Assalamualaikum,
Pagi khamis, tengah bersiap nak pergi kerja, tiba-tiba pandangan ku jadi kabur hanya nampak jaringan atau macam benang hitam dan nampak darah... dekat luar mata tak ada apa-apa kejadian, elok ajer... ini kat dalam mata... panic dah... tapi masih boleh berfikir lagi... terus inform anak dan en. Suami..... kenapa mata saya ni.... bawa saya ke hospital sekarang....
Terus ke emergency HTJ, tapi MA tu suruh ke KK kalau nak cepat.... emergency ni lambat katanya... banyak prosedurnya... MA tu cakap pergi KK Rasah, seberang hospital... MA tu siap buat surat ke KK Rasah..... Alhamdulillah kat KK Rasah urusan dipermudahkan... tak sampai sejam dah di refer ke pakar mata HTJ.... dekat pakar mata urusan pun dipermudahkan.... bila dah jumpa puncanya iaitu ada koyakan di retina mata (retina tears) doctor terus proceed untuk buat pembedahan laser. So proceed buat pembedahan laser pada pukul 2 petang... Doctor cakap bahaya juga, boleh menyebabkan hilang penglihatan.... sedih, takut dan macam-macam fikiran dah bila doctor terangkan.... maka redha jerlah buat pembedahan laser.
Kat bawah ini mengenai retina tears. Carian di Google....
Now bermula lah follow up di pakar mata pula....
Selepas buat pembedahan laser ini, mata masih kabur lagi dan masih ada jaringan hitam. Doctor cakap ia ambil masa untuk hilang.... tak selesa betul, ia lah selalu terang ajer penglihatan ini dah kabur....
Semoga dipermudahkan. Bahaya juga tu kalau boleh hilangkan penglihatan. Mintak dijauhkan.
BalasPadam