Jumaat, 5 Ogos 2011

Juadah Berbuka Puasa: Hari Ke 3

Teringin nak makan ayam golek...... selalunya kalau bukan bulan ramadhan ada gerai yang menjual ayam golek ni kat area taman aku, tapi aku tak pernah lagi beli....... Semalam bila aku nak gi beli, tutup pula gerai tu...... aku gi pula cari kat Pasar Ramadhan Bandar Baru Salak Tinggi, sebab kat Pasar Ramadhan ni setiap tahun memang ada menjual ayam golek Labu......Ayam goleknya memang sedapppp....... siap ada cawangan kat Putrajaya....... pun tak ada...... agaknya tahun ni dia tak meniaga kat Pasar Ramadhan Bandar Baru Salak Tinggi........ kebetulan masa aku tengah dok mencari ayam golek, Mr. Hubby call dan Mr. Hubby cakap dia berada di Pasar Ramadhan kat Nilai Square, apalagi aku pun suruhlah Mr. Hubby cari kat situ pula....... pun tak ada....... Akhirnya, Mr. Hubby aku pergi beli kat original kedainya di Simpang nak ke Labu tu....... kesian Mr. Hubby kena cari ayam golekkkk........ jauhlah juga dari KLIA (office Mr. Hubby) ke Nilai Square dan ke Simpang Labu akhirnya........

nilah rupanya ayam golek yang dah dikerat-kerat tu......

sambal cicah ayam golek......
popia ni aku yang beli sebab dah tak jumpa ayam golek......
Mee goreng basah ni aku masak yaaaaaa......... bukan beli tau......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan