Khamis, 28 Julai 2022

Kejadian Pagi Ini di Office

Assalamualaikum,

Kejadian pagi ini di office. Kereta terkunci. Auto lock. Ada baby kat dalam kereta tu. Lecturer ini, ibu si baby baru jer naik kerja after cuti pantang. Parking sekejap untuk punch in...... bawa baby for check up after punch in...

terpaksa pecahkan cermin kereta tu sebab baby dah melalak........

Jumaat, 22 Julai 2022

TB: Richiamo Lagi

 Assalamualaikum,

Richiamo lagi......

Ke Richiamo dekat dengan Inti. Sekarang Nilai dah ada 3 Richiamo. 1 dekat dengan Inti University, 1 kat 9 Avenue, Giant dan yang terakhir kat Mercato, Enstek. 

Kat Enstek tu ZUS Coffee pun dah ada. Belum cuba lagi, one day..........

Ini before my putri balik ke kampus.........

kami bertiga ajer....
en. suami we all tapau ajer, dia malas nak joint....
pasta tu sedap........
lepas ni kami nak try yang kat Giant Nilai tu
nampak macam banyak pilihan.......
tak minum selalu ya....... potong kaki ni.........

Khamis, 21 Julai 2022

Masakan by My Putri

 Assalamualaikum,

Hidangan yang dimasak oleh my Putri before balik ke rumah sewa di Southville.

Semester 6 before Intership dah tak dapat duduk hostel. So menyewa lah dia orang yang sesama program. Cari di sekitar Bandar Baru Bangi tak ada kekosongan dan kena scam juga....... Melayang RM200 seorang. Untung sipenipu tu dapat RM1200 dari budak-budak yang tengah belajar..... Dengan budak-budak pun nak menipu....... Ini dapat sewa dekat Southville dengan sewa bulanan RM1300.........

Ini sayur kacang buncis sama soo hoon


Daging goreng berlado


and paru goreng berlado untuk mamanya.......
Mamanya balik kerja terus makan jer...........
senang bangat mamanya.......
nasiblah my putri dah masuk belajar, kalau hari-hari macam ni, gemuklah mamanya.........

Selasa, 19 Julai 2022

Ibadah Qurban Kami

 Assalamualaikum,

Alhamdulillah, tahun ini ibadah Qurban pertama buat Ahmad Adli dan Ain Najwa dan juga qurban untuk ahkak dan en. suami beserta bonda en. suami, arwah bapa en. suami dan arwah adik en.suami. Kami qurban 1 ekor lembu.

Tapi kami qurban kat Pakistan. En. suami serahkan dekat wakil disana. En. suami selalu berhubung dengan ustad ini. Wakil ini ada juga pusat tahfiz di sana. Berbalik kepada ibadah qurban ini, biasanya mereka akan hantar gambar dari lembu tu belum sembelih sampailah siap diagihkan.



agihan tu dalam video, tak boleh pula nak upload.........

Isnin, 18 Julai 2022

Hari Raya Qurban

 Assalamualaikum,

Seperti biasa kami akan beraya di Linggi. kumpul adik beradik. Ahkak balik hari Sabtu petang, hantar en. suami kat rumah maknya dulu sebab en. suami nak beraya di rumah maknya since satu-satunya adik perempuan/anak perempuan yang tinggal lagi,  tak balik sebab bercuti di Lumut. En. suami jadi peneman lah.......... kalau tidak en. suami akan balik ke Linggi juga, so dia surah ahkak anak beranak jer yang balik....... sebelum balik Linggi kami ke Senawang, ke sate samuri, beli kuah kacang dan sate juga untuk berbuka puasa.

Rumah dah lama tinggal, maka malam tu tak dapat nak lelap sebab dalam pukul 2 pagi anjing melalak yang mendayu tu, macam nampak hantu....... lama pula tu mendayu-dayu nya tu.... sampai anak-anak ahkak cakap "selalu kalau balik tido tak ada pula anjing mendayu-dayu"..... yang anak buah pula dia buka pintu nak nengok apa bendanya tu, tapi tak nampak............ cukup berani dia..... pukul 4 baru boleh lelap mata setelah pasang surah yassin dan rukyah..........




penuh rumah.....

membersihkan tulang 
adik, kakak dan mak saudara berkorban....
korban kat Lubuk China....

sup yang dah tinggal separuh.......

Jumaat, 15 Julai 2022

Geng Kantin

 Assalamualaikum,

Geng kantin
Dah lama tak pegi kantin 2 minggu sebelum raya dan sehingga kini
rindu nak makan masakkan Mak Mon
dia tutup sebab suaminya operate......
The only stall melayu yang boleh di makan masakkannya.
Ada satu lagi tapi entah apa2 rasanya.....
hanya international students ajer yang beli kat stall satu lagi tu.......
stall yang lain adalah stall india dan cina.......... memang tak lah kan nak makan kat situ.....
since Mak Mon tutup kami makan kat area USIM (Desa Jati)
Dah 2 hari ini penuh dengan budak2 USIM pula......





singgah makan aiskrim qulapong Desa Jati........

Jumaat, 8 Julai 2022

Tetamu Di Raja @ NU

 Assalamualaikum,

Menerima tetamu di raja @ NU pada 29 Jun 2022 yang lalu. Event ini dah beberapa kali ditangguhkan disebabkan oleh Covid 19. Sepatutnya last year acara ini.


speech from our CEO

speech from YM Tunku
signing the MOU


Last dah pastinya bergambar.......
kena paksa hadir........
untuk memenuhkan hall

Rabu, 6 Julai 2022

Birthday Anas @ Mantin

Assalamualaikum,

Tarikh tak ingat dah........ 

Birthday Anas, cucu kakak ahkak..... me, nenek lah juga........
Celebrate kat rumah kakak ahkak di Mantin......
Simple celebration jer, nenek-nenek dan jiran terdekat sahaja yang hadir dan juga besan kakak ahkak, nenek Anas belah ayahnya.......

Antara menunya....
satay
sandwich
KFC
Pasta
Pengat Durian dengan roti



dan juga


durian