambil si kecik dari sekolah. Kakak yang dia orang naik since dari darjah 1 dulu tu tak masuk pulak area sekolah cempaka jadi akulah yang kena menghantar dan mengambil. Oh ya, si kecik aku ni dah aku pindahkan ke Cempaka, tak ada SRAI lagi...... Si kecik ni tak nak naik van Cik Linda or Cik Za yang masuk area sekolah Cempaka......  Jadi waktu rehat aku sekarang ni kena ikut waktu dia habis sekolah, ambil sikecik dan aku pun boleh balik makan tengahari..... Nasib baiklah office aku tak jauh dari rumah...... bolehlah balik....... Si Abang pula aku tumpangkan dengan jiran lama sebab anaknya sebaya dengan si Abang, cuma waktu balik dalam pukul 6.50 petang tu turn aku kena ambil. Memang penat jadi driver ni...... tapi tak apalah berkorban untuk anak-anak demi masa depan dia orang...........

SAYANG KALIAN BERDUA..........

Khamis, 3 Januari 2013

Nilai Resources Annual Dinner

Assalammualaikum,

Tahun ni (2012) ajer 2 kali annual dinner - satu end of January hari tu dan yang kedua ni pada 28 Disember 2012..... entah kenapa pulak kali ini sampai 2 kali dinner kita orang........ dah banyak duit sangat kottttt..... tapi apa-apa pun makanannya memang tak best langsung....... seperti biasa dan tahun-tahun sebelumnya dan sampai bila-bila pun our dinner adalah di Nilai Spring Hotel (companynya jugak) jadi makanan yang kita orang makan tu dah lali dengan tekak kita orang. Apa-apa event pun kat situ jugak, jadi makanan yang sama jugak..... bak kata one of the lecturer dah makan free, tu yang kita dapat yang tak sedapnya....... hehehe....... 

Annual dinner kita orang ni terdiri daripada staf-staff dari anak-anak syarikatnya seperti Nilai Golf Resort, Nilai Spring Hotel, Nilai Landscape, Nilai University, Nilai International School, BBN Development dan ada beberapa company lagi (tak ingat).

Persembahannya pulak macam kita orang duk nonton opera cina pulak rasanya........ Nasib baiklah ada Baba and Nyonya yang menyelamatkan keadaan. taklah boring sangat..... temanya pada malam tu The Night of Shanghai so dibantainyalah berbahasa mandarin..... melopong ajerlah.... Lucky Draw malam tu banyak staff dari BBN yang dapat.........

 Meja kita orang........
 with one of the lecturer from our school........
 banyak meja yang diperuntukkan untuk Nilai University yang kosong coz masa tu adalah cuti semester dan dah semestinya lecturer bercuti sekarang ni.......... yang ada datang tu pun yang duduk area Nilai ni ajer.......
 makanannya....... yang berbungkus dan bertulis 2013 tu adalah door gift yang kita orang dapat..... kek ajer yang dibaginya......... teruk betullah.......
 Nasi ayam yang tah rasa apa-apa.......
 puding roti.......
 persembahan dari Baba and Nyonya yang menyelamatkan keadaan...... terhiburlah sikit.......
 ni satu lagi persembahan yang rancak  Gangnam Style............. tapi Shanghai style..........
 persembahan Gangnam Style dari staff Nilai Resources. Yang tengah-tengah tu dari Nilai University.... yang kiri kanannya tu akak tak kenal.......
 ada persembahan bunga api pada malam tu...... staff-staff dari Nilai Resources sambut awal tahun baru 2013.......

Now Open........

Assalammualaikum,

Dan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua.....

Ni nak khabar kat kawan-kawan di sekitar Nilai, Kompleks Sukan Airport dah bukak, tapi buat masa ni hanya ada gelanggang badminton and bowling ajer...... Aku bukan promote kompleks sukan ni ya..... saja ajer aku nak tempelkan kat blog aku..... kompleks sukan ni hanya sepelaung ajer dari kampus NU, dekat dengan office aku..... so semalam ramailah lecturer yang melepak kat situ....... kali ni kalau dia orang tak gi kelas boleh cari kat sini...... hehehe....... jangan marah ya lecturer NU yang membaca blog aku.......

So kawan-kawan area Nilai, Salak and KLIA jom ramai-rami serbu kompleks sukan ni..... Futsal belum lagi ya...... kalau tak silap aku Futsal akan dibuka pada bulan Februari.


Sabtu, 29 Disember 2012

Nasi Lemak Nabil lagiiiiiii

Assalammualaikum,

Atas permintaan anak-anak, kami ke Nasi Lemak Nabil kat Mambau...... Sebenarnya nama warung ni ialah Warung Nasi Lemak Hajjah Halimah (kalau tak silap akulah.....) tapi si Nabil ni kalau tak silap aku mengikut cerita orang-orang Mambau pernah bekerja di sini...... tu sebab orang panggil Nasi Lemak Nabil........ Warung nasi lemak ni terletak berdekatan dengan rumah rakyat Mambau, tepi jalan ajer....... Sambal nasi lemaknya memang terbaik....... warung ni dibuka selepas pukul 8 malam.......
 licin ..........
 kepedasan.......

Jumaat, 28 Disember 2012

Tetamu bermalam kat rumah kami

Assalammualaikum,

Menerima tetamu pada hari Ahad lepas.... after selesai kenduri kahwin kat KOSASS baru tetamu ni bertandang ke rumah kami.... lebih kurang pukul 8 malam baru dia orang sampai..... siap bawa makanan dari kenduri kahwin tu...... Lepas panaskan kesemua bekalan yang dibawa dan siap-siap makan kami bawa tetamu ni berjalan-jalan ke KLIA..... tak tahu nak bawa kemana dah.... kat Nilai ni bukannya ada tempat-tempat yang menarik pun..... nak bawa kat Nilai 3, sure dah tutup kesemua kedai-kedai kat Nilai 3 tu..... bawa dia orang tengok kapal terbang ajer.......
Oh yaaaa!!! tetamu kami ini dari Teluk Intan, Abang sepupu en. suami yang dah lebih sepuluh tahun tak balik ke Negeri Sembilan..... Mereka bermalam kat rumah aku semalam ajer sebelum gerak balik ke Kg. Kuala Sawah pada hari Isnin..... Jadi bila dia orang dah balik ke Kuala Sawah pada hari Isnin, so maka en. suami aku pun akan balik ke kampungnyalah jugak....... Lepas Maghrib hari Isnin tu (selasa cuti krismas) kami pun bergerak balik ke kg. en. suami......... Waris-waris Linggi, jangan marah ya!!!! sebab asyik balik ke Kuala Sawah ajer.........
lepak-lepak kat anjung tinjau......

Khamis, 27 Disember 2012

Cendol @ Seksyen 1, Bangi

Assalammualaikum

Lepas kenduri kahwin kat Dewan KOSASS, UPM kami terus ke Mines, konon-kononnya nak ke Big Bad Wolf tu.... tapi tak kesampaian coz kenderaan tak boleh masuk pada hari Ahad terakhir tu sebab dah FULL..... dah lah jammed panjang dekat depan MANCY (kalau salah nama kedai yang jual kain langsir tu tolong betulkan ya!!!) Sampai-sampai ajer kat junction nak ke Balakong dengan Mines tu dah kena diarahkan mengikut Jalan Balakong, tak dibenarkan langsung memasuki persimpangan Mines. So dah tak boleh nak gi Big Bad Wolf aku ajaklah en. suami ke Bangi. Ke Bangi Utama..... saja-saja jalan cuci mata....... cuci mata ker???? terbanglah jugak ongkos aku..... terbeli Jubah........auwwwwwww....... tak apalah nanti boleh pakai masa annual dinner 28.12.2012 ni..... tapi sebelum ke Bangi Utama, en. suami ajak pekena cendol kat Seksyen 1 berhadapan pasar Seksyen 1 tu........ dah lama tak pekena cendol seksyen 1 katanya........
ni aku punya... cendol biasa ajer......
 cendol campur katanya...... en. suami dan Adli yang empunya..... Najwa ambil cendol biasa ajer.....
 mamak ni hanya berniaga menggunakan lori ajer......
en. suami order rojak jugak........ sedapppp......
ini anak aku yang snap...... ada orang yang menconteng kat meja........

Majlis kenduri kahwin kat Dewan KOSASS, UPM

Ahad yang lepas kami ke Dewan KOSASS (Dewan Sultan Alaeddin Suleiman Shah) memenuhi jemputan kenduri kahwin sedara en. suami. Kami sesat kat dalam UPM, kawasannya besar sungguh.

Kosass merupakan kolej yang menempatkan pegawai kadet pasukan latihan pegawai simpanan yang terdiri daripada pelajar UPM sendiri.
 tak banyak snap gambar, tak ada mood....... pengantin nun jauh di atas pentas tu..... sedang makan beradab.... tak ada pelamin pun..... tak bersanding just makan-makan ajer......