Selasa, 10 Disember 2013

Taman Rekreasi Kuala Sawah yang masih under construction

Assalamualaikum,

Ahad lepas aku sekeluarga gi ronda-ronda kat taman rekreasi Kuala Sawah yang masih under construction lagi....... taman ni dekat ajer kat rumah MIL and for your information taman ni dibawah projek Tok Mat, MB N.Sembilan lah...... 
Dia nak bangunkan Kuala Sawah ni so dia buatlah taman rekreasi siap dengan chalet dan mini zoo kat kawasan lombong tinggal tu......... ni aku snap gambar-gambar yang masih under construction ya!!! bila dah siap betul aku akan datang lagi (kalau masih belum berbayar masuknya yaaaa and snap gambar terbaru ok)........ kita orang round kat sini sebab my MIL cakap dah banyak binatang yang dah ditempatkan kat sini and sempena cuti sekolah dan tak kemana-mana so bawalah anak-anak round kat sini ajer........ tengok free duluuuuu......
kat area sini nanti tempat parking dan kedai-kedai souvenir.........
ni dewannya yang boleh menempatkan seribu orang..... kat depan dewan yang menghadap lombong tu nanti boleh naik boat and basikal air untuk kayuh kat dalam lombong tu....... ada yang berani???? aku tak sanggup der dan tak akan benarkan anak-anak aku  naik basikal air tu, kalau boat bolehlah........... sebab ada ceritanya dari orang tua-tua kampung tu......... pernah cerita kat sini
 ini pemandangan dekat..... besar kan.........   tempat nak naik boat tu kat belah belakang dewan tu.........

wahhhhh tak lama lagi orang-orang Kuala Sawah buat kenduri kahwin bolehlah sewa dewan tu...... agak-agaknya siapalah orang pertama yang akan menyewa dewan tu untuk kenduri kahwin ya!!!!!
 ini kantin  yang menghadap lombong juga............ masih under construction lagi.......
 antara binatang yang telah ditempatkan kat taman rekreasi ini............. itik.......
 angsa........ angsa ni tak dipagar tau.... bebas..... kenalah hati-hati, takut disudu dik angsa tu........
 labi-labi......
 kura-kura dan sewaktunya....... banyak kolam untuk binatang ni tau........
 kuda.......... 
pengunjung nanti boleh tunggang kuda ni...... bayarannya tak tau lagi......
tapi hati-hati ya, takut dicampak dek kuda tu kedalam lombong kang.........
 itik pulang petang ...........
 angsa yang ni kat dalam kandang pula........
 rusa........
 rusa lagi........
 kandang kuda yang masih dalam pembinaan........
 ayam.......
 kambing..........
 burung merak kot...... 
aku tak perasan pula binatang ni...... 
gambar-gambar ni semua disnap oleh my gegirl....... gambar banyak yang tak clear sebab guna kamera handphone cap ayam........ aku boleh tak bawa kamera canggih pula. memang tak ada plan nak round kat sini so satu benda pun tak bawa, nasib baiklah ada handphone cap ayam tu........ berguna juga........
 ular...... ada 2 ekor yang besar.........
 ini ular yang masih kecil.......
 burung hantu........
 musang kut........
 arnab......
dan dengarnya banyak lagi binatang akan ditempatkan disini. 
Ada akuarium juga tau dan masih dalam pembinaan juga.......
dengarnya Tok Mat nak taman rekreasi ni disiapkan cepat......
dengarnya Januari akan beroperasi........
Nanti Kuala Sawah akan sibuklah dengan pelancong-pelancong..........

Agak-agaknya anak-anak Kuala Sawah akan dapat keistimewaan tak untuk masuk ke taman ni?????

10 ulasan:

  1. Harap bole maju nnti tmpt ni....jgn mula2 saje kan kak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap-haraplah...... kita sebagai anak NS kena supportlah... Asyifa, NS kat mana?

      Padam
  2. Elok ada tmpt camni..sesuai utk family abiskn masa dgn berfaedah.

    BalasPadam
  3. bayaran masuk rasanya sama...kalau ada keistimewaan, mesti semua mengaku penduduk Kuala Sawah..hehe..bestnya tempat ni...musang & burung hantu..cute..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti bila siap sepenuhnya saya tempelkan gambar2nya ya....... kena pakai special kad tu......

      Padam
  4. assalamualaikum...salam perkenalan..BW kat sini..

    BalasPadam
  5. Zana angsa M'sia garang2... kalau kita dekat memang disudunya... tapi masa saya ke UK Januari lepas angsa-angsa yang saya jumpa di sana jinak2... boleh beri makan di tangan... mereka cuma garang masa musim bertelor dan mengeram je... waktu ni siaplah... kita dikejarnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. seronokkan dapat bagi makan angsa..... kalau kat m'sia, siaplah.......

      Padam