Jumaat, 17 Julai 2020

Cerita My Putri

Assalamualaikum,

Bulan August 2020 ini my putri banyak appointmentnya dengan HTJ.......

Banyak betul dugaannya.....

Before ni, masa Form 4 pun kerap ke HTJ for check up jantungnya....
Alhamdulillah dah discharge....

My putri masa  dari Form 1 aktif dengan kawad kaki dan dia merupakan ketua platun. Dan bila dah jadi ketua platun so dia kena bertempik/memberi arahan kepada rakan-rakannya semasa berkawad. Masa Form 4 dan sedang menjalani rawatan jantung ahkak tak benarkan dia aktif dalam berkawad sampai guru bimbingannya memujuk untuk participate dalam pertandingan kawad, but Alhamdulillah dia mendengar cakap mamanya.......... dan dia meminta guru bimbingan persatuan untuk melantik ketua platun yang baru walaupun gurunya berkeras hendakkan dia kekal sebagai ketua platun..... Setelah ditujukkan surat hospital baru gurunya melantik orang baru dengan syarat my putri kena mengajar budak baru itu.....

But now dugaan terbarunya pula terdapat lump di payudaranya........ Ini membuatkan ahkak cukup risau about kesihatannya.... dah jumpa pakar, pakar cakap kalau tak ada nanah dan tiada perubahan dipayu dara ianya bukan kanser. Ultrasound akan diadakan pada 6.8.2020 ini. 

tak ingat bila ke emergency HTJ
masa ni dia datang sakit, sakit berdenyut
masa musim covid ini hanya pesakit ajer yang dibenarkan masuk
parent/penjaga tak dibenarkan.......
ahkak kena tunggu luar dan dah cakap dekat my putri, cerita kan semua kesakitan tu kat doctor....
dan berharap dapat proceed for ultrasound secepatnya, sebab appointmentnya lambat lagi....
doctor pakar dah cakap masa last appointment, jika sakit terus ke emergency and akan boleh proceed secepatnya.....
tapi bila ke emergency and doctor kat situ cakap tak perlu proceed sebab keadaan payudaranya ok dan tunggu ajer tarikh appointment yang akan datang.......
Begini lah bila berurusan dengan Gov. Hospital.....
Nak ke private hospital tak mampu.....
so tunggu ajerlah dan sentiasa berdoa kepada Allah............


Selain hospital, ahkak ada juga buat secara traditional, yakni Ustad lah.....
Tapi hati ahkak lebih menyatakan SAKA, sebab belah En. suami yakni moyang-moyang nya dulu ada berdamping so sekarang ini anak cucu cicit lah yang kena.........  and my putri pernah nampak perempuan tua bongkok dekat rumah my MIL and my putri cakap dekat ahkak kenapa Nek Indok buat kat tepi anak sungai tu........ Ahkak cakap kat my putri, itu bukan Nek Indok, Nek Indok kau kan terlentang sakit tu, macam mana pula dia boleh berjalan????  Terus ahkak suruh dia baca ayat Kursi.........
Bila cerita kat my MIL terus senyap my MIL..... Ahkak pun pernah kena masa kat dapur my MIL......... 

My MIL dah banyak kali panggil ustad-ustad dari Darul Syifa....... hilangnya sekejap ajer lepas tu menganggu balik cucu cicit........

Kawan-kawan blogger yang singgah kat blog ahkak ini tolong doakan kesihatan My Putri ya........

9 ulasan:

  1. Allah...semoga yang baik2 saja utk Najwa dan seluruh keluarga akak.

    Najwa kena rajin zikir dan baca qursi..moga dia dijauhkan dari perkara yang tak diingini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Sheila, akak memang senantiasa suruh baca qursi dan zikir...

      Padam
  2. Pada saya sakitnya tu bukan sebab saka, teruskan jelah temujanji kat spital... cer bawak ke specialist hospital mcm ampang putri... takpa zana demi anak tu... bayaran tu boleh bincang dulu dgn pihak spital kalau dia kena operate ke... kalau mampu teruskan.. kalau tak proceed dgn govt.

    bab saka tu selalulah ingatkan dia kuatkan semangat dan baca quran selalu... Dari apa yg saya baca ni, najwa tak begitu sihat... jadi benda2 gitu suka mendekat. apapun saya doakan dia dijauhkan dari segala perkara yang tidak diingini dan kesihatannya pulih seperti biasa semula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah akak.... memang saya buat apa saja untuk dia...

      Padam
  3. Semoga baik-baik sahaja kesihatan puteri ZN tu.

    BalasPadam
  4. semua baik2 saja untuk akak sekeluarga

    BalasPadam
  5. Semoga dipermudahkan urusan ultrasound puteri akak..

    BalasPadam