Sabtu, 30 Disember 2023

Kembali Sebagai Pelajar Semula

 Assalamualaikum,

Hari ini pendaftaran Najwa sebagai seorang pelajar semula. Untuk tempoh 3 tahun. Sunyilah rumah sekarang. Tiada lagi masakan malam yang disediakan oleh Najwa. Selama Najwa ada dirumah, balik kerja terus jer makan... lepas ini kena masaklah dulu... banyak kerja rumah yang disempurnakan oleh Najwa.. 



Ada machine ATM
So senang lah nak withdraw 
Tak payah nak keluar jauh untuk withdraw duit

InsyaAllah 3 tahun disini 

Jumaat, 29 Disember 2023

Ole-Ole Dari Kelantan

 Assalamualaikum,

Terima kasih pada yang memberi. 


Teman sekerja balik kampungnya, Tumpat
Merasalah ole-ole dari Kelantan

Balik main air bah katanya.....

Selasa, 26 Disember 2023

Tetamu Tak Diundang

Assalamualaikum,

Sedang kami menunggu waktu Maghrib tiba-tiba muncul tetamu tak diundang melalui atap rumah.... nasib ada yang perasan. Maka terjerit lah masing-masing. Kak Ngah siap capai handbagnya dan nak terus balik rumahnya.... takut punya pasal....

Adik ahkak call bomba. Ingatkan kenderaan bomba yang kecil jer, sekali datang lori yang padam api tu.... bila lori besar bomba ada depan rumah maka ramai lah yang slow memandu sambil menengok apa yang terjadi... ada sedara yang call bertanya kenapa lori bomba ada..... dia lalu tak nampak api pula, asap adalah katanya.... asap tu dari barbecue.


Untuk makluman, ular tu tak dapat ditangkap. Cepat betul hilangya...
Maka malam tu kami tidur dalam ketakutan ya....

Maka bacaan yaasiin pun tertunda

Berkumpul Di Kampung @ Linggi

 Assalamualaikum,

Sabtu kami dah berangkat balik kampung. Gambar aktiviti hari sabtu tak ada. Sabtu tu hanya menyapu, mengemop rumah sahaja. Almaklumlah dah 4 bulan tak balik kampung, tebal habuknya..... Ahkak ada excuse untuk mengemas, so baring ajerlah kita.......

Malam tu hujan lebat dan keesokkan paginya bila buka tingkap tengok belakang rumah dah naik air, banjir......

Tujuan balik kampung untuk buat majlis bacaan Yaasiin sesama kami jer........ tapi tak kesampaian atas sebab tetamu yang tak di undang muncul pada waktu Maghrib....

belakang rumah nenek......

tengahari tu masak lemak cili api bersama rebung
adik ipar yang masak....

Mak Ngahnya dah mengarahkan anak-anak buah lelaki yang dah bekerja dan yang sedang intern with elaun untuk sponsor makanan malam tu

Syahirul - Ayam Bakar
Imran - Sate
Adli - Bahan-bahan Cabonara
di masak oleh Najwa
Mak Ngah - Pak Mat Western
Coleslaw - Atin dan Kak Ina

coleslaw by Kak Ina dan Atin

cabonara by Najwa




Anak-anak bujang bertungkus lumus membakar sate, ayam dan kambing Pak Mat Western

sate ayam, daging dan perut

ayam bakar

ayam bakar.....
kambing bakar tak sempat nak snap
masak-masak jer habis

anak dara adik ahkak
si Atin...
candid
sebab tak nak bergambar.....

Anak-anak dan cucu-cucu Kak Ngah 

adik lelaki bongsu yang sedang sakit ada balik
itu pun anak kak ngah pergi ambil dia....
ambil dan hantar balik

penuh parking
itu pun kena alih kan sebab bomba nak masuk

abaikan meja yang penuh dengan makanan
khusyuk menengok bomba menjalankan tugas..... 
maka terbantut lah majlis bacaan yaasiin malam tu..........

Akhirnya Kecundang Jua

Assalamualaikum,

Jumaat hari tu lepas habis segala meeting, balik office suara dah lain.... my boss pun perasan suara dah lain tapi tak demam lagi tau... cuma flu yang tiba-tiba muncul.... rasa-rasanya masa meeting tak ada pula lecturer yang demam... semua pakai mask!!!!

Mungkin sebab kepenatan..... dari isnin berkejaran ke WTC nak collect jubah, selasa convocation Najwa.... seharian di WTC... pukul 6 baru gerak balik ke Nilai, singgah solat Maghrib kat hentian Serdang dan sampai rumah dalam pukul 10 malam. Rabu ada Sirim audit sampai Jumaat... Rabu juga ada exam meeting for School of Aircraft... Khamis Sirim audit for our department.... Jumaat prepare 2 meeting untuk 2 school.... lepas tu dah rasa badan tu lesu sangat.... 


Sabtu dah tak larat, suruh Najwa hantar ke klinik Sariah. Kena buat swab test sebab nak balik Linggi sepanjang cuti krismas ini... Balik Linggi sebab perancangannya nak buat majlis bacaan Yaasin.

Selain buat test covid, buat juga untuk influenza A dan B. Alhamdulillah semua negative. Ada virus kata doktor. Keputusan darah untuk virus ialah 1.6....


Sekarang demam dah kurang tapi badan tu lemah rasanya... tak larat... berdiri lama rasa nak jatuh... belum pulih lagi...

Isnin, 25 Disember 2023

Christmas Gifts

Assalamualaikum,

Jumaat lepas dapat gift dari Deputy Registrar.


Terima kasih.

Sabtu, 23 Disember 2023

Convocation Najwa

 Assalamualaikum,

Simpan sini sebagai kenangan.

Jumaat, 22 Disember 2023

Graduation Day: Najwa

 Assalamualaikum,

Baru ada kesempatan untuk post n3 ini....... Simpan sini buat kenangan, bukan nak meriak ya........ hanya sebagai kenangan sang mama......

Syukur Alhamdulillah.... Selesai sudah Diplomanya...... InsyaAllah, 3 tahun lagi, Degree pula.....

Masa baru sampai WTC
Najwa sidang 4
belah petang tapi 
mesti ada kat WTC dalam pukul 12 tengahari
Convocation UPTM dan KPTM ini dari16 December hingga 22 December 2023

Dah jumpa kawan sekelas dan serumah sewanya.....


perarakan masuk para graduan.....

Nilai, Ipoh, KL

Artis jemputan....
Sidang 3 iaitu belah pagi, artis jemputannya Liza Hanim
Liza Hanim berduet dengan anaknya yang juga pelajar KPTM

dapat tempat kat atas......

tunduk hormat ke pensyarah

tunduk hormat ke ibubapa  - kiri

tunduk hormat ke ibubapa  - kanan

tunduk hormat   -  kiri


Diploma in Islamic Banking and Finance, KPTM Bangi
dengan lecturernya...

Hero-hero Islamic Banking and Finance dengan lecturernya.....
ada yang dah bekerja  with the bank 
Class Najwa juga ni...


cekau jer ni.......
nak cepat dan ramainya orang kat WTC masa sidang 4 ini

bergambar dengan ayahandanya..........

dengan mamanya....

bertiga sahaja
abang tak dapat joint
sebab intern.....
tak ada cuti.......






selepas ini giliran Adli pula
ke Pagoh kita
harap tak ada PKP lah..........
Masa Kolej Komuniti dulu, convocation online
then mama cakap tak dapat nak tengok  abang naik  pentas, abang sambung Diploma lah....
Alhamdullillah dia mengikut cakap mamanya......
Hari itu ada berborak dengan dia, 
Abang covid naik balik ni, kalau convo online juga......
abang sambung degree ya.........
Muka bengang jer............

Hope dapat tengok Adli convo nanti.......

Selasa, 19 Disember 2023

Road To Convo: Collect Jubah

 Assalamualaikum,

Semalam bergegas ke PWTC sebab ini:
Collect jubah for convo Najwa.
Sidang 4 hari ini.
Belah petang acaranya....


Majlis konvokesyen UPTM dan KPTM
seluruh pelajar dari kampus seluruh Malaysia berkumpul di PWTC
10,000 graduan yang akan menerima scroll sepanjang minggu ini....

Biar gambar yang berbicara
Pelajar-pelajar sidang pagi baru selesai