Selasa, 26 Disember 2023

Tetamu Tak Diundang

Assalamualaikum,

Sedang kami menunggu waktu Maghrib tiba-tiba muncul tetamu tak diundang melalui atap rumah.... nasib ada yang perasan. Maka terjerit lah masing-masing. Kak Ngah siap capai handbagnya dan nak terus balik rumahnya.... takut punya pasal....

Adik ahkak call bomba. Ingatkan kenderaan bomba yang kecil jer, sekali datang lori yang padam api tu.... bila lori besar bomba ada depan rumah maka ramai lah yang slow memandu sambil menengok apa yang terjadi... ada sedara yang call bertanya kenapa lori bomba ada..... dia lalu tak nampak api pula, asap adalah katanya.... asap tu dari barbecue.


Untuk makluman, ular tu tak dapat ditangkap. Cepat betul hilangya...
Maka malam tu kami tidur dalam ketakutan ya....

Maka bacaan yaasiin pun tertunda

4 ulasan:

  1. Alamak... harap2 dia hilang terus la..jangan datang2 lagi...bab ular ni risau betul

    BalasPadam
  2. Aduh! seriau ular kita tak tahu mana dia sembunyi. Orang tua-tua kata kena tabur belerang biar dia tak datang lagi

    BalasPadam
  3. Oalaaah ular ternyata 😱😱😱😱. Haisssh seraaam sangaaaat. Tak tertangkap pula dia yaa 😔

    BalasPadam