Assalamualaikum,
Rabu kita cuti, nak settlekan urusan MARA.... driver kita ke KL adalah Adli.... dia pun apply cuti.... en. suami tak dapat pergi sebab kerja.....
Sebelum ke KL kami ke sekolah dulu untuk dapatkan tandatangan pengesahan sijil-sijil dan saksi. Alhamdulillah pengetua ada.... kan ini masih cuti sekolah lagi....sehari sebelum tu kita try kat usim tapiiiii dia orang (pesuruhjaya sumpah) tak mahu tandatangan. Dia orang kata tak ada tempat pesuruhjaya sumpah untuk sign.... padahal dah tertera pesuruhjaya sumpah boleh sign!!!!!
Selesai urusan kat sekolah kami breakfast dulu... kami pergi ke kedai yang viral kat traffic light mydin kota seriemas. Kedai hijau orang panggil.... nasi lemak dah habis masa kami sampai... so order roti canai jer lah....
Rotikahein for Adli
Roti sarang burung for me
Teh ais for Adli
Selesai minum kami ke LHDN pula
Untuk matikan setem
Sekarang semua online
Dekat 2 Jam juga kat LHDN
Terkial-kial nak buat online
Sistem lama dulu 10 minit jer dah siap
Settle kat LHDN kami terus ke KL
Ambil Najwa dulu and park kereta Adli kat hostel Najwa
Tukar kereta dan driver
Adli request nak ke Sungai Wang Plaza
Ikutkan jerlah.... sebagai upah....
Ambil gambar tempat parking
Supaya tak sesat nanti untuk cari kereta
KL hari bekerja pun sibuk
Banyak kenderaan dijalan raya
Kami makan kat chicken rice shop Sungai Wang plaza
Bila tak ada gambar dia kat blog mama bising
Nak ambil gambar tak mahu pula...
semoga selamat pergi dan balik, Allah mudahkan semua urusannya.. drive hati2 yer Adli..
BalasPadam