Isnin, 18 Julai 2022

Hari Raya Qurban

 Assalamualaikum,

Seperti biasa kami akan beraya di Linggi. kumpul adik beradik. Ahkak balik hari Sabtu petang, hantar en. suami kat rumah maknya dulu sebab en. suami nak beraya di rumah maknya since satu-satunya adik perempuan/anak perempuan yang tinggal lagi,  tak balik sebab bercuti di Lumut. En. suami jadi peneman lah.......... kalau tidak en. suami akan balik ke Linggi juga, so dia surah ahkak anak beranak jer yang balik....... sebelum balik Linggi kami ke Senawang, ke sate samuri, beli kuah kacang dan sate juga untuk berbuka puasa.

Rumah dah lama tinggal, maka malam tu tak dapat nak lelap sebab dalam pukul 2 pagi anjing melalak yang mendayu tu, macam nampak hantu....... lama pula tu mendayu-dayu nya tu.... sampai anak-anak ahkak cakap "selalu kalau balik tido tak ada pula anjing mendayu-dayu"..... yang anak buah pula dia buka pintu nak nengok apa bendanya tu, tapi tak nampak............ cukup berani dia..... pukul 4 baru boleh lelap mata setelah pasang surah yassin dan rukyah..........




penuh rumah.....

membersihkan tulang 
adik, kakak dan mak saudara berkorban....
korban kat Lubuk China....

sup yang dah tinggal separuh.......

1 ulasan:

  1. seronok berkumpul ramai2 beraya di rumah pusaka...serem juga dgr mcm tu..

    BalasPadam