Rabu, 27 April 2011

Najwa

Gambar masa Najwa kat Tadika





Gambar terbaru..... 9 tahun dah umurnya.....


Khamis, 21 April 2011

Bubur Nasi ala-ala Bubur Lambuk lah......

Ni menu dinner last Thursday. Buat ni coz Najwa sakit tekak. Kesian tengok dia tak berselera nak makan, so aku pun buatkanlah bubur nasi ..... Resipi turun temurun, resipi dari arwah nenda tersayang....... Dinner malam tu semua kena makan bubur nasi...... kesian Mr. hubby terpaksa makan bubur aja......



Bahan-bahannya:


  • 1 cawan beras

  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)

  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)

  • sedikit lada hitam (ditumbuk halus)

  • Daging dipotong kecil-kecil (ikut suka berapa banyak nak bubuh)

  • 2 helai daun kunyit (dihiris halus)

  • 1 batang lobak merah (potong ikut suka)

  • 2 biji ubi kentang (potong ikut suka)

  • 1 cawan santan

  • garam (ikut rasa)

Cara-caranya:



  • Basuh beras hingga bersih, lepas tu masukkan daging dan masak hingga beras tu kembang

  • Masukkan bawang putih dan bawang merah serta lada hitam yang telah ditumbuk

  • Bila beras dah kembang, masukkan daun kunyit, kentang, lobak merah dan masak hingga kentang dan carrot lembut

  • Last sekali masukkan santan dan garam (ikut rasa) dan masak hingga bubur tu pekat.

Rabu, 20 April 2011

Pajeri Terung

Masak lauk ni last Wednesday, as usual puteraku Adli tak akan makan lauk yang bukan favouritenya. Kenalah dadarkan telur untuknya.... (gambar telur dadar tak ada ya....) But for my Mr. hb makan bertambah-tambah siap suruh next time try buat pajeri nenas pula katanya.... (Insya Allah). Copy resepi ni dari blog ???? (minta maaflah ya tuan rumah, lupa ambil alamat tuan rumah). Minta halalkan ya dan aku letak pula kat sini.......


Gambar ni aku ambil selepas kita orang makan, so nampaklah sikit aja kat dalam gambar ni......

Bahan-bahannya:




  • 3 biji terung panjang, dibelah dua dan potong sederhana (aku letak 5 biji terung)


  • 1 1/2 sudu serbuk kari (dijadikan paste, bancuh dengan sedikit air)


  • 1 sudu besar kerisik


  • 2 sudu bahan kisar ( 4 bawang kecil, 2 bawang putih, 4 tangkai cili kering)


  • 2 sudu kecil udang kering (ditumbuk halus)


  • 1 cawan santan


  • 1 batang kulit kayu manis


  • 2 kuntum bunga lawang


Cara-caranya:





  • Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak


  • Tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau, kemudian masukkan pula paste serbuk kari dan udang kering, tumis hingga agak garing


  • Selepas itu masukkan kerisik dan santan, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, kacau selalu dan biarkan sebentar hingga mendidih, akhir sekali masukkan terung, masak hingga terung layu dan kuah pajeri agak pekat. Selamat mencuba.


Isnin, 18 April 2011

Kejohanan Futsal Komuniti Desa Cempaka, Nilai 2011




Adli yang frust tak terpilih untuk mewakili pasukan Laksamana........






Mr. hb dapat hadiah lucky draw



piala kejohanan futsal 2011.... team dari taman aku hanya dapat tempat kedua bagi pasukan Veteran Al Ikhlas, Junior Al Ikhlas dan tempat keempat bagi pasukan Laksamana (team Adli)



Hadiah-hadiah untuk lucky draw dan peraduan mewarna






Mencari tempat pembiakan nyamuk aedes...... Peraduan mewarna bermula.......... siap dah mewarna.... tak menang..... tak apalah Najwa next year cuba lagi ya sayang.....


Pasukan Veteran Al Ikhlas sedang beraksi di padang dan telah berjaya mendapat tempat kedua........

Pengurus Pasukan merangkap Pengerusi Surau Al Ikhlas menerima medal dari ??????


pemain-pemain Veteran Al Ikhlas sedang menerima medal......








ni pasukan Junior Al Ikhlas dan berjaya mendapat tempat kedua juga......












pasukan Laksamana sedang beraksi dan hanya mendapat tempat keempat melalui sepakan penalti.....




Rabu, 13 April 2011

Masjid Besi, Putrajaya

Last Saturday gi ke Masjid Besi (Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin) kat Putrajaya. Gi dengar ceramah Maulidur Rasul SAW dan Haul Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani RA. Terlalu ramai orang..... hanya dapat dengar ceramah dari ruang legar saja sebab kat dewan solat utama dah penuh...... Hadirin yang hadir bukan sahaja dari Malaysia, bahkan ada yang datang dari Singapura (berbas-bas), Indonesia, Thailand dan dari negara2 islam yang lain....