Jumaat, 26 Ogos 2011

Berbuka puasa di Wak Lan Bayu Malam, Bagan Lalang

Berbuka di Bagan Lalang semalam.......


Dia pun nak beraya............

Haiiii, sang hitam ni pun nak beraya jugak......... semalam mr. hubby aku tukar kan tayar kereta..... nasib baik lah dia baik hati nak tukarkan tapi dengan syarat baju raya aku tahun ni tak ada...... huhuhu sedih aku....... tapi tak apalah, pakai ajalah baju yang lama, tayar ni lagi penting, sebab tayar yang lama tu dah botakkkkk.......

Berbuka puasa dengan orang jauh.....

Hari Rabu lepas, rumah aku dikunjungi orang jauh........ siap berbuka lagi......... Tak ada juadah yang special disediakan, sebab dia orang terjah rumah aku dalam pukul 6.00 petang, aku hanya gorengkan kueh teow aja........ makanlah apa yang ada aja............... kuih - kuih pun mr. hubby aku yang beli masa dia OTW back.........
Haaaaaa, nilah dia orang jauh tu, yang kata tak balik beraya....... tup tup hari rabu petang muncul kat depan rumah aku.............

Selasa, 16 Ogos 2011

Jom Beli Barang Raya 2011 @ Putrajaya

Ahad lepas Mr. hubby ajak gi Putrajaya, kat Jualan Terus Dari Kilang di Presint 2. Nasib baiklah tempatnya ber aircond and parking pun tak jauh dari tempat tu dan taklah sesibuk Sogo...... bolehlah memilih lagi......

anak bujangku sedang memilih baju rayanya


ini aja barang yang dapat dirembat/beli...... aku frust sebab tak beli handbag leather...... diskaun hingga 80% tu..... harga asalnya RM299.00 after diskaun 80% jadilah RM60.00......


Berbuka Puasa @ Rumah Ami

Last Saturday gi berbuka puasa kat rumah my brother di AU 2, Keramat. Aku sampai lewat, dah dekat nak berbuka......... Mr. Hubby aku kerja on that day, dah tu nak cari parking pun punyalah susah.........

Isnin, 15 Ogos 2011

Koleksi Majalah Putriku....

Ini pula koleksi putriku Ain Najwa..... Tak pernah missed untuk membeli majalah Bintang Kecil ni.......sentiasa remind kan aku...... dan putriku ni berangan-angan untuk menjadi cover girl Bintang Kecil.........

Novel: Aku Yang Kau Tinggalkan

Dah habis baca novel ni......

Sinopsis:

Perkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Cinta datang kepada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia Jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya.

Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menemukan mereka di bumi Turin. Pertemuan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.

Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan kehidupan ini, yang terbaik untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Juadah Berbuka Puasa: Hari Ke 7

Hari ke 7 buat mee goreng lagi...... selain mee goreng ada juga bubur lambuk...... ni bubur lambuk surau alikhlas cempaka 2....... dan tak lupa sambal cili api aku.....



Juadah Berbuka Puasa: Hari Ke 6

Berbuka tiga beranak aja..... so buka puasa dengan juadah yang simple-simple ....... Serunding daging ni beli kat Bangi...... Pisang lebihan buat pingat, aku goreng ........ cendawan aku goreng tepung.... tapi melekatlah.... tak macam yang dijual di pasar malam....


Selasa, 9 Ogos 2011

Juadah Berbuka Puasa: Hari Ke 5

Aku buat pengat pisang ni hari Jumaat lepas. Pisang ni salah seorang dari lecturer kat department aku kasi...... dia tanam sendiri...... Najwa siap request suruh buat lagi pada hari Sabtu..... gemarlah pula dia.......


Lauk pada hari tu, aku masak ayam masak sambal serai..... main tabur aja...... nasib baik sedap....hehehe.....

Isnin, 8 Ogos 2011

PSP

Ini PSP heroku...... PSP ni dah kong (rosak). Ada bagus dan tak bagusnya bila PSPnya tak bernyawa lagi..... happynya ialah heroku ni bolehlah berenggang dengan PSPnya..... boleh buat ulangkaji pelajarannya kebetulan hari ni bermulanya ujian prestasi 2 sekolahnya...... dan semalam jugalah aku tengok dia buat ulangkaji tanpa disuruh....... yang keduanya tak adalah lagi aku dengar dia orang dua beradik ni berebut untuk bermain.... kalau tidak terjerit-jerit..... yang adik kalau tengok abangnya tengah main, masa tulah juga dia nak main...... kalau benda tu tak diusik oleh abangnya tak nak pula dia main.....

Yang sedihnya pula ialah nanti kena keluar duit untuk merepairnya.......

Hari Sabtu lepas, heroku dah ajak aku ke Bangi, untuk repair dia punya PSP, aku cakap kat heroku, kalau nak repair PSP guna duit abang tau......siap korek duit tabungnya...... kesianlah pula aku tengokkannya..... oleh kerana Mr. Hubby tak ada kat rumah dari hari Jumaat hingga Ahad, so aku gagahkanlah juga untuk memandu ke Bangi tu, ikutkan kehendaknya........ Aku pergi kat Bangi Utama. Kat situ banyak kedai yang menjual peralatan game ni...... Mula-mula aku ingatkan baterinya yang rosak, rupanya bukan pasal bateri..... sebab sebelum ni ada juga PSPnya buat hal tapi nasib baiklah bateri aja...... Bateri pun kosnya dalam RM50.00..... tapi kat Bangi ni harga bateri PSP RM 80.00...... mahal..... yang dulu aku beli kat area KL...... Menurut budak kedai tu, yang rosak ni motherboardnya..... mungkin kena virus...... sebab dia dah tukar pakai baterinya still tak boleh on...... tu yang dia kata motherboardnya rosak....... hai abang, kena sabarlah dulu yaaaa..........

Jumaat, 5 Ogos 2011

Juadah Berbuka Puasa: Hari Ke 3

Teringin nak makan ayam golek...... selalunya kalau bukan bulan ramadhan ada gerai yang menjual ayam golek ni kat area taman aku, tapi aku tak pernah lagi beli....... Semalam bila aku nak gi beli, tutup pula gerai tu...... aku gi pula cari kat Pasar Ramadhan Bandar Baru Salak Tinggi, sebab kat Pasar Ramadhan ni setiap tahun memang ada menjual ayam golek Labu......Ayam goleknya memang sedapppp....... siap ada cawangan kat Putrajaya....... pun tak ada...... agaknya tahun ni dia tak meniaga kat Pasar Ramadhan Bandar Baru Salak Tinggi........ kebetulan masa aku tengah dok mencari ayam golek, Mr. Hubby call dan Mr. Hubby cakap dia berada di Pasar Ramadhan kat Nilai Square, apalagi aku pun suruhlah Mr. Hubby cari kat situ pula....... pun tak ada....... Akhirnya, Mr. Hubby aku pergi beli kat original kedainya di Simpang nak ke Labu tu....... kesian Mr. Hubby kena cari ayam golekkkk........ jauhlah juga dari KLIA (office Mr. Hubby) ke Nilai Square dan ke Simpang Labu akhirnya........

nilah rupanya ayam golek yang dah dikerat-kerat tu......

sambal cicah ayam golek......
popia ni aku yang beli sebab dah tak jumpa ayam golek......
Mee goreng basah ni aku masak yaaaaaa......... bukan beli tau......


Juadah Berbuka Puasa: Hari Ke 2

Ada juadah yang aku beli dan ada yang aku masak.... yang aku masak hanya puding coklat oreo, tapi oreonya tak nampak..... tak berlapis lansung...... tapi anak-anak bertuahku cakap sedap..... (siapa lagi yang nak memuji kalau bukan dia orang).....
Air ada tiga jenis, Cendol, Sirap Bandung dengan Aiskrim Soda (untuk aku dan anak-anak), Sirap Bandung biasa untuk Mr. Hubby....... Mr. Hubby tak suka yang bercampur dengan air gas........ Cendol tu Mr. Hubby beli kat Pasar Ramadhan.......

Lauknya pada hari kedua tu, aku masak udang masak kari, lupa pula nak snap gambar.............

Sambungan Cerita Balik Kampung - Before Ramadhan

Sebelum balik, we all lepak-lepak dulu di tepi Pantai Pengkalan Balak....................

rimas betul aku tengok putriku ni pakai stokin merah......... hai adikkkkk.....