Ahad, 15 Februari 2026

Balik Kampung Sebelum Ramadhan

 Assalamualaikum,

Balik awal kampung sempena cuti Wilayah dan thaipusam tempoh hari...
Balik berkemas dan makan-makan...
Tapi tak cukup chorum...
Kak Ngah tak ada... Datin ini ke Jepun..
Ke rumah anaknya yang bekerja di sana... rindu cucu katanya....






Ole-Ole dari Europe
My sis Ita and Datin (Kak Ngah) ke Finland, Norway dan satu negara lagi lupa lah pula, awal Januari hari tu.....

Makan-makan kita kat kampung....
Sate ayam ni jauh datang nya...
Dari Dungun...
Sedara dari Dungun ada berniaga sate...
Sebab ada sedara yang ke Dungun, so kita order lah....
Dia yang bawa balik ke Linggi....
Sedap satenya....

Sate perut dan daging kita order kat Kajang
Selain sate, ada juga roti jala....

Sebelum balik Nilai
Kita singgah
Bungkus gulai itik salai dan keli salai

Singgah sini juga
Cari sopang
Tapi tak siap masak lagi
So kita ke gerai kuih bakar
Beli cara berlauk
Kesirat dan juga bahulu
Dodol juga....

Dan kita singgah juga
Coffee Bean...


Tiramisu 
Dan
Chicken lasagna
Kita singgah Coffee Bean Bandar Sri Sendayan
Suka menjamu selera disini sebab tak ramai orang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan