Khamis, 31 Januari 2013

Makan-Makan @ Seaview Restaurant, Bagan Lalang

Assalammualaikum,

Seperti biasa sebulan sekali aku akan bawa anak-anak makan kat luar. Asyik makan masakan sendiri ajer boring pulak, sendiri boring or en. suami???? so far en. suami mahupun anak-anak tak pernah mengomel pasal masakan aku, apa yang aku masak pasti en. suami akan makan........ hahaha..... nak sedapkan hati sendiri lah tu...... tak caya???? engkau orang tengoklah putri aku tu, sekarang ni makin bam bam, lambat ajer masak dah bising tambahan pula sekarang ni aku duk melayan slot akasia Setia Hujung Nyawa so makanya aku akan masak lepas Maghrib and dah tentunya selepas habis cerita Setia Hujung Nyawa tu.......... Melalutlah pulak...... Sambung balik pasal makan-makan ni.....

Untuk makan-makan kali ni dan seperti biasanya kita orang akan ke Bagan Lalang lah. Itu ajer tempat makan yang paling dekat dengan Nilai. and dah tentunya kalau ke Bagan Lalang kami akan ke Restaurant Senandung Malam ajer....... but on that night kami kena ke restaurant lain pulak coz malam Sabtu lepas, Senandung Malam, FULL tak ada tempat kosong pun and  ramai pengunjung yang duk berdiri kat tepi-tepi tu duk menunggu meja....... bila en. suami tengok masih ramai yang belum makan, so en. suami suggest we all gi cuba makan kat Seaview Restaurant ni.......Tak pernah try lagi kat restaurant ni...... First timelah.........
 kat Seaview Restaurant ni pun ramai orang, tapi masih ada tempat untuk di duduklah......... makanan kat sini pun boleh tahanlah jugak di tekak aku...... en. suami pun kata masakan kat sini sedappppp.....
replika bot ni disnap oleh putri ku........
 air tembikai and teh ais for my hero........
 sotong goreng tepung kegemaran anak-anak....... My putri cakap sotongnya macam kat Chinese Muslim Downtown KLIA........ ada rasa telur asin........
 Lala masak sweet sour........
 sambal cicah ikan bakar yang hampir sama macam kat Senandung Malam......
 pepahat masak tiga rasa....... mmmmmmmm sedaaaappppp........

 pari bakar....... kurannnggg....... minta pari bakar berlada, tapi tak disalut lada pun...... sikit sangat dia bubuh lada........ tapi licin jugaklah dikerjakan oleh anak-anak aku.........
alhamdullillah.......... licin kesemuanya...........
pencuci mulutnya fruity crepe........ sedaaapppp kata anak-anak aku..........

Rabu, 30 Januari 2013

Another Pasang Untuk My Putra & Putri

Assalammualaikum,

Untuk melekatkan duit bantuan persekolahan dia orang and also anak-anak pun mengkehendakinya, so bawalah dia orang ke Bata untuk menambah koleksi kasut sekolah. Pesan ngan anak-anak, hanya kasut B First ajer tau and bila dah sampai kat Bata Kasut North Star yang dia orang capai....... Anak-anak dah suka so belikan ajerlah, lagi pun duit dia orang..........

Selasa, 29 Januari 2013

Buku Teks

Assalammualaikum

N3 ni sepatutnya keluar masa awal-awal persekolahan hari tu tapi disebabkan kesibukkan yang melanda and baru jumpa gambarnya so sekarang baru nak publishkan...... tak apalah tak basi lagi......

Untuk pengetahuan umum, cehcehcehhhhhh..... macamlah ramai yang duk baca blog aku ni....... Putriku kan pindah sekolah tahun ni, dari SRAI ke SKDC and di sekolah baru ni dia tak dapat pinjaman buku teks...... dah puas aku merayu kat cikgu sekolah tu untuk skim pinjaman buku teks and jawapannya hampeh..... tak dilayan pun..... cikgu SPBT cakap, "buku-buku teks kat sekolah ni cukup-cukup untuk budak sekolah ni ajer"... aku tengok kat bilik SPBT tu melambak lagi buku teks untuk tahun 5.... Yang peliknya, ada seorang budak baru di dalam kelas putriku tu boleh pulak dapat buku teks......... anak aku, hampehhhhh...... 

Jadi tak nak menambahkan kekalutan dan tak nak anak aku ketinggalan belajarnya dan perang mulut dengan cikgu tu, so aku belikan ajerlah buku teks yang belum ada..... aku hanya perlu beli pun untuk 3 mata pelajaran ajer, iaitu Mathematics, Sains dan Pendidikan Islam. Sebabnya aku kena beli 3 ajer coz my boss every end of year akan bagi buku teks anaknya pada anak-anak aku. Anak boss aku ni memang kena beli buku teks 100% sebab dia hantar anaknya ke sekolah SWASTA iaitu Sekolah Bersepadu Kemayan di Seremban tu...... Aku beli 3 buku tu sebab Sekolah Bantuan Kerajaan tahun ni dah tukar buku Mathematics dan Sains nya ke dalam Bahasa Melayu dan Sekolah Bersepadu Kemayan masih lagi pakai dalam Bahasa Inggeris and satu lagi  Sekolah Bersepadu Kemayan tak ada subjek Pendidikan Islam kot.....  sebab Boss aku tak bagi pun buku teks pendidikan islam......
Nasib baiklah kedai yang jual buku teks ni hanya di Taman Seroja, Salak Tinggi...... so cepat ajerlah aku pergi membelinya....... kat popular aku tak jumpa ya buku teks........ La ni putriku bagi tahu ada satu buku teks lagi yang kena beli, iaitu buku Jawi...... Laaaa, Adik kenapa tak bagi tahu masa beli hari tu???? Walaupun dekat ajer kedai yang menjual buku teks ni, tapi kemalasan nak memandu tu yang jadi masalah........

Masa beli buku teks ni, duit bantuan persekolah belum keluar lagi tauuuuuuuu.........

My Puteri yang Hangin Selasa lepas

Assalammualaikum,

huhhhhhh tajuknya bukan main dahsyat sekali. My puteri hangin selasa lepas coz aku lambat kesekolahnya untuk collect bantuan persekolahan. So lepas ambil bantuan tu aku terus bawa dia makan nasi ayam kat Desa Cempaka, kasi kurang dia punya hangin sikit...... hehehehe....... actually aku memang dah masak untuk si Abang and aku selalu (tiap-tiap hari makan tengahari kat rumah sekarang ni, lepas ambil si puteri aku akan balik kerumah untuk dia tukar pakaian sekolahnya) tapi hari selasa tu oleh kerana aku kesuntukkan masa, so aku ngan puteri makan kat luar ajer. Nak cepat balik ke office dan aku angkut sekali puteri aku ke office....... First try kat gerai nasi ayam tu..... bolehlah di tekak aku.......

Ahad, 27 Januari 2013

Bantuan Persekolahan

Assalammualaikum,

Rasa-rasanya semua orang dah dapat bantuan persekolahan ni. Aku dapat hari Isnin hari tu untuk si Abang manakala untuk Adik pada hari Selasa. 

Untuk ambil bantuan persekolahan untuk adik hari tu aku lambat sikit sampai kat sekolah (bukan lambat sikit..... memang lambat betul sebab boss aku suruh siapkan minutes meetingnya jugak - aku sampai kat pintu kelasnya, cikgu kelasnya dah nak keluar dah.....) and aku tengok muka anak dara masam mencuka...... bila dah ambil and turun ke kereta dia sound aku "kalau mama tak dapat datang cakaplah, adik boleh suruh ayah datang ambil" and terus menonong ke kereta........ alahai putri mama, mama banyak kerjalah kat office....... mama datang jugakkan...... cuma cepat dan lambat ajer..........
So dapatlah RM200.... Duit tu untuk dia orang. so bolehlah tambah sepasang kasut lagi dan beli baju pengakap untuk si Abang....... Sekolah Menengah ni cikgu pilih dia masuk pengakap, so kenalah belikan baju pengakap untuk dia....... Masa sekolah Rendah dulu dia joint bulan sabit so aku belikanlah bajunya besar sikit sebab aku fikirkan boleh guna hingga ke sekolah menengah tapi hampeh, bila sekolah menengah kena joint pengakap pula.......

Jumaat, 25 Januari 2013

Adat Perpatih Milik Mutlak N9 - Dari Berita Harian bertarikh 22.01.13

Assalammualaiku,

Sajer ajer aku letak n3 cerita Adat Perpatih yang keluar kat dalam suratkhabar tempohari. Yang sebenarnya banyak kisah sejarah mengenai Linggi yang BH duk cerita kat dalam akhbar, tu yang beria-ia aku letak n3 ni......... Linggi kampung ku yang tercinta............

Petikan dari Prof Madya Datuk Dr Mohd Rosli Saludin mengenai Adat Perpatih:

Menurut beliau adat masyarakat N9 tidak hanya dipengaruhi Adat Minangkabau sehingga dikenali Adat Perpatih seperti tanggapan umum. Sebaliknya ia dibentuk asimilasi pelbagai adat suku kaum yang mendiami N9. (Linggi tak berapa mengamalkan Adat Perpatih ni.....)

Prof Dr. menyatakan Adat Perpatih kat N9 ni berbeza dengan Adat Perpatih di Minangkabau, Sumatera Barat. Adat Perpatih yang di amalkan di N9 dan Naning Melaka ialah gabungan sekurang-kurangnya 3 sistem iaitu sistem Adat Mingakabau yang berasaskan 3, iaitu Adat Nan Tigo, Adat Elok Boleh dan Adat Tuah Disakato (Tak amalkan so tak tahulah sangat......)

Lagi satu beliau menyatakan disebabkan umum menyangka N9 hanya memiliki Adat Perpatih, mereka tidak mengetahui kewujudan Adat Melayu Umum yang sudah lama tidak digunakan selain Adat Melayu Linggi (tak tahu pula Linggi ada Adatnya sendiri). Kawasan Adat Melayu Umum membabitkan pinggir pantai sehingga ke Lukut yang terletak dalam daerah PD.

Ni kena highlightkan - hehehe -  Jangan marah....
"Mukim Linggi terutama Pekan Linggi sekarang didiami orang Melayu turut disimpulkan sebagai 'Muafakat bil kitalo wassunati qabulatan minat ustaz yamonati' - sorrrrrryyyyyy - Jangan tanya maknanya kat aku ya - aku sendiri pun tak tahu - hehehe.......

Ni satu lagi petikan di dalam BH yang aku ambil also mengenai LINGGI..........
"Sejarah penghijrahan masyarakat Bugis dari Riau ke rembau sebelum berjaya membuka Linggi pada abad ke 18 dengan mewujudkan kerajaan sendiri (Dulu Linggi ada kerajaan sendiri rupanya!!!!) lengkap sistem pentadbiran teratur, ketenteraan dan mampu bertahan hampir 200 tahun. Sejarah perkembangan masyarakat Bugis Linggi mencatatkan kejayaan mereka membina sistem kemasyarakatan dan kebudayaan yang tersendiri dan unik, iaitu mengamalkan Adat Linggi atau Adat Muafakat dan Kebulatan. Adat ini amat berbeza dengan adat yang diamalkan bukan saja masyarakat Bugis di Johor dan Selangor, bahkan Sulawesi sehingga seolah tidak ada sebarang kaitan dengan kelompok Bugis di luar Linggi, katanya........

Ohhhhh banyak yang aku tak ketahui mengenai sejarah Linggi..... Ni kena cari buku sejarah mengenai N9 terutamanya mengenai LINGGI untuk tambah pengetahuan mengenai kampung halaman aku........

Rabu, 23 Januari 2013

Bersantai @ Angsana Hilir

Assalammualaikum

Cerita dah basi. bawa anak-anak berenang kat rumah Mak Ngahnya 2 minggu lepas.... Dah lama dia orang tak swimming kat sana.... asyik-asyik kat Putrajaya ajer....... ingatkan adalah sepupu sepapatnya yang kat Kajang tu datang...... tak ada pulak..... so dia orang berenang berdua beradik ajer lah.....
 
 Adik dah berani mandi kat kolam dewasa sepenuhnya..... dulu hanya tepi-tepi ajer.... now dah boleh ketengah kolam.....
 
Malam tu lepas Maghrib, Mak Ngahnya belanja dinner kat Great Eastern Mall. Dinner kat Cozy House Restaurant kat tingkat 3..... terima kasih Mak Ngah dari Adli & Najwa....... Hanya dapat snap 1 gambar ajer, sebab kamera aku kehabisan bateri pulak.... dapat snap ikan siakap masak asam pedas ajer.......

Khamis, 17 Januari 2013

Cerita Semalam

Assalammualaikum

Ni cerita mengenai my hero semalam..... buat kali keduanya Pak Cik yang bawa dia ke sekolah tak datang ambil dia......  Pak cik ni hanya menghantar ajer dan bila waktu balik dari sekolah, akulah yang mengambil...... My hero sekolah sesi petang and kena keluar rumah dalam pukul 12.30 tengahari and seperti hari-hari sebelumnya pak cik tu akan datang ambil dia tapi tidak semalam dan Jumaat lepas...... Mungkin pak cik tu terlupa, dah tualah katakan........ dia dah panik, takut lambat ke sekolah dan semalam dia kesekolah dengan menaiki basikalnya..... Naik basikal ke sekolah tak bagi tahu aku pulak tu..... dia cuma talipon aku dan cakap tak perlu ambil dia waktu balik nanti, dia kata dia balik dengan kawan-kawannya. Ingat balik jalan kaki rupa-rupanya naik basikal. Aku memang tak tahu dia naik basikal kesekolah. Masa aku balik kerja dan parking kereta kat porch pun aku tak perasan yang basikalnya tak ada sehinggalah bila dia balik dalam pukul 7.05 petang baru aku tau dia bawa basikal kesekolah....... aku cuma risaukan keselamatannya ajer...... Maklumlah jalan nak kesekolah tu busy..... kereta berdesap desup dengan budak-budak motor yang tak tahu nak perlahannya....... tu yang buat aku kecut perut tu....... hari ni aku siap pesan dengan hero aku, kalau pak cik tu tak datang dan abang bawa basikal ke sekolah make sure kat simpang luar before cross the main road abang turun dulu dari basikal, tolak ajer basikal tu masa melintas...... pandang kiri-kanan and dah tak ada kereta baru melintas........ nak ku naikkan dengan kakak transport yang dulu dia tak masuk pulak area Sekolah Cempaka, dia more area ke Salak....... En. suami aku pula cakap eloklah tu dia berdikari, belajar pergi sekolah sendiri, dah besar panjang katanya....... emmmmmm orang lelaki memang camtu, relek ajer........ omak jugaklah yang risau........

Rabu, 16 Januari 2013

My Heroine pula.....

Assalammualaikum

Hari ni hanya gambar anak-anak ajer......
 
My heroine yang semakin tembam.......

My Hero in 2013

 Assalammualaikum,

Hanya gambar yang berbicara hari ni......
 Handsome tak??????
Haritu merajuk ngan aku sebab guntingkan rambut dia..... nak style KPop kau!!!!..... Dah besar panjang ni, nak bergaya ajer........

Selasa, 15 Januari 2013

Comelkan!!!!

Assalammualaikum,

Comelkan!!!! (mama kena pujilahkan????) kok tak puji merajuk kang..... ini adalah princess tea set kepunyaan Najwa..... kaca tu tau..... ini salah satu hadiah birthday dia untuk last year birthday....... dia yang pandai-pandai pilih dia punya hadiah...... kat dalam kotak tu ada buku resipi cup cake jugak and asyiklah bila dia keluarkan tea setnya tu duk sibuk suruh aku bake cup cake.......... alahhhh sayaaaannnnggggg mak kau ni cukuplah rajin nak membaking cake..... nanti beli ajerlah kat Kedai Cake King ya sayang......

For this year punya birthday dia dah siap mintak hadiah kau..... you all nak tau tak dia mintak apa??? dia minta skuter........ sejak dah pandai bawa motor ni demand hadiah yang bukan-bukan pulak???? Basikal hadiah dari ayahnya tahun lepas dah tak pandang dah...... baru setahun ajer umur basikalnya....... Adik, tak dapat mama nak bagi der dik oiiiii....... mak adik ni bukannya cop duit der...... pakai ajerlah motor kapcai ayah tuuuuuuu...... Abangnya dah bising dah..... balik-balik adik ajer....... sampaikan abangnya cakap "Abang ni anak angkat ker" apa yang abang minta tak dapat pun???? adikkkkkk ajer!!!!! Alahai anak mak...... buat mak pening kepala ajer......... Untuk Abang, Abang adalah anak mama bukannya Anak Angkat hokey!!!! Abang kenalah beralah........

Isnin, 14 Januari 2013

Airport Sports Complex

Assalammualaikum,

Kami ke kompleks sukan Ahad yang lepas (bukan Ahad yang baru-baru ni ya, ni Ahad sebelum tu.... tak sempat nak update so lambatlah n3 nya..........) Kononnya nak main bowling, tapi tak kesampaian coz kesemua lane dah penuh..... nak kena booked dulu....... oklah anak-anak next time kita main ya....... tak jauh pun dekat ajer, bila-bila boleh datang........
 masih belum siap sepenuhnya kompleks sukan ni....... oh ya!!! n3 aku sebelum ni ada sebut pasal futsal.... minta maaf ya, kat kompleks ni tak ada gelanggang futsal ya...... so sesiapa yang nak main futsal kenalah gi ke Nilai 3..........
 ada 20 lane ya..... buat permulaan ni, kalau nak main kena booked dulu........ senantiasa penuh........
gelanggang badmintonnya kat level 3 ya!!! ada 16 gelanggang kesemuanya kalau tak silap aku........ gelanggang badminton ni tak penuh so bila-bila masa ajer boleh main (ikut waktu operasinya ya!!!)

Negeri Sembilan Cuti Hari ni

Assalammualaikum,

Hari ni cuti..... public holiday for Negeri Sembilan 
sempena Birthday Yam Tuan........ 
sambung tido balik

Jumaat, 11 Januari 2013

Masih belum terlambat.......

Assalammualaikum,

Dah terlambat ker???? Masih belum terlambat lagi kan!!!! Kalau terlambat pun apa aku peduli, nak juga letak n3 tentang coountdown 2013 kat blog aku....... blog aku kan!!!  Oklah, aku nak cerita pasal countdown 2013 ni... tak ada planning langsung nak gi tengok bunga api pada malam tahun baru lalu..... tiba-tiba rasa boringlak malam tu langsung ajak en. suami tengok bunga api...... en. suami ajak ke Dataran Nilai ajer, tapi aku cakap bunga api kat Dataran Nilai tak cantik so kita orang gi ke Putrajaya. Kita orang gerak dari rumah dalam pukul 11.00 malam dan bila sampai area Putrajaya dah jammed...... tak boleh masuk ke Dataran Masjid Putrajaya, so pergi cari tempat yang strategik untuk menengok..... kita orang lepak kat kompleks sukan puspanita.... dari situ boleh nampaklah....... so layan ajelah gambar-gambar yang heroku snap...........
 
 
 
 
 
 

Rabu, 9 Januari 2013

Hari Sanding

Assalammualaikum,

Punyalah payah nak menghabiskan n3 wedding anak Mak Cik Lijah aku ni...... Dua hari ni aku sibuk coz semester baru akan dibuka next week..... ini pun curi- curi mengupdate blog......sambung balik cerita wedding ya!!!!

Sampai ke majlis lambat, tu pun setelah di talipon oleh Tok Chek baru bergegas nak keluar rumah...... padahal pun bukannya jauh pun rumah pengantin dengan rumah kampung kami........
 sebahagian dari tok sedara, mak saudara dan nenek sedara yang kami temui....... jumpa juga Mak Ngah Nyot kami yang dah bermastautin di Singapura, yang dah lama tak jumpa, rasa-rasanya more than 10 years tak jumpa dia (tak ada pula gambarnya)...... yang syoknya dia cakap aku dah kurus, nak melompat den dibuatnya.....  mula-mula dia ingat aku Ida (adik aku), yalah si Ida ni masa remajanya kurus, cuba tengok si Ida sekarang, sure terperanjat beruk dia....... hehehe....... (Bad, jangan marahhhhh) 
 pengantinnya.........
Ketibaan Pak Cik aku n family nya..........
keberangkatan pulang Mak De aku....... dia pun tak lama kat majlis tu, sebab cucunya dah merengek nak balik.........

Kami tak lama kat majlis tu sebab nak gi kenduri kahwin belah en. suami di Dewan Sek. Men. Teknik Seremban pula (tak ada gambar sebab pergi berdua dengan en. suami ajer, anak-anak tak nak ikut, nak tinggal dengan sepupu sepapatnya kat kampung)..... 

Tak puas aku nak meratah ayam golek kat kenduri rumah mak cik lijah ni dan nasib baiklah aku sempat merasa wajik duriannya....... dah lama teringin nak makan wajik durian, akhirnya dapat....... Lauk pauknya memang terbaikkkkk.......

Isnin, 7 Januari 2013

Cerita perihal rumah kampung

Assalammualaikum

Masa wedding anak Mak Cik Lijah aku dan adik beradik (yang biasa balik ke kampung hanya 3 keluarga ajer) balik ke kampung tercinta. Seperti biasa aku akan lambat sampailah...... Lambat sampai kat kampung bukannya aku mengelat nak mengemas rumah yang dah lama ditinggalkan ya!!!!! aku nak clearkan baju-baju yang hendak dibasuh dan yang dah di basuh dan mengemas rumah sikit-sikit, hari bekerja tak sempat nak menyapu keseluruhan rumah (macamlah rumah aku tu besar sangat). Tak ada bibik, everything kena buat sendiri........  Oleh kerana dah lama tak balik ke kampung, last balik kampung hanya pada hari raya puasa yang lalu, so bila balik rumah kampung rupanya rumah kampung banjir kat ruang nengok tv kat dengan ruang dapur...... habis karpet-karpet, tilam basah lencun, tak boleh pakai lagi....... banjir sebab bukan atap bocor tau, banjir sebab salur air tersumbat dengan daun-daun......... and also almari yang menempatkan tv tu ranap ke bumi. Nasib baik tv tak terhempas ke lantai. Benda-benda yang kat dalam almari habis jatuh ke lantai.... rasa-rasanya kat dalam almari tu tak ada barang-barang kaca, hanya tersimpan dulang tembaga untuk hantaran ajer........ kenalah pindah dulang -dulang tembaga tu ke kabinet yang lain....... operasi mengemas dilakukan oleh my sis yang balik awallah........
tinggal kenangan..... bangsal tempat arwah nenek aku selalu mengacau rendang, membakar kuih bakar and bahulu pada musim raya.......  sekali lagi aku balik kampung, sure bangsal ni rebah ke bumi...... huhuhuhu....... hanya dapat snap gambar ni dari serambi rumah arwah bonda ku sebab rumah arwah nenek dah disewakan......... belakang rumah nenek aku tu dah jadi hutan dah...... dulu masa muda remaja aku selalu nolong (nolong ker atau terpaksa?????) arwah nenek aku menebas dan meracun kat belakang rumah tu..... bersih ajer dulu, sekarang ????????
Ini aktiviti sebelum pergi wedding anak Mak Cik Lijah di Pengkalan Durian......  Siap bakar satay lagi pagi tu..... sepatutnya pergi merewang (tolong memasak)...... and one of our cousin call and tanya bila kita orang nak sampai ke rumah Mak Cik...... sebab sedara mara yang lain dah sampai, we all adik beradik ajer yang tak sampai-sampai lagi, padahal rumah pengantin bukannyalah jauh sangat........ Kita orang pergi makan ajer......... sebab dah ramai yang menolong........

Sabtu, 5 Januari 2013

Walimatul Urus anak Mak Cik Lijah - Malam Berinai

Assalammualaikum

Kami balik ke kampung pada 29 December yang lalu untuk memenuhi undangan mak cik aku. Sampai kampung pun dah petang. Lepak-lepak sekejap and then lepas Maghrib baru kami kerumah mak cik di Pengkalan Durian, Linggi. Malam tu diadakan majlis berinai....
 Pengantin perempuan adalah anak mak cik aku dan ini merupakan sulung menantu.....
 masak sendiri terdiri dari orang - orang kampung dan sedara mara belah pak cik Nasir lahhhhh........
 hanya tiga beranak ajer malam tu coz si abang duk leka main PS3 dengan si Eimran. Sanggup tu tinggal berdua ajer kat rumah Linggi....... Main punya pasal sampai hilang takut kau orang ya!!!!
 pasukan kompang terdiri dari anak-anak muda rumah rakyat Pengkalan Durian....... uhhhhh rumah rakyat Pengkalan Durian dah ada pasukan kompangnya sendiri....... hebat dia orang ni, siap ada drum lagi tu....... ingatkan budak-budak kampung tak aktif, rupanya dia orang ni aktif dengan berbagai aktiviti..... tahniah    tahniah    tahniah....... masa zaman aku kat kampung dulu hanya orang-orang tua ajer yang duk memukul rebana, sekarang ni dah naik sikit dengan menggunakan kompang pulak tapi kali ni budak-budak lah pulak yang joint group kompang ni....... 
 pelamin yang cantik.......