Rabu, 29 Ogos 2012

Raya Keenam

Raya keenam kami kerumah kakak aku yang kat Mantin...... dia buat open house........ anak-anak dan en. suami dah pergi awal dari aku, aku after 5pm baru dapat gerak ke rumah my sister, aku dah start kerja..... raya ke lima dah mula bekerja ya.......
 antara menunya..... laksa, nasi lemak yang sambal tumisnya cukup sedap, ketupat palas, satay dan berbagai makanan lagi....... ada juga moroccon food ya!!!!  segan nak snap gambar makanan satu-satu, sebab tetamunya dah ramai masa aku sampai....
 seperti biasa en. suami dan biras-birasnya lah yang duk mengipas satay...... dari rumah di kampung hinggalah ke Mantin ni, dia oranglah yang duk mengipas...........
 anak-anak Mak Su, ada seorang yang tak datang, mungkin masih beraya kat rumah mertuanya........
 keluarga Pak Cik aku.......
 khusyuk menikmati hidangan (menantu Pak Cik aku)
Keluarga abang aku yang di Serting beserta menantu dan cucu-cucunya........ Yang baju merah tu kakak aku yang di Puchong..........
 Licin pinggan anak bujang aku...... sedap babah buat yer.......... handsome pulak nampaknya anak bujang aku tu...... hehehe..... siapa lagi yang nak pujikan abang, kalau bukan mama abang sendiri..........
lepas kekenyangan terus lepak kat dalam rumah........ Abang Long Hafiz with cucu pertama aku..... dah jadi nenek dah........

Selasa, 28 Ogos 2012

Raya Ketiga

Terus melompat ke hari raya yang ketiga....... Hari Raya kedua tak ada cerita or gambar yang menarik untuk dicatatkan.....
Hari Raya kedua hanya sempat pergi kerumah Tok Long and Tok Ucu ajer, itu pun sebab rumah dia orang dekat dengan rumah kita orang..... hari raya kedua selalunya kita orang tak dapat nak pergi beraya kemana-mana sebab kesibukkan melayan tetamu yang datang dan sibuk menyediakan juadah makan tengahari untuk family pak cik and mak su (adik arwah mak)

Hari Raya ketiga baru dapat nak beraya jauh sikit dari kampung...... kita orang berkonvoi (tapi aku yang lambat keluar sekali)......1st rumah yang kita orang terjah ialah rumah Mak Lang di Kg. Permatang Pasir. after that aku ngan en. suami terus ke rumah Mak Cik Lijah di kg. Pengkalan Durian.... aku tak singgah lagi satu rumah sedara aku kat kg. Permatang Pasir tu sebab aku ingat adik-beradik aku terus ke rumah Mak Cik Lijah di Pengkalan Durian......
 kuih ni aku rasa hanya didapati di rumah Mak Cik Lijah aku ajer (rumah sedara mara yang lain aku tak jumpa pun). dia yang mewarisi resepi kuih Khasidah ni........... setahun sekali ajer dapat makan kuih ni...... ingat lagi masa aku mengandungkan Najwa aku mengidam nak makan kuih ni, masa tu arwah mak tak berapa sihat dia hanya bacakan resipinya dan akulah yang duk mengacaunya.......... kalau sekarang ada yang menyuruh aku membuatnya sure tak menjadi.......
 dari rumah Mak Cik Lijah kita orang terus ke rumah Mak De (adik ipar arwah mak) di Rasah Jaya........ kat sana kami dihidangkan dengan nasi minyak, ayam merah dan udang goreng........ sedapppp...... lepas tu sepupu aku duk gi order piza pulak (delivery order)....... tak makan pun piza sebab perut dah full.......
 kekenyangan........ melepak di ruang tamu rumah Mak De.......... 

Dari rumah Mak De di Rasah Jaya kita orang berkonvoi lagi (tambah satu kereta, sebab Mak De follow kita orang) ke rumah Mak Su (adik bongsu arwah mak) di Taman Rashidah Utama.... Di sana kami dihidangkan dengan Nasi Tomato, Ayam Masak Merah dan Dalca...... dekat rumah mak su aku tak makan sebab masih kekenyangan..... Masa kita orang kat rumah Mak Su, anak-anak Tok Long datang beraya ke rumah Mak Cu.... dia orang serbu kat Taman Rashidah Utama........ selain nasi tomato, anak-anak mak su duk goreng kuey teow dan mee hoon untuk dia orang........
anak-anak, menantu dan cucu-cucu Tok Long sedang menjamu selera.........
sebahagian dari ahli keluarga Tok Long yang datang beraya kat rumah Mak Su ....

Isnin, 27 Ogos 2012

Raya Pertama - Belah Malam

Belah malamnya pulak kita orang duk bakar satay....... kaum bapaklah yang duk mengipas........ tak ketinggalan satay morrocco jugak....... sebelum tu, belah siang pun kita orang ada bakar satay jugak........ bakar sikit dulu coz aku dan adik perempuan aku nak bergerak balik ke kampung suami masing-masing.... sempatlah jugak aku beraya kat rumah mak-mak saudara en. suami sebelum bergerak balik ke Linggi after Maghrib.........
 
anak-anak buah aku dan anak dara aku duk sibuk berposing sambil menunggu satay masak..........

my BIL dengan anak buah aku duk mengipas satay...........

Raya Pertama - Siang Hari

Tahun ni dan seperti tahun-tahun yang sudah, aku rasa since my mother passed away aku memang beraya di kampung aku Linggi...... thanks to en. suami kerana memahami yang aku diperlukan oleh adik beradik aku untuk memasak persiapan hari raya (kena dera tau oleh adik-adik aku...) lagipun kampung en. suami tak jauh dari kampung aku, lebih kurang 8 kilometer ajer, boleh ulang alik........
 bergambar di pagi raya......... sedih, baju raya aku dan anak dara aku tak siap........
 adik lelaki aku yang nombor tiga bergambar dengan anak-anaknya...... orang rumahnya kat rumah mertuanya yang tak jauh dari kampung aku............

ini adik perempuan yang bongsu dengan anak-anak dan en. suaminya........... ini ajerlah muka-muka yang ada di pagi raya..... ada seorang lagi adik perempuan aku, tapi tak pulak disnap gambarnya oleh anak dara aku........ adik beradik aku yang lain ada beraya di rumah sendiri dan rumah mak mertua masing-masing......... tengahari baru dia orang sampai ke Linggi......
anak-anak dara pingitan...........

Menjelang Raya

Sehari sebelum raya kami adik-beradik sibuk menyediakan juadah untuk hari raya....... hari Sabtu tu kita orang duk sibuk merendang, merebus nasi impit, membuat kuah kacang dan masak gulai tempoyak juga.... hanya gambar rendang ajer yang sempat disnap......

Khamis, 23 Ogos 2012

Celebrate birthday Imran pada Ramadhan yang ke 28

Iftar yang ke 28 Adam Imran (omak si Imran) buat majlis sambutan hari lahir si Imran di kampung..... sebaik aku sampai dikampung (aku berbuka di dalam kereta ajer, coz tak sempat sampai di Linggi) omak si Imran keluarkan kek and celebrate birthday anaknya....... sorrylah Imran tak ada hadiah yer, tak inform awal-awal......
 Imran di kelilingi oleh sepupu sepapatnya dan adik-adiknya.........
Birthday boy, Imran sedang memotong kek........

Jumaat, 17 Ogos 2012

Duit Raya

Duit raya buat anak-anak pemberian dari big boss dan 2nd boss.... aku pun dapat duit raya. Aku dapat dari big bosslah........ terima kasih........

Khamis, 16 Ogos 2012

Iftar @ R & B Rice and Bistro, Cosmoplex, Salak Tinggi

Akhirnya dapat aku pergi berbuka kat R & B Rice and Bistro ni, yang mana harga buffetnya hanya RM10 sekepala....... boleh tahan jugak makanan kat sini.... tapi sebelum aku ke R & B Bistro ni, aku kena pergi ke satu tempat dulu, untuk picking up someone yang berada di perantauan yang pulang berhari raya di kampung halaman...... janji dia punya arrival 6.30 petang semalam, tunggu punya tunggu pukul 7.00 malam baru keluar dari balai ketibaan...... flight delay. after dia dah sumbat segala barangannya ke dalam bonet kereta aku, kita orang pun gerak ke R & B Bistro dan sampai kat kedai tu ngam-ngam waktu berbuka, tapi lauk dah banyak yang kuranglah........ full houselah R & B Bistro ni.......
 LCCT
 Makanan yang kita orang ambil ...... rojaknya sedaaaaap........
 ni lauk favourite aku patin tempoyak.... bila dah ada lauk ikan patin ni, lauk lain tak pandang dah......
yang bertudung hijau tulah yang aku pergi jemput kat airport....... masa aku snap gambar ni, dia siap sound, jangan upload gambar ni kat blog aku sebab dia tak mau orang tahu kepulangannya.......

Rabu, 15 Ogos 2012

Selendang or Alas Meja???

Dah beberapa hari aku tak mengepos n3.... tahap kemalasan dah melanda dan dengan kesibukan aku untuk menyiapkan dokumen untuk program baru yang akan ditawarkan di NU.... oh ya anda-anda yang membaca blog saya ni sekarang tempat saya bekerja ni dah dinaik taraf sepenuhnya sebagai Universiti mulai dari semalam....... no more university college lagi........ jadi kerja pun bertambahlah........

Oklah, berbalik kepada tajuk di atas, aku dapat benda ni minggu lepas lagi, dari one of American Degree Program student yang berasal dari Cambodia....... dia drop by NU before dia terbang ke US. nak dibuat selendang terlalu jarang, nak dijadikan alas meja, aku bukannya ada meja panjang..... so nampak gayanya simpan ajerlah kat dalam almari......

Jumaat, 10 Ogos 2012

Nasi goreng butter


buat lagi nasi goreng butter ni beberapa hari yang lepas........ buat only for Najwa, sebab dia yang suka sangat makan nasi goreng butter ni..... untuk yang lain-lainnya, aku buatkan mee goreng ajer.....

Khamis, 9 Ogos 2012

Tea from Zimbabwe

pemberian dari boss aku....... dia baru pulang dari Zimbabwe..... terima kasih.......
belum cuba lagi walaupun aku dapat tea ni hari isnin hari tu.....

Iftar 16

Masih lagi berbuka puasa di kampung en. suami....... petang tu we all buat ayam percik..... sebelum tu di sebelah paginya aku ngan anak-anak ke Pekan Rantau. Ke tailor yang aku duk tempah baju for raya nya.... sedih sungguh bila dimaklumkan oleh nyonya tu yang baju kami tak dapat disiapkan sebelum raya coz kakak yang bekerja dengannya tu kemalangan, patah tangan dan nyonya tu pulak tengah sakit....... ada ker nyonya tu siap suruh aku beli baju yang dah siap ajer...... geram betul aku....... kesian Najwa, dia dah berangan nak pakai kebayanya tu pada first raya....... masa aku nak keluar dari kedainya, nyonya tu siap berpesan kat aku suruh inform adik-adik aku yang baju dia orang pun tak dapat disiapkan........ so to my sister, pergilah jalan tunku abdul rahman tu beli yang dah siap punya...........
terlupa pulak nak snap gambar ayam percik yang sudah siap dibakar.......

Rabu, 8 Ogos 2012

Iftar 15

Ramadhan yang ke 15 kami sekeluarga balik lagi (ulang) balik lagi ke Kuala Sawah.... walaupun aku ngan anak-anak memberi beribu ribu alasan tak nak balik, kena juga balik....... en. suami cakap dia nak berbuka dengan emaknya.......ikut kan ajerlah...... tapi sebelum tu kita orang singgah kat PARAM Ampangan..... beli aku punya Laksamlah (tak sempat nak snap gambar laksam)
 Roti John untuk anak-anak aku........
 Rojak Singapura
Roti jala....... yang dalam bungkus plastik tulah Laksam...... yang dah dalam pinggan tak sempat nak snap gambar..... dah di ngap........

Sesampai ajer di Kuala Sawah, SIL aku tengah duk bakar ikan terubuk dan sotong (lupa nak snap gambar).... selain tu ada juga sayur kobis dan ikan goreng..........

Iftar 14

Menu berbuka puasa kami pada hari ke 14 Ramadhan.
 Masak lemak daging salai...... tak jumpa belimbing, so aku campurkan ajer ubi kentang dan tambahkan asam keping..... so rasa masam-masamlah..........
 cekodok pisang...... lebihan pisang yang dibawa dari kampung tempohari..........
 air soya + cincau...... beli soya kotak ajer.......
kuih-kuih yang dibeli kat simpang rumah aku ajer.... roti jala favourite anak-anak......

Selasa, 7 Ogos 2012

Penaaaaaatnya

Memang aku kepenatan hari ni.... baru ajer habis Graduate@Series of Lectures for Nilai UC Semester 1 Foundation students.....Since yesterday aku terlalu sibuk untuk memastikan series of talk by Mr. Edmund Bon ni berjalan lancar... 
Semalam, aku balik ajer dari kerja terus lepak tak larat nak kedapur. dalam pukul 6 petang baru aku bangun untuk prepare hidangan untuk berbuka..... nasib baiklah Selangor cuti semalam, so en. suami ada kat rumah and dialah yang tolong masak..... hari ini nampaknya aku kena sorang-soranglah kat dapur.........
 inilah Mr. Edmund Bon tu........ dia ini adalah Bar Council Member.....
 students yang mengikuti talk ni bergambar dengan Mr. Edmund Bon..... ramai yang tak hadir......
ada student yang terlentuk jugak tu...........