Assalamualaikum,
Ahad hari itu dah balik ke kampus.... Lebih kurang 3 minggu cutinya....... Now Semester 3.....
nasib baik petang ahad hujan dah berhenti.....
Result Semester 2, Alhamdulillah..... Pointer pun memuaskan....
Kena jaga pointer......
Najwa kan under program penajaan pengajian tertiari (TESP - Tertiary Education Sponsorship Programme) adalah program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah MARA.....
Pinjaman Boleh Ubah bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian, tertakluk kepada dasar yang ditetapkan....
Diploma - CGPA 3.50 - CGPA 4 - Kadar Bayaran Balik 15%
CGPA 3.00 - CGPA 3.49 - Kadar Bayaran Balik 20%
CGPA < 3.00 - Kadar Bayaran Balik 25%
Gagal Akademik - Kadar Bayaran Balik 100%
Ijazah Sarjana Muda - Kelas Pertama
CGPA 3.50 - CGPA 4.00 - Kadar Bayaran Balik 10%
Kelas Kedua Tertinggi
CGPA 3 - CGPA 3.49 - Kadar Bayaran Balik 15%
Kelas Kedua Rendah
CGPA 2.50 - CGPA 2.99 - Kadar Bayaran Balik 20%
Kelas Ketiga & Ijazah AM (GD)
CGPA 2.00 - CGPA 2.49 - Kadar Bayaran Balik 20%
Gagal - Kadar Bayaran Balik 100%
Setakat ini, Diploma Najwa dapat Kadar Bayaran Balik 15%
Degree kita usahakan..... bukan memaksa, buat apa yang Najwa termampu......... Bagi Mama janji lulus tanpa ada Resit or Retake subject......
Sem 3 ini padat jadualnya...... kelas ada yang sampai 7 malam.....
Doa Mama semoga anak-anak Mama berjaya di dunia dan akhirat.
InsyaÁllah usaha pasti perolehi hasil..
BalasPadamInsyaAllah
PadamInsyaallah..allah permudahkan buat Najwa..aunty SA doakan buat Najwa sentiasa berjaya dalam pembelajaran...
BalasPadamAamiin... terimakasih aunty SA
PadamAamiin. Semoga dipermudah pembelajaran anak2 kakak yaa. Lancar hingga Master insya Allah 😊.
BalasPadam