Jumaat, 19 September 2014

Majlis Persandingan Abang Long Hafiz dan Isteri - Belah Pagi (preparation)

Assalamualaikum,

Cerita ni ada dua part ya, sebab gambar terlalu banyak.

Oklah, hari yang ditunggu-tunggu pun tiba, maka pada 13 September 2014 berlansunglah majlis persandingan anak buah aku, Azrul Hafiz dan pasangannya di Bayu Lake Homes Mantin. Belah perempuan telah diadakan pada 30 Ogos 2014 di Miri, Sarawak. Ini kira majlis bertandanglah........ cerita sehari sebelum majlis kat sini.

Pagi Sabtu tu bermula dari pukul 4 subuh hujan turun dengan agak lebat dan nasib baiklah hujan tu berhenti pada pukul 10 pagi. Majlis ni adalah style "garden wedding" dan kalau dah hujan, tau-tau ajerlah ya dengan licaknya dan air bertakung kat khemah makan. Memang dugaan betul. En. suami pagi-pagi tu dalam hujan duk mengcangkul buatkan parit untuk bagi laluan pada air yang bertakung tu.dan my BIL terpaksa beli batu-batuan untuk mengkabuskan kat tempat-tempat yang bertakung air tu.
khemah utama
laluan nak ke khemah utama
goodies bag yang dah siap disusun
antara menunya ialah Daging Salai
ayam goreng
yang ini aku tak pasti lauk apa, 
sebab during majlis ni aku tak ambil nasi pun, 
asyik minum cendol ajer
makan pun hanya ambil rojak sepinggan
acar buah
ulam-ulaman
ni semua dari caterer.....
lauk yang kami dan jiran masak lupa nak snap
lauk tambahan yang dibuat ialah sambal ikan keli, kari kambing dan 
sambal sotong yang diorder oleh my BIL kat Sungai Buluh, kalau tak silap aku lah.......
buah-buahan
selain tu my Sis ada juga cater rojak, cendol, kuih muih dan teh tarik
rojak
cendol
kuih-muih dan teh tarik lupa nak snap gambar
ada live band dan karaoke juga
ini orang Bayu Lake Homes lah yang duk nyanyi
buggy car untuk bawa pengantin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan