Assalamualaikum,
Adik ahkak Sis Ita whatsapp hari Jumaat, 11.7.25 ajak kami balik kampung hari Sabtu. Balik ambil rambutan katanya.... sebab kali ini buah Rambutan tak dikerjakan monyet...
Ini lah pokok rambutan tu
Sebatang jer yang tinggal, yang lain dah ditebang
Yang tinggal ini pun sebelah jer....
Kami tak dapat merasa rambutan ini semenjak arwah mak meninggal tahun 2009...
Sebab tak berjaga so jadi makanan monyet lah bila dia berbuah
Kali ini dapat merasa sebab ada renovation kat rumah kampung tu
Ada tukang bekerja, so monyet tak mari lah....
Bukan rambutan dapat merasa kali ini, manggis pun dapat merasa.....
Renovation yang sedang berjalan
Tambak belakang rumah tu
Boleh lah parking sampai hujung tu...
Sedang membahagi-bahagi buah rambutan.....
Bestnya dapat makanan rambutan dan manggis pokok sendiri. Tak sama feel dengan makan yang beli.
BalasPadam