Rabu, 20 April 2011

Pajeri Terung

Masak lauk ni last Wednesday, as usual puteraku Adli tak akan makan lauk yang bukan favouritenya. Kenalah dadarkan telur untuknya.... (gambar telur dadar tak ada ya....) But for my Mr. hb makan bertambah-tambah siap suruh next time try buat pajeri nenas pula katanya.... (Insya Allah). Copy resepi ni dari blog ???? (minta maaflah ya tuan rumah, lupa ambil alamat tuan rumah). Minta halalkan ya dan aku letak pula kat sini.......


Gambar ni aku ambil selepas kita orang makan, so nampaklah sikit aja kat dalam gambar ni......

Bahan-bahannya:




  • 3 biji terung panjang, dibelah dua dan potong sederhana (aku letak 5 biji terung)


  • 1 1/2 sudu serbuk kari (dijadikan paste, bancuh dengan sedikit air)


  • 1 sudu besar kerisik


  • 2 sudu bahan kisar ( 4 bawang kecil, 2 bawang putih, 4 tangkai cili kering)


  • 2 sudu kecil udang kering (ditumbuk halus)


  • 1 cawan santan


  • 1 batang kulit kayu manis


  • 2 kuntum bunga lawang


Cara-caranya:





  • Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak


  • Tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau, kemudian masukkan pula paste serbuk kari dan udang kering, tumis hingga agak garing


  • Selepas itu masukkan kerisik dan santan, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, kacau selalu dan biarkan sebentar hingga mendidih, akhir sekali masukkan terung, masak hingga terung layu dan kuah pajeri agak pekat. Selamat mencuba.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan