Ahad, 8 Januari 2023

Akademi Memandu Gemilang, Sepang

 Assalamualaikum,

Pagi ini menghantar Hero ke Akademi Memandu Sepang. Ambil kan lesen kereta untuk dia. Sebelum ini lesen motor dia pun ambil kat sini. Hari ini dia ada taklimat sebelum ujian komputer.


Kenapa jauh sangat dari adiknya. Adiknya kat Pajam dan masa menunggu untuk test JPJ dekat setahun. Cukup lambat kat Pajam tu, sebab queue nya terlalu lama. Ramai sangat kat Pajam tu. Sebab kat Pajam ini murah sikit, manual dan auto RM1000 tu sebab ramai sangat kat sana. Dah tanya untuk My Hero hari itu, paling cepat pun October 2023. Oleh kerana lama sangat nak menunggu so kita daftar jer kat Sepang tu. Manual RM1450 manakala Auto RM1550.





Kalau kat Sepang ini akan dapat melihat kapalterbang nak mendarat.
Setiap masa akan melalui ruang udara akademi memandu ini.
Leka pula nengoknya
Rendah-rendah terbangnya.
Segan pula nak snap gambar, kang ada pula yang mengata jakun nya makcik ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan