Sabtu, 28 September 2024

Jammed Teruk Petang Jumaat

 Assalamualaikum,

Dah dapat message dari anak bujang, ada accident kat Petron, Inti..... yang ahkak ini ingatkan Petron yang dalam, jalan nak ke Nilai Spring tu.... rupa-rupanya kat Petron luar, jalan utama Salak Nilai..... so hadap jer lah jammed tu....

Accident lori dengan 5 biji kereta di traffic light.... biasalah lori kan dengan alasan brek tak makan..... padahal driver lori ini memandu sambil bermain/melihat phone......     tapi kat jalan ni sekarang terlalu banyak lori tipper... laju-laju pula tu.... mengila betul lori-lori kat Nilai ini..... lorong kanan jer dia orang ambil...



Masa lalu semalam, menggigil tengok ni..... dahlah ini laluan hari-hari....  memang selalu berwaspada kat traffic light ni.... selalu berdoa agar tak ada lori yang brek rosak.... 
Takdir Allah....

Baru tengahari tu dapat tahu yang accident kat Rahang hari tu diantara lori dan kereta juga, hingga penyek kereta tu adalah ex student kami (yang meninggal) tup-tup petang tu kat Nilai pula, berdekatan dengan office kami.....

Harap ada pemantauan dari pihak penguasa berkaitan lori-lori yang menggila ini.....

Dapat info dari group cempaka menyata dalam pukul 11 pagi ada roadblock kat area accident tu..... tapi satu lori tipper pun tak lalu..... ini tonto punya kerja lah ni.... dia yang berkuasa, polis dan jpj pun takut dengan tonto ni.....

2 ulasan:

  1. Innalilahi wainnailaihi rojiun 😭😭. Lihat kondisi mobilnya, langsung tak terbayang korban di dalam😭.

    Itulah kak, kdg kita sudah hati2 sangat bawa kendaraan, tp orang lain pula yg tak peduli. Bawa kencang, macam nyawa dia ada 9.

    BalasPadam
  2. Jumaat lepas SA sampai dalam pukul 7.45 kat Seremban...jammed teruk...

    BalasPadam