Isnin, 8 Jun 2015

Kenduri Tahlil @ Kampung

Assalamualaikum,

Hampir sebulan tak bersiaran. Baru ada kesempatan untuk menitip sesuatu di blog ini. Banyak cerita yang tertangguh dan akan menjadi cerita lapuk........... 

Ok lah di waktu yang terluang ni aku titipkan cerita sabtu lepas. 
Kami adik beradik buat kenduri tahlil untuk arwah-arwah dari ahli keluarga kami. Buat kat kampung kat rumah pusaka. Selalu nya lepas bacaan yasin dan tahlil makanan akan dihidangkan di serambi tapi kali ni kami pasang khemah dan lauk pauk kami order ajer kat Taman Tuanku Jaafar Seremban. Pinggan dan cawan pun kami suruh caterer tu sediakan. Sebab terlampau rajin sangat nak membasuh  pinggan mangkuk yang telah diguna.
menyusun apa yang patut
anak-anak bujang duduk di satu sudut
adik beradik aku serta anak buah menantu dan anak-anak duduk membaca yasin kat ruang tengah rumah.
rumah tinggal ya, so semua barang diselimuti dengan surat khabar.
antara tetamu yang hadir termasuklah YB DUN Linggi
Hari ini dalam sejarah............ 
Kali pertama YB DUN datang kenduri tahlil kat rumah ni..........
kazen-kazen aku.............
anak-anak buah aku..............
my sis dan menantunya..........
hujan renyai-renyai masa waktu makan ni
YB Linggi with my brothers dan anak buah (yang baju melayu hijau)

sebenarnya  rumah mak YB ni selang 4 buah rumah ajer dari rumah orang tua kami
lagi gambar YB

asyik ambil gambar YB sampai terlupa nak snap gambar menu kenduri kami kali ni
orang-orang kampung yang hadir
apalah yang dibincangkan oleh YB tu dengan 2 orang adik aku ni........
bincang projek ker????

YB ni satu kelas  dengan adik perempuan aku tu masa di sekolah rendah dan YB ni juga adalah bekas anak murid arwah mak aku kat Sek Keb Linggi.

walaupun cater ajer makanan tapi tetap penat juga...............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan