Khamis, 29 Mac 2012

Seri, Kalah dan Seri

itulah keputusan perlawanan bola sepak peringkat Daerah Sepang anak bujang aku. Pasukan dia orang kalah dengan Sekolah Kebangsaan Kota Warisan pada hari Selasa hari tu, manakala pada hari Rabu seri dengan Sekolah Kebangsaan Salak Tinggi....... Sek. Keb. Salak Tinggi ni berjiran dengan sekolah dia orang (berhadapan ajer)........

So tamatlah sudah perlawanan bola sepaknya... Mulai hari ni pula dia orang training for Futsal pula......... anak bujang aku pun terpilih untuk mewakili sekolahnya dalam acara Futsal ni........ Dia orang akan berkampung di Shah Alam pada 6, 7 dan 8 April ni....... Sekolah dia orang main peringkat Negeri Selangor pula............

Habis hancus planning aku nak ke Melaka pada 7 dan 8 April tu....... aku kalau tak cukup korum tak sedap nak berjalan-jalan..........

Selasa, 27 Mac 2012

Seri 1 - 1

Semalam anak bujang aku mewakili sekolahnya iaitu SRAI Salak Tinggi dalam perlawanan bola sepak peringkat Daerah Sepang. Perlawanan bola sepak tu telah diadakan di Sg. Pelek. Sekolah dia orang seri 1 - 1 dengan sekolah (lupa nama sekolah tu.......)

Hari ni pun anak bujang aku ada game lagi. Hari ini dia orang akan berlawan dengan Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, pun di Sg. Pelek........

Mama doakan semuga team abang beroleh kemenangan...... kalahkan team Sekolah Kota Warisan tuuuu.......

Semalam masa aku balik kerja, aku tengok anak bujang aku terbongkam tidur...... keletihannnnn...... lari atas bawah katanya.......kesian anak mama....... sampai tak larat nak pergi mengaji..........

pakai jersey no. 15

Isnin, 26 Mac 2012

Kejohanan MH Futsal antara Jabatan

Sabtu hari tu ada perlawanan Futsal (MAS Open) antara Jabatan...... kejohanan ini telah diadakan di Kelab Komuniti Cyberjaya........

Tahun lepas LSG Maintenance (team mr hubby) jadi juara....... tahun ini awal-awal lagi LSG Maintenance dah kalah, kalah dalam kumpulan...... hanya menang sekali ajer dia orang....... tunggak utamanya tercedera masa game pertama........ patah tulang hidungnya........

Ini pasukan MAS Operation bertemu pasukan Kargo A........ MAS Operation menang...... sebelum tu MAS Operation kalah dengan pasukan LSG Maintenance....... ada seorang mamat dalam team MAS Operation ni suka tackle orang, naik menyampah pulak aku nengok nyer........


pasukan LSG Maintenance......

tu yang bertampal hidung tulah tunggak utama pasukan ini...... kesian dia....... yang sebelah dia tu (yang tepi tu) sebijik macam zaquan adha (pemain NS dulu)....


keeper LSG Maintenance.......... eddy yang tercedera...... tersandar ajer

senyum pun dah tak macam biasa eddy.......






LSG Maintenance bertemu MAS Sarawak........ LSG Maintenance kalah dengan jaringan 2 - 1...... tak dapat nak tengok pasukan krew bermain sebab kita orang dah nak pergi ke Alamanda pula........

Khamis, 22 Mac 2012

Hari ini genap 12 tahun anak bujang aku

Hari ini genap 12 tahun umur anak bujangku.

Selamt hari lahir dari mama buat abang tersayang.

Semuga abang berada di dalam keadaan sihat sejahtera, dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki............ amin......

MAMA SAYANG ABANG

MAMA SAYANG KEDUA-DUA ANAK MAMA.........

Hari ni Birthday Boy demam pula........... kesian dia...... mama doakan semuga abang cepat sembuh.............


Rabu, 21 Mac 2012

Mewakili sekolah dalam acara bola sepak

Setelah puas aku sakat anak bujang aku, baru aku sign dia punya borang untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak peringkat daerah. Akhirnya tercapailah cita-citanya untuk mewakili sekolah...... Hari Isnin depan sekolah dia orang akan berlawan dengan sekolah Sg. Pelek (kalau tak silap akulah.......)

Abang, bola, bola jugaaaaaaaaa, pereksa dah dekat niiiiiii....... kalau abang nak masuk ke sekolah sukan Lukut atau sekolah sukan Zaaba, Kuala Pilah, abang mesti ada 3A dalam tangan tauuuuuuuuu!!!!! Kalau abang dapat 5A lagi bagus, terus mama applykan nanti sekolah sukan Bukit Jalil............

borang yang telah siap ditanda tangan oleh ayahnya.........

salinan surat beranak pun nak jugaaaaaa.........


Lunch aku hari ini

Lunch aku hari ni hanya Mc D ajer........... tu pun boss aku yang belikan.... since boss dah belikan makanan so aku hanya makan kat office ajer...... malas nak turun ke cafeteria..........

Terima kasih daun keladi to my boss........

Jeram Toi, Jelebu

Tak ada perancangan pun nak ke Jeram Toi...... tiba-tiba ajer mr. hubby ajak ke sana pada hari Ahad lepas....... aku dah lama tak pergi bermandi manda di jeram ni since kejadian limpahan kepala air yang berlaku di Taman Rekreasi Ulu Bendul yang meragut tiga nyawa tu....... kalau tidak dulu, sebelum kejadian limpahan kepala air boleh dikatakan sebulan mesti sekali kami akan pergi beriadah di Ulu Bendul tu....... ni kira berani balik lah nak jejakkan kaki ke jeram ni walaupun hati aku dap dup dap dup, hanya Allah saja yang tau........... tambahan pula cuaca tak menentu kebelakangan ni, asyik hujan ajer......... semasa nak keluar rumah tu pun langit dah gelap semacam ajer, aku cakap kat mr. hubby, nak hujan tuuuu!!! tak payahlah pergiiiii........ mr. hubby aku cakap, ni langit kat Nilai, bukannya kat Jelebu, cuba awak tengok belah sana tuuuuu, terang ajerrrrr............ whateverlah darlinggggggg.........

sebelum mandi manda di Jeram Toi singgah makan kat gerai tepi tu, aku order laksa, mr. hubby pula order mee kari manakala anak-anak bertuahku tak nak makan apa-apa, dia orang dah tak sabar-sabar nak berendam........... Makanan kat gerai tu ok, sedap bagi tekak aku...... sampai aku terbayang-bayang akan kenikmatan laksanya, semalam kat canteen office duk pesan Laksa for lunch, tapi hampeh........ tak sedap....... dah lah tak sedap, masin pulak tu..........

Ini kali kedua aku ke Jeram Toi dan dah banyak perubahan (selalunya aku ke Ulu Bendul sebab nak ke Ulu Bendul tu dah highway)....... banyak pondok-pondok/wakaf didirikan untuk pengunjung........ so pengunjung bolehlah letak barang-barang kat dalam pondok tu, kalau kau orang nak berbaring pun boleh........ pondoknya besarlah jugak...........
ini papan amaran dari pihak berwajib mengenai fenomena kepala air....... safeguard pun ada kat area jeram ni......... kalau kat Ulu Bendul tu tak ada safeguard...... tak taulah selepas peristiwa limpahan kepala air itu mungkin ada kot.........

asal-usul Jeram Toi..........

slide/gelongsor juga ada dibina di dalam kolam........ kat Jeram Toi ni pun ada kolam yerrrrr....... dia kepung sungai tu untuk dijadikan kolam..... taklah dalam....... boleh untuk budak-budak mandi......... air di dalam kolam tu adalah air sungai yang mengalir dari hulu yerrrrr........... cukup sejuk airnya hari tu, menggigil anak-anak aku............

air terjun yang turun dari atas bukit mengalir masuk ke kolam-kolam tu............. anak-anak bertuahku tu ajak kita orang naik sampai ke air terjun, tapi aku dah tak larat nak naik lagi, dah mencangut-cangut dah........ dia orang ada siapkan tangga untuk kau orang sampai ke air terjun tu tauuuuuu....... walaupun ada tangga, tapi aku dah tak larat lagi dah nak naik...... dari tempat parking kita orang menapak untuk kekolam tu jauh jugak dan tinggi tempatnya (naik tangga yaaaa) gambar tak clearlahhhhhhh...... yang merah-merah tu adalah gelongsor yang didirikan di dalam kolam.........

kita orang mandi manda sehingga ke petang, itu pun naik sebab safeguard tu dah suruh naik sebab langit dah gelap semacam dan petir dah berdentum......... sebelum tu aku dah ajak anak-anak aku naik dari sungai bila aku dengar guruh berdentum (seperti yang tertulis di papan amaran tu, kalau ada dengar guruh berdentum, cepat-cepat keluar dari sungai)....... tapi biasalah selagi hujan tak turun selagi tulah dia orang tak akan naik.......... tak tahu takut dia orang ni...... aku yang risau dibuatnya........ sebaik-baik kita orang sampai kat bawah, hujan pun turun dengan lebat......... dan air sungai kat Jeram Toi tu mengalir dengan derasnya............ Alhamdullillah, tiada apa-apa yang buruk berlaku sepanjang kami beriadah di Jeram Toi............

gambar-gambar semasa hujan..........






Selasa, 20 Mac 2012

Dataran Nilai

Ke Dataran Nilai pada malam minggu hari tu...... sajer lepak-lepak kat situ.......

Ada tarian poco-poco lagi malam tu......... ramai juga yang joint poco-poco ni.......

kucing yang berwarna pink + purple......... putriku sibuk suruh beli kucing ni.......... sorrylah sayang, mama bukan suka bela binatang-binatang ni........

Mat-Mat motor yang masuk pertandingan makan pau....... siapa yang cepat habis paunya dikira sebagai pemenang.......


ada juga group basikal malam tu..... kebanyakkannya fixie bike.......... fixie bike ni buat anak bujang aku geram ajer nengoknya .......... sebenarnya anak bujang aku ni memang dah lama berhajat nakkan fixie ni....... cuma mamanya buat tak layan ajer....... kat taman perumahan aku ni, Desa Cempaka 2 ni, memang ada kelab basikal, kebanyakkan yang joint kelab ni bapak-bapak dan anak bujang mereka........ kebanyakkannya menggunakan basikal fixie...... ada seorang ahli kelab tu dok sibuk suruh mr. hubby aku joint kelab basikal niiii........ mahal hoiiiii fixie tu.......



Isnin, 19 Mac 2012

Ujian Prestasi 1 SRAI Salak Tinggi

Mulai hari ini hingga ke hari Jumaat, anak-anak bertuahku sedang menduduki ujian prestasi 1. Semuga Allah memudahkan urusan menjawab dan dijauhkan sebarang masalah........
Mama doakan Adli dan Najwa boleh jawab soalan yakin dan buat yang terbaik ok.........
Anak-anak mama bijakkan.........

Good Luck my kids

do the best among the best

Love u so much..........

Jumaat, 16 Mac 2012

NUC Campus Games

Again, we won yesterday. Futsal perempuan menang lagi mengalahkan School of Business (kuning) dengan jaringan 4 - 0. Aku ada di padang petang semalam.... sepatutnya game ni start pukul 5.00 petang tapi disebabkan hujan lebat, game ini ditunda sehingga hujan berhenti...... so game semalam start dalam pukul 7.00 malam. Aku tak dapat tunggu sehingga game bermula, sebab anak-anak bertuahku duk talipon bertanya bila mama nak balik ni!!!! kita orang takutlah, dia orang cakap...... so semalam aku balik dalam pukul 6.00 petang, dalam hujan lebat........

masing-masing duk menunggu hujan berhenti untuk memulakan game......




masa aku ambil gambar ni, jam dah menunjuk ke angka 6.00 petang dan hujan masih turun dengan lebat lagi........ berserta dengan kilat sekali......