Rabu, 19 Januari 2011

Basikal oh Basikal......

Anak-anak bertuah akak dah lama minta dibelikan basikal baru, selepas basikal lama dia orang rosak, tapi we all buat tak tau aja, sebab nanti bila ada baiskal dia orang akan merayau satu taman, tu yang malas akak nak belikan.





Ni sebenarnya bukan basikal baru, second hand diberi oleh Mak Teh dia orang, sebab anak-anak Mak Tehnya dah tak guna basikal since anak bongsu Mak Tehnya kemalangan (basikal dengan basikal), so basikal dia orang kena rantailah.....


Bila anak-anak bertuah ni dengar yang Mak Tehnya suruh ambil basikal, bukan main happy lagilah dia orang, tak sabar-sabar nak bermain basikal. Since basikal ni dah ada kat rumah, after class mengaji aja dia orang dah hilang, merayau entah kemana.




Pada anak-anak mama (dia orang pun rajin juga baca blog mamanya ni) berhati-hatilah bila bermain basikal, Mat Motor/Mat Rempit banyak kat Taman kita, dia tak peduli budak-budak tengah main pun, tetap bawa laju juga. So hati-hatilah sayang..........









ayahnya tengah mengepam tayar....



dah round dah....



berposing kat atas basikal....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan