Isnin, 31 Januari 2011

Ulu Bendul Lagi....

Ni N3 yang tertunggak juga, tapi taklah berbulan-bulan, rasa-rasanya, 2 minggu lebih aja, sebab tak ada kesempatan nak update dan berblogwalking, busy bangat.......



Tak taulah nak cakap kenapa anak daraku yang sorang ni suka sangat gi berendam kat Ulu Bendul. Pantang menghala ke Seremban aja mesti nak gi Ulu Bendul, tak ada tempat lain ke nak pergi Najwa? Asyik-asyik Ulu Bendul. Boringlah Mama....... Ni pun aku yang kena drive coz ayahnya sibuk memesin rumput kat rumah MIL aku di Kuala Sawah, disebabkan Najwa dah merengek maka aku beranikanlah diri untuk memandu naik Bukit Putus, nasib baiklah jalan Bukit Putus tu dah besar, kalau jalan lama, sorrylah Najwa, mama tak akan drive ke sana.... Since akak dapat lesen memandu, rasa-rasanya dah 20 tahun lebih ada lesen memandu, nilah baru akak memandu sendiri melalui jalan Bukit Putus tu......



Kali ni Najwa bawa sepupunya sekali iaitu anak SIL akak yang duduk kat PD, bukan main happy lagi dia orang..... Masa nak pergi tu dia orang berjanji dengan akak, pukul 5.00 petang kita semua bergerak balik, tapi bila sampai masanya, dia orang cakap kejaplah lagi, at last pukul 6.00 petang baru bergerak turun dari Bukit Putus......




Najwa yang bertambah tembam sekarang ni. Baru Tahun 3, dah semakin berisi, risau akak dibuatnya... Asyik makan aja....




Putraku yang sorang.... ada rupa Zaquan (pemain bola sepak NS) tak?











Budak baju merah tu cuba menghimpit anak teruna ku, kemana Adli pergi mesti diekorinya......









Rabu, 19 Januari 2011

Basikal oh Basikal......

Anak-anak bertuah akak dah lama minta dibelikan basikal baru, selepas basikal lama dia orang rosak, tapi we all buat tak tau aja, sebab nanti bila ada baiskal dia orang akan merayau satu taman, tu yang malas akak nak belikan.





Ni sebenarnya bukan basikal baru, second hand diberi oleh Mak Teh dia orang, sebab anak-anak Mak Tehnya dah tak guna basikal since anak bongsu Mak Tehnya kemalangan (basikal dengan basikal), so basikal dia orang kena rantailah.....


Bila anak-anak bertuah ni dengar yang Mak Tehnya suruh ambil basikal, bukan main happy lagilah dia orang, tak sabar-sabar nak bermain basikal. Since basikal ni dah ada kat rumah, after class mengaji aja dia orang dah hilang, merayau entah kemana.




Pada anak-anak mama (dia orang pun rajin juga baca blog mamanya ni) berhati-hatilah bila bermain basikal, Mat Motor/Mat Rempit banyak kat Taman kita, dia tak peduli budak-budak tengah main pun, tetap bawa laju juga. So hati-hatilah sayang..........









ayahnya tengah mengepam tayar....



dah round dah....



berposing kat atas basikal....



Selasa, 18 Januari 2011

Trip to Genting

Ni pun N3 yang tertunggak.....


We all gi Genting pada 1st January 2011. Pergi with sisters and her family - 3 families lah yang pergi ke Kota Keriangan ni. Kami bertolak dari Angsana Hilir, Pandan, dalam pukul 3.00 p.m. (kalau tak silap akak lah) sebab kena tunggu adik akak yang dari Kajang tu.... Yang sebenarnya tiada planning pun nak gi ke Genting ni, tiba-tiba aja adik yang kat Pandan tu ajak, so apalagilah anak-anak bertuah akak bila dengar nak gi Genting, bukan main seronok lagi....."jomlah mama, ikut Mak Ngah, kata dia orang"..... Drove until Gohtong Jaya je, lepas tu ambil cable car... masa naik cable car tu hujan renyai-renyai...... kat Gohtong Jaya lagi dah rasa kesejukkan.... pergi without planning, so sweater pun tak bawa, maka kesejukkanlah anak-anak kesayangan akak tu, termasuklah mamanya sekali kesejukkan.


Berposing di hadapan kaunter tiket cable car


beratur untuk naik cable car....




dalam cable car.....



hujan masa nak naik ke puncak....





OTW ke theme park....

kat luar outdoor theme park... tunggu pukul 7.00 malam, ada discount untuk masuk ke theme park


sambil menunggu discount ticket, makan dulu.... (nak ringankan beban katanya...)


kat outdoor theme park....


ayah depa pun gian nak main.....hehehe (yang sebenarnya temankan sicinonit mama tu...)



2 orang bujang tu bagai nak rak memusing cawan .... pening makndaknya...


main teng-teng sambil tunggu mama masing-masing buat decision samaada nak stay kat Genting or balik KL, coz masa ni hujan turun dengan lebatnya, rasa tak berani pula nak turun ke Gohtong Jaya dengan menaiki cable car..... Check kat Theme Park Hotel, dia orang cakap, semua hotel kat Genting ni dah fully booked so terpaksalah jugak kita orang turun kebawah menaiki cable car, tawakkal aje......





Khamis, 13 Januari 2011

Malam Tahun Baru

N3 yang tertunggak. Tiada plan langsung untuk tengok bunga api di KL, cuma plan nak tengok kat Nilai 3, coz kat Nilai 3 ni, first time diadakan pertunjukkan bunga api, tu yang teruja sangat nak gi, lagipun Nilai 3 dekat aja ngan rumah akak.... Tup tup anak-anak bertuah ajak gi swimming kat rumah Mak Ngah dia orang, so ikutkan ajalah kehendak anak-anak bertuah ni dan siap bermalam lagi kat rumah Mak Ngahnya. Sebelah malam we all gi dinner kat Sate Station, Pandan. Lepas dinner, gi Jusco Tmn. Maluri, ingatkan after shopping terus balik rumah, rupa-rupanya Mak Ngah dia orang siap bawa gi tengok bunga api kat atas jambatan dekat bawahnya Restoran Arab Al Rawsha.






KLCC dari atas jambatan






Menara KL dari atas jambatan tu





Pemandangan di atas jambatan - jammed. tinggal satu lorong aja yang boleh kenderaan lalu






Berposing kat atas jambatan








Our family






Bunga api