Selasa, 5 November 2013

Memancing

Assalamualaikum,

Hari Ahad hari tu, yakni selepas kenduri kahwin anak sepupu en. suami di Rasah kami bawa our hero gi memancing kat area kampung ajer...... pergi pun lepas Asar, so dapat sekejap ajer memancingnya...... janji lepas hajatnya yang sibuk nak gi memancing kat Pengkalan Kempas.......
Kami bawa dia pergi memancing kat Lombong Panjang kat Sega Hilir....... my MIL cukup bising bila we all nak gi memancing kat Lombong Panjang ni....... dia cakap tempat ni keraslah, ada penunggunya....... tapi kami tak memancing kat Lombong Panjang tu tau!!!! kami memancing kat kawasan tebatan air banjir yang baru ajer dibina awal tahun hari tu dimana kawasan tu bersebelahan dengan Lombong Panjang tu.......

Lombong Panjang tu terletak disebelah batang paip tu........ ianya tak lebar tapi memanjang ajer..... tu sebab dipanggil lombong panjang....... panjangnya hingga hampir kat area rumah MIL aku, jaraknya lebih kurang 1 kilometer ajer dari rumah MIL aku dan yang dekat rumah MIL aku nilah our Tok Mat, MB N9 duk buat rekreasi park yang di panggil Rantau Agro Park kalau tak silap aku...... siap chalet lagi...... dalam proses pembinaan...... tempat yang buat rekreasi ni memang keras..... sebab ada yang jumpa buaya putih timbul dan dah makan orang baru-baru ni menurut cerita my MIL lah........ ini cerita orang tua-tua yang duduk kat area situ........... baca boleh, percaya tu terpulanglah pada masing-masing...
Masa kami sampai tu ramai juga kaki-kaki pancing duk memancing...... riuh tempat tu...... so tak adalah takut sangat......... kebanyakkannya memancing kat kawasan tebatan banjir tu....... kat lombong panjang tu tak ada pun yang duk memancing.............
tengah sibuk duk memasang umpan.......
ayahnya pun joint sama.......... aku duk bentang tikar kat tepi tu......... berkelah kat situ...... hehehee.....
seekor pun tak dapat...... tak lama kat situ sebab langit dah gelap semacam....... sebaik masuk ke kereta, hujan pun turun dengan lebatnya...........
my gegirl sibuk duk membaling batu ke dalam tasik tu..........
tengah duk leka memerhati anak-anak memancing, terdengar bunyi enjin kapal terbang yang selalu duk terbang kat ruang udara Kuala Sawah tu..... kapal terbang kecil tempat budak-budak kampung dan kawasan yang berdekatan duk selalu terbangkan kapal terbang ni..... kalau nak terbangkan kapal terbang ni kena bayar ya, bayarannya tak tau pula aku berapa....... tapi bila aku tengok ianya melalui atas lombong panjang takut pula aku....... takut jatuh kat dalam lombong tu.......... haruuuuuuuu

4 ulasan:

  1. wahh..ada kawasan tempat main remote control plane, lagi meriahlah tempat ni..bila Rantau Agro Park siap, ramailah orang dtg sini nanti ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya.... nanti mesti ramai pelancong yang datang... marketingnya mesti kaw kaw punya nanti...... mb punya projeklah katakan......

      Padam
  2. Walaupun cuma menemankan je... tapi dapat juga beriadah bersama-sama anak ye Zana.

    BalasPadam