Assalamualaikum,
Setelah bergambar di Masjid Agung Raja Hamidah, kami ambil grab ke Grand Batam Mall dulu.
Kat sini ada uniqlo yang ramai orang Malaysia shopping sini
Kami tinjau jer dari luar, malas nak masuk uniqlo, sebab tak ada benda yang nak dibeli di situ
Jalan- jalan dan terjumpa
Chikuro
Dan order lah satu
Buat rasa-rasa
Lagi pun masih kenyang
RM8 sahaja
Kat Malaysia, belas-belas harganya
Sedap
Masih panas lagi
Kalau dah sejuk, kurang sedap
Najwa beli aiskrim Matcha dan air Matcha kat sini
Dah puas jalan-jalan kat sini
Kami ke
DC Mall pula
DC Mall ini banyak jual pakaian Muslimah
Jualan nya lebih kurang macam Thamrin City, Jakarta
Kat sini lupa nak snap photo
Sebab leka memilih yang berkenan
Hasil memborong di DC Mall
Dah kepenatan shopping
Kami balik ke hotel
Rehatkan badan sebelum keluar kembali selepas Asar.










Tiada ulasan:
Catat Ulasan