Assalamualaikum,
Semalam kami balik kampung. Balik hari. Balik ambil daging korban yang telah disimpan oleh adik lelaki kami di dalam peti sejuk rumah kampung. Peti sejuk rumahnya penuh. Dia pun korban.
Adik kami Ita, korban pada raya ke 2. Tapi dia dah serahkan daging tu pada akak dan adik akak Yati sebab dia beraya di Jepun.
Sabtu baru ada masa untuk balik ambil daging.
Khamis dan Jumaat kami kerja.
Kak Ngah pun korban juga. So peti sejuk rumah kampung penuh dengan daging....
Sebelum sampai Linggi, kami sarapan dulu di Rasah Kemayan. Kedai ini viral juga, selalu lalu kat Tiktok akak.
Kita try sini dulu
Sedap or tak, seperti yang di viralkan
Gigih ku mencari kedainya...
Tak pernah masuk Rasah Kemayan...
Maklumlah kawasan T20 dan ke atas
Demi kacang pool ku gigihkan mencari kedainya....
Ada mee rebus Muar, tapi tak ada pula yang order...
Kami makan....
Nasi lemak ayam untuk Adli
Ayamnya masin pula
Nasi lemak kerang untuk Najwa
Sedap kat tekak saya
Kacang pool untuk akak
Ok di tekak akak tapi sejuk pula kacang pool nya
Kalau panas, sedap
Titab share ber 3
Order kena scan ya
Lepas sarapan, kami terus balik Linggi...
Since akak tak ada kunci rumah, so terus ke rumah adik lelaki akak kat Pilin.
Plan awal, lepas ambil daging kami akan kerumah adik lelaki akak tu untuk lunch disana...
Since akak kat situ, adik akak Yati dan Kak Ngah terus ke Pilin juga...
Melepak pula di Pilin...
Antara menu yang dimasak oleh SIL
Ada sayur juga
Najwa sampai minta kat Mak Langnya untuk bungkus kurma tu
Sedap sangat Mak Langnya masak
Adik akak Yati dengan anak-anaknya
Air Jagung ya by Abang Lang (anak adik akak)
Dalam pukul 5 petang kami gerak ke Linggi
Ambil daging
Betul-betul ambil daging jer
Lepas tu terus balik ke rumah masing-masing....








Tiada ulasan:
Catat Ulasan