Selasa, 8 Februari 2011

Soccer Boot

Gambar-gambar ni disnap oleh anak bujang ku Adli dan siap pesan suruh masukkan kat dalam blog. Bukan main sibuk lagi dia nak kan kasut bola ni, selagi tak dapat muncung ajaaaaa..... Dah dapat bukan main happy lagi.



Abang, setahu mama Abang terpilih untuk main bola tampar kat sekolah, bukannya bola sepak!!! Kenapa abang nak juga soccer boot ini?



Adli cukup bengang kerana terpilih untuk main bola tampar kat sekolahnya..... Dia sebenarnya minat pada bola sepak.... Dia tanya kat aku, kenapa dia tak terpilih untuk main bola sepak.... terpaksalah aku mencari jawapan yang sesuai, aku cakap katnya mungkin Abang ni big size dan tak kuat lari dan dia cakap, ada budak lagi gemuk dari Abang, kenapa cikgu pilih dia..... tak dapatlah mama nak berikan jawapannya. Tapi apa-apa pun mama doakan moga-moga Adli boleh mewakili sekolah satu hari nanti, kalau tak dapat masa sekolah rendah ni mungkin masa kat sekolah menengah..... Dan mungkin satu hari nanti Adli boleh gantikan Zaquan and twinnya..... siapa tahukan.....



1 ulasan:

  1. Selamat bersukan ... dan jangan nakal-nakal sangat masa bersukan.

    http://touyakaruma.com/blog/

    BalasPadam