Khamis, 5 Januari 2017

Mandi Manda di Pantai Port Dickson

Assalamualaikum...........

Lama sungguh ahkak tak bersiaran. Bukannya apa, cuma virus M telah menyerang ahkak...........

Sebelum meneruskan cerita yang telah basi, ahkak ingin mengucapkan selamat tahun baru 2017 pada kawan-kawan blogger ahkak semuanya.......... masih belum terlambat lagi kan untuk mengucapkan selamat tahun baru?

Ni ha ahkak nak cerita sikit dan simpankan ianya sebagai kenangan di masa hadapan tentang cuti cuti kami pada cuti awal muharram (kalau tak silap lah, coz dah terlampau lama sangat terperap gambar-gambar ni kat folder) di Pantai Teluk Kemang, PD.

Day before that kami semua (aku 2 beranak dan adik aku yang kat Kajang tu 5 beranak) bermalam kat Bandar Seri Sendayan, masak-masak apa yang patut di bawa. Kami gerak ke PD awal pagi. Kesemuanya 5 kereta lah dari Seremban dan berkumpul di Teluk Kemang (Batu berapa tak ingat)

 sebaik tiba susun dulu segala makanan yang dibawa
Mak Su dulu sampai so dia dapat port yang cantik untuk lepak........
satu gazebo kita orang bolot......... tapi ada orang tumpang letak helmet.......
sebelum turun ke laut, kita isi dulu
kat rumah tak breakfast tau
sebab memang plan nak makan-makan kat tepi pantai..........
orang bujang ni (yang sedang bermain bola) tu yang tak menyempat-nyempat nak mandi........
masa ini ombak kuat juga.........
dah puas mandi, merengek-rengek pula nak naik banana boat........

bergambar dulu..........
masing-masing dah mengambil tempat
Pak Ngah kat depan dan Abang Eimran kat belakang sekali........
My hero tak ikut sebab dia sibuk sangat dengan PBDB nya......
dah mula gerak ke tengah laut
siap pesan dengan orang bot tu, jangan jatuh kan dia orang kat tengah
sebab ni budak-budak ajer..........
bila nampak boat ni patah balik ke pantai, baru lega rasanya......
kalau tidak risau dibuatnya.........
maklumlah budak-budak ajer.........
masa ni masih kat tempat yang dalam
kau tengok lah orang yang pakai baju hitam tu paras mana airnya
bolehkan si Lokman, cucu Mak Su ahkak terjun
dah tu tergapai-gapai dia
sepatutnya orang yang pakai baju hitam tu nak tarik banana boat tu ketepi pantai, so terpaksa lah selamat kan si Lokman tu dulu...........
seronok betul dia orang dapat bermandi manda kat Pantai PD...........

3 ulasan:

  1. selamat tahun baru 2017...lama sungguh tk ke PD..bestnya naik banana boat..

    BalasPadam
  2. jgn lupa ye, kisah buaya laut yg terbukti ada kt P.D. Nak mandi takpe, tp hati2 sb bnda ni fakta. Pihak berkepentingan tk mau bgtau sb... http://faceberuk.blogspot.my/2010/08/dulu-anak-buaya-gigit-kaki-ini-mak-dia.html

    BalasPadam