Isnin, 20 Jun 2022

Family Gathering @ Bagan Lalang

 Assalamualaikum,

Makan-makan with family member di Bagan Lalang. Sponsored by anak buah @ Abang Long. Ingatkan dia belanja ini ada special announcement dari nya.......... tak apa kita doa kan agar dia di temukan jodoh dengan orang yang baik-baik..........

Tak semua family member yang hadir ya...... Ada yang kena sengat tebuan (kena waktu bekerja, kerja ukur tanahkan), ada yang kata kenapa tak confirm padahal kat whatsapp group dah mention tarikh dan tempat, ada yang kata tak ada siapa nak bawa, nak drive malam-malam tak nampak (yang ini mak su dan pak cik) dan ada yang hilang dari radar, call tak berangkat, anak-anak ada yang belajar jauh so tak dapat joint. Insya Allah ada rezeki, kita berkumpul lagi.......................

Kami makan kat H.M Sri Bagan....... Total keseluruhan RM1200.00. Terima kasih Abang Long, moga dimurahkan rezeki dan ketemu jodoh............

Kami sampai kat tempat makan ini with Abang Long.
nak singgah pantai tapi tak ada parking.... ramai manusia masa ini, padahal esok dah start sekolah..
yang lain-lain masih kat pantai lagi..


posing dulu
ajak anak dara bergambar, tak nak pula...

meja dah mula penuh...



makanan dah mula sampai


Antara makanan yang diorder
5 set hidangan pada mulanya dan tambah 1 set lagi hidangan (sebab ada yang sampai lambat)
total keseluruhan hidangan adalah 6 set 


gambar keseluruhan meja

ini yang lambat sampai tu......

Licin.....


itu lah yang belanja (Abang Long)

Bergambar beramai-ramai selepas makan





1 ulasan:

  1. Alhamdulillah terbaik! bertambah-tambah lagi rezeki Abang Long mengembirakan hati keluarga

    BalasPadam