Isnin, 24 Ogos 2015

Majlis Jalinan Silaturahim Aidilfitri 2015 Georgian 85 - Bhgn. 2

Assalamualaikum,

Sesiapa yang tersinggah blog aku ni akan muak lah nengok gambar-gambar di Majlis Jalinan Silaturahim Aidilfitri 2015 Georgian 85 yang baru berlalu........ Aku akan cuba letak kesemua gambar-gambar yang aku ada untuk kenangan aku. Aku akan buat part by part............ Banyak hoiiiiiiii gambar. Kesemua gambar ini satu pun tak ada dari kamera aku, ini semua dari kamera kawan-kawan dan dari jurugambar professional. Depa whatsapp kat group aku save ajer..............

Ok so kau orang layan lah gambar-gambar ni ya........ Biar gambar yang berbicara..............

Ini suasana kat Dewan KGV

Acara bermula dari pukul 11 pagi dan berakhir pada pukul 4 petang. Sesampai ajer dan selepas pendaftran, semua dijamu dengan makanan ringan dulu seperti lemang, nasi impit, kek dan pelbagai kuih muih. Gambar makanan satu pun aku tak snap, sebab tak sempat nak ambil gambar dek terlampau asyik berborak dengan kawan-kawan yang hampir 30 tahun tak berjumpa...........

Pada pukul 12 tengahari bermulanya bacaan yassin dan tahlil untuk rakan-rakan Georgian 85 yang telah kembali kerahmatullah. Bacaan Yassin dan tahlil diadakan di dalam dewan KGV juga. Kat atas pentas utama.
Selepas bacaan Yassin dan tahlil, kita bersembahyang Zohor pula. Lelaki kat dalam dewan KGV manakala yang perempuan kat surau KGV. Masa zaman kami dulu surau ni belum wjud lagi..........

Selepas selesainya solat zohor maka majlis makan-makan pun bermula........... Kami dihidangkan dengan nasi lauk gulai daging salai, sambal ayam, gulai kepala ikan masak lemak cili api, gulai ikan keli masak lemak cili api, ulam-ulaman, sambal belacan dan sambal tempoyak........ ada beberapa lagi hidangan, tapi tak ingat pula................

Lepas makan pula adalah acara bergambar beramai-ramai...........

Georgian 85 Ladies.............
ini tengah menyusun kedudukan untuk bergambar
ini yang dah ready punya.............

Georgian 85 Guys pula..........
tengah menunggu yang lain naik ke pentas utama untuk bergambar
kat bawah ni gambar mereka-mereka yang dah ready untuk bergambar....

gambar dekat pula

4 ulasan: