Jumaat, 25 Januari 2013

Adat Perpatih Milik Mutlak N9 - Dari Berita Harian bertarikh 22.01.13

Assalammualaiku,

Sajer ajer aku letak n3 cerita Adat Perpatih yang keluar kat dalam suratkhabar tempohari. Yang sebenarnya banyak kisah sejarah mengenai Linggi yang BH duk cerita kat dalam akhbar, tu yang beria-ia aku letak n3 ni......... Linggi kampung ku yang tercinta............

Petikan dari Prof Madya Datuk Dr Mohd Rosli Saludin mengenai Adat Perpatih:

Menurut beliau adat masyarakat N9 tidak hanya dipengaruhi Adat Minangkabau sehingga dikenali Adat Perpatih seperti tanggapan umum. Sebaliknya ia dibentuk asimilasi pelbagai adat suku kaum yang mendiami N9. (Linggi tak berapa mengamalkan Adat Perpatih ni.....)

Prof Dr. menyatakan Adat Perpatih kat N9 ni berbeza dengan Adat Perpatih di Minangkabau, Sumatera Barat. Adat Perpatih yang di amalkan di N9 dan Naning Melaka ialah gabungan sekurang-kurangnya 3 sistem iaitu sistem Adat Mingakabau yang berasaskan 3, iaitu Adat Nan Tigo, Adat Elok Boleh dan Adat Tuah Disakato (Tak amalkan so tak tahulah sangat......)

Lagi satu beliau menyatakan disebabkan umum menyangka N9 hanya memiliki Adat Perpatih, mereka tidak mengetahui kewujudan Adat Melayu Umum yang sudah lama tidak digunakan selain Adat Melayu Linggi (tak tahu pula Linggi ada Adatnya sendiri). Kawasan Adat Melayu Umum membabitkan pinggir pantai sehingga ke Lukut yang terletak dalam daerah PD.

Ni kena highlightkan - hehehe -  Jangan marah....
"Mukim Linggi terutama Pekan Linggi sekarang didiami orang Melayu turut disimpulkan sebagai 'Muafakat bil kitalo wassunati qabulatan minat ustaz yamonati' - sorrrrrryyyyyy - Jangan tanya maknanya kat aku ya - aku sendiri pun tak tahu - hehehe.......

Ni satu lagi petikan di dalam BH yang aku ambil also mengenai LINGGI..........
"Sejarah penghijrahan masyarakat Bugis dari Riau ke rembau sebelum berjaya membuka Linggi pada abad ke 18 dengan mewujudkan kerajaan sendiri (Dulu Linggi ada kerajaan sendiri rupanya!!!!) lengkap sistem pentadbiran teratur, ketenteraan dan mampu bertahan hampir 200 tahun. Sejarah perkembangan masyarakat Bugis Linggi mencatatkan kejayaan mereka membina sistem kemasyarakatan dan kebudayaan yang tersendiri dan unik, iaitu mengamalkan Adat Linggi atau Adat Muafakat dan Kebulatan. Adat ini amat berbeza dengan adat yang diamalkan bukan saja masyarakat Bugis di Johor dan Selangor, bahkan Sulawesi sehingga seolah tidak ada sebarang kaitan dengan kelompok Bugis di luar Linggi, katanya........

Ohhhhh banyak yang aku tak ketahui mengenai sejarah Linggi..... Ni kena cari buku sejarah mengenai N9 terutamanya mengenai LINGGI untuk tambah pengetahuan mengenai kampung halaman aku........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan