Selasa, 19 Disember 2023

Cuti-Cuti Malaysia: Kuala Lumpur

 Assalamualaikum,

Ambil cuti hari ini dan esok. Hari ini separuh hari jer... Ada urusan di KL. Kena sampai KL sebelum pukul 4 petang...

Terus ke hotel. Konon nak check in dulu, tapi masyaAllah panjang queue nya.... so kami terus ke PWTC dulu.... hotel berdekatan PWTC sepanjang minggu ini fullybooked ya....

Kami menginap disini
Belakang PWTC jer
Tapi jenuh juga lah jalan tadi...
Hotel belakang Dewan Tun Razak
Jenuh juga berjalan nak sampai ke pintu utamanya
Selesai di PWTC untuk hari ini, kami balik ke hotel
Selepas solat Asar kami pergi ke jalan TAR....



Masa kami keluar tu hujan turun dengan lebatnya
Kami ambil grab jer
Malas nak drive
Kalau ke jalan TAR dah semestinya shopping lah.....
Tak lama ke jalan TAR sebab kaki dah sakit.....




Ahad, 17 Disember 2023

Aktiviti Adli Di Hari Sabtu

 Assalamualaikum,

Sanggup ambil cuti sabtu tu demi Satria Neo gathering di Shah Alam....

Menyimpan hajat untuk mengubah suai keretanya.... sabar abang....
Kerja dulu..... kumpul duit
Tengok dari gambar-gambar ini, cantik-cantik pula satria yang dah diubah suai....















Aiskerim Malaysia Airlines

 Assalamualaikum,

Ke Mydin Kota Seriemas pagi tadi. Nampak aiskerim ini, so kita try lah....

Satu kotak RM10
Ada 4 sachet dalamnya
Setiap satu sachet ada 3 ketul aiskerim



Sabtu, 16 Disember 2023

Hidangan Makan Malam

 Assalamualaikum,

Hidangan makan malam kami... simple saja.

Ayam steam
Chinese style
Makan dengan sambal goreng ni
Marvelous 
Pinggan Mama
Ada juga lauk sambal telor pecah

Ini semalam punya
Daging 
Pencicahnya
Wow merecik makannya
Dan ada juga
Tahu jepun....
Ini semua hasil masakan Najwa 
Thank you sayang
Balik kerja terus makan jer....

Jumaat, 15 Disember 2023

Cerita Si Hero

 Assalamualaikum,

Isnin hari tu kan Selangor cuti so adalah Adli kat rumah since Sabtu. Dapat lah 3 hari kat rumah....  Hari isnin tu dia cakap, abang balik Damansara tak tunggu mama habis kerja tau.... abang nak balik awal ke Damansara katanya...

Rupa-rupanya......

Gi memancing kat tasik berdekatan dengan Ikea Damansara...
Sabar jer lah Mamanya yaaaa.....

Lunch Hari Ini

Assalamualaikum,

Hari ini kita lunch nasi kandar. 
Nasi kandar Kak Dah kat Bandar Baru Nilai. 
Dah lama tak gi makan nasi kandar Kak Dah. Dah lama tak gi sebab malas nak keluar. Hari ini pergi sebab kawan office ajak ke sana........ kita ikut jer.......

Nasi Kandar Kak Dah Bandar Baru Nilai
Dah makan nasi kandar, mengantuk lah pulak........

Dengan kawan-kawan office

Start next week dan selama 3 minggu our kantin tak buka...........
Cuti Semester....

Nampaknya kena lunch luar lah or kalau rajin, bawa bekal lah........

Rabu, 13 Disember 2023

Dia Sudah Kembali Dah

 Assalamualaikum,

Covid dah kembali dan dah 2 hari berturut-turut dapat email dari HR memaklumkan ada yang positive.

Selain staff, student pun ramai yang positive...

Kami staff Exam unit kena lah berhati-hati kerana minggu ini adalah minggu peperiksaan..... kami akan berdepan dengan students dan staff akademik sepanjang peperiksaan ini. 

Hari ini exam hall di sanitize sebab yang positive hari ini adalah chief invigilator semalam.  

Kita Jaga Kita ya.... jaga penjarakkan dan sentiasa pakai mask....