Jumaat, 20 Mei 2011

Asia Fun Park

After makan-makan kat rumah Angah ingatkan terus balik ke rumah, rupanya tidak.... My hubby singgahlah pula kat Fun Fair (Asia Fun Park) yang dah hampir dua bulan beroperasi di Nilai. Nak bawa anak-anak main kat Fun Fair kata my hubby (nak menghabiskan duitlah tu....)

Sebenarnya anak-anak bertuahku dah lama merengek nak gi ke Fun Fair ni, aku tak layan lansung permintaan dia orang ni, sebab kalau gi situ mesti perabih RM50.00 untuk dia orang main aja..... Macam-macam alasan aku beri pada dia orang, last-last ayah dia orang pula yang ikutkan permintaan anak-anaknya. Kesian kata my hubby.

tengoklah tu bertapa happynya dia orang dapat gi ke Fun Fair




Najwa beria-ria nak naik game ni. Game ni dia ayun kita atas dan bawah, tinggi dan laju jugaklah ayunannya.


Muka nampak happy aja, siap lambai-lambai lagi tu....





Masa part ni Najwa dah takut. Ni masa tengah berayun laju, dia dah mula menjerit-jerit ketakutan dan suruh orang yang menjaga machine ni berhentikan ayunan. Pejam mata ketakutan dia. Bila aku tengok dia dah pegang dadanya, aku siap suruh orang yang jaga machine tu berhentikan ayunan. Aku suruh orang tu stopkan cepat...... suspen jugak aku dibuatnya.... takut-takut sakit dada pula....... Bengang aja pengunjung-pengunjung yang tengah menikmati game ni kat aku..... ialah tengah seronok, kena stop pula......hahaha padan muka dia orang...... nasiblah, aku nak selamatkan anak aku dulu..... Yang aku peliknya, masa main kat Genting tu tak takut pula dia, kat Genting tu lagi tinggi rasanya.....







yang ni pun Najwa nak naik, tapi aku tak bagi. Kang tak pasal-pasal kena stop lagi game ni......







Tiada ulasan:

Catat Ulasan