Assalamualaikum,
Dah settle ambil tiket balik kat jetty...
Kami ke seberang jalan. Dalam jetty tu ada jejantas yang menghubungkan jetty ke Batam Mega Mall.
Ke Batam Mega Mall untuk ambil grab ke hotel atau kemana-mana.
Grab tak pick up kat jetty sebab kat jetty tu dikongker oleh teksi. Kalau grab pick up kat situ kang dah jadi pergaduhan pula....
Masa menyeberang jejantas tu ternampak Sederhana, kedai nasi padang yang viral juga kat Batam....
So ajak Najwa makan kat situ dulu....
Nak ke Restaurant tu kena masuk dalam mall tu dan turun ke bawah....
Masuk-masuk jer dalam mall tu, Najwa dah nampak Sociolla....
sabar.... kita makan dulu.....
Makan simple-simple jer
Ambil
Ayam pop
Gulai keting
Dan ada sayur dan gulai nangka
Total makan berdua IDR85,000
Bersamaan lebih kurang RM18.00
Selesai makan, masuk balik ke Batam Mega Mall
Apa lagi ke Sociolla
Kita bagi Najwa berlama disitu
Mama, duduk kat bangku depan Sociolla...
Settle shopping kat Sociolla
Order grab ke Hotel di Nagoya City
Grab kena IDR35,000
Kat Batam akak tak guna khidmat supir
Yang dekat-dekat kami jalan sahaja
Jauh order grab....
Check in dan rehat di Hotel
Selepas Asar, kami jalan-jalan di Nagoya Mall
Dari hotel kami jalan kaki jer ke Nagoya Mall
Tak jauh dari hotel penginapan




Sedap nya nasi padang esp gulai keting tu ek.
BalasPadamsederhana tu pun memang. Masa pergi Padang/Bukit Tinggi hari2 makan lauk pauk Padang. Memang kena dengan anak tekak.
BalasPadam