Isnin, 2 Jun 2025

Majlis Doa Selamat Buat Dato' VC

 Assalamualaikum,

22 May hari tu, kami kakitangan beragama Islam telah menganjurkan majlis doa selamat buat Dato' VC sempena berangkatnya ke Tanah Suci Mekah.... 
Majlis diadakan selepa pukul 5 petang....
Simple majlis jer.....
Tak ramai staff yang beragama Islam yang hadir
Ada yang terus balik.....

Dato' VC



Dato' VC

Antara menu petang tu...
Bubur jagung
Kuih koci
Karipap kita goreng kat situ....
Puding
Buah-buahan
Ubi rebus - ubi tu kita rebus kat situ juga
Sambal tumis
Kelapa parut campur gula
Keropok Terengganu - kita goreng kat situ juga

Kuetiow- ini kita order

Cekodok bawang 
Lempeng pisang
Lempeng biasa
Semua kita masak kat situ juga
Bancuhan Mak Ms. Rena yang buat
Pisang goreng by our Chef....


Orang kuat majlis









Kita jemput juga staff yang bukan beragama Islam 
Ramai juga yang hadir





By 6.30 semua settle
Kemas-kemas dan terus balik

Masa kami tengah setup majlis
New chairman and team from China masuk 
Tacut kami.... nanti dia ingat kita free jer...
Maklum lah dia orang ni dari daerah yang majorities K_ _ _ _ _ _
Staff berbangsa cina Malaysia yang bagitahu kami.....

Hope semuanya baik-baik ajer buat kami.....

4 ulasan:

  1. Semoga Dato' VC dikurniakan haji yg mabrur, selamat pergi dan balik

    BalasPadam
  2. Menu ubi rebus tu paling rare. Sedapnya lama tak makan.

    BalasPadam
  3. Semoga dipermudahkan buat Dato' VC menerjakan ibadah Haji....semoga mendapat haji yang mabrur jugak..suka tengok makanan banyak...keropok ganu tu...ermmm...fav SA tu...

    BalasPadam
  4. Waah sukaaa, merayakan bersama2 yaaa . Semoga dato' VC lancar ibadahnya di sana, dan selamat sampai balik nanti.

    Makanannya lumayan banyak juga kak 👍👍. Apapun semoga yg baik2 saja kalau nanti management baru sudah berjalan yaa

    BalasPadam