Khamis, 21 Julai 2011

Novel: Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dah habis baca novel ni.... bagi aku oklah novel ni.... Gerammmmm sangat bila aku baca novel ni, gerammmm sangat kat watak utamanya...... sabarnya dia. Kalau akulah sorryyyyy.....(tak dapat payung emas lah aku.... hehehe.....)

Tapi dalam sabar dia (watak utama) tetap seorang wanita....... Orang lelaki patut baca novel ni, biar mereka tahu....... walau sebaik manapun seorang perempuan...... hatinya belum tentu ikhlas menerima..........


Sinopsis:

Dia bukan lelaki yang terbaik, dia sendiri mengakuinya namun entah mengapa Dia Yang Maha Kuasa sudi juga menganugerahkannya isteri semulia dan sesempurna Alishah. Sungguh dia bahagia didampingi bidadari dunia itu. Cintanya mendalam bersama janji setia hanya mahu bersama si dia hingga hujung nyawa namun takdir Tuhan siapalah yang tahu. Cintanya diuji dengan kehadiran insan ketiga yang langsung tidak pernah mendapat cintanya. Ya Allah Ya Rabb, dugaan apakah ini?

Isha,

Walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya untuk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu. Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang. Dia jualah menentukan segalanya.

Sofea,

Hadirmu bukan pintaku. Tolonglah, jelaskanlah segalanya padaku, mengapa kau sanggup memburu cintaku walau kita tidak pernah saling mengenal. Siapa aku sebenarnya padamu.

SESUCI KASIH SEORANG ISTERI....... luahan hati dari kaca mata seorang suami yang berhadapan dengan dugaan hidup di alam rumah tangga. Luahan hati yang bisa menyentuh perasaan anda.

Rabu, 20 Julai 2011

Najwa

Ni ha, sibuk nak bela arnab pula.............. Dulu nak bela kura-kura, dah dapat dah......... Masa nak beli kura-kura dulu, bukan main berjanji lagi nak basuh akuarium n bagi makan hari-hari...... bila dah dapat, lupa semua janji-janjinya tu.......


Sekarang tengah merengek nak kan arnab pula........... no way Najwa sayang, mama nikan tak suka nak bela binatang-binatang ni............ usap-usap ajalah arnab tu ya..........

Selasa, 19 Julai 2011

Festival Bunga & Taman Putrajaya

Jalan- jalan kat Festival Bunga & Taman Putrajaya.......

Isnin, 18 Julai 2011

Kenduri

Dapat jemputan kenduri last Saturday.... kenduri ni kat Bandar Sri Putra, Bangi. Rumah my boss. Mula-mula tak nak pergi, tapi oleh kerana tak ramai staff yang nak hadirkan diri, so aku kenalah pergi... hanya tiga orang staffnya yang hadir (termasuk akulah...) Yang lain-lain, berbagai excuse diberi pada aku....


kumpulan marhaban dari KL (shariffah kesemuanya)


salah seorang staff yang hadir.......




sedang berselawat ke atas nabi SAW......


x staff (kaum kerabatnya juga)


my boss ni Singaporean..... keturunan Shariffah, Syed.....

Koleksi Komik Heroku.....

Kalau dah minat bola tu, apa-apa novel or komik mengenai bola mesti dia nak..... Aku ada belikan novel Enid Blyton yang dalam Bahasa Melayu, lansung pun dia tak baca, kalau novel atau komik mengenai bola cepat aja dia baca......... Kalau dia tengah duk membaca komik or novel berkisar tentang bola, jangan kacau...... kalau diganggu mengamuk sakan.....


Adiknya Najwa suka sakat heroku ini, sampai nangis.......


Isnin, 11 Julai 2011

Sup Ayam @ Benteng, Seremban

Akhirnya, baru dapat menikmati sup ayam ni..... Baru puas rasanya..... Dah dua kali kami singgah benteng, tak pernah dapat sup ayam ni...... bila sampai aja kat gerai sup ayam tu, dah habis......... padahal baru pukul 8.00 malam, dah habis...... cukup laku supnya..... Cubaan kami yang kali ketiga ni, barulah dapat...... we all singgah kat benteng tu dalam pukul 6.30 petang. Saja aja aku order empat mangkuk walaupun aku tahu yang anak bujang aku tak mengemari sup ayam (ada chancelah aku makan 2 mangkuk sup ayam tu...) hehehe......

Benteng ni masih terletak di tengah-tengah bandar Seremban, berdepan dengan Bazar Majlis Agama Islam N9. Nama jalannya lupalah pula....... Tapi tak jauhlah dari Jalan Tuanku Munawir....

Selain sup Ayam/Kambing, ada bermacam-macam gerai yang menjual makanan. Sekarang kat Benteng ni hanya ada gerai makanan aja.... dulu-dulu ada jugak gerai yang menjual baju, handbag, kasut dan sebagainya.... masa zaman aku bekerja kat Seremban, cukup meriah benteng ni.....

Boleh tahanlah makanan-makanan yang dijual kat sini...... Aku suka kerang bakar kat benteng ni.... sosnya sedap..... Dulu kat benteng ni, Yong Tau Fu cukup famous, beratur kalau nak membelinya...... Tapi masa aku singgah hari tu, aku tak jumpa pun gerai Yong Tau Fu tu........



gambar-gambar ni ehsan dari encik google..... terlupa nak ambil gambar.... terlalu khusyuk menikmati sup ayam.....

Khamis, 7 Julai 2011

Novel

Novel terbaru.... Yang aku dah habis baca MAID. Dah ulang baca dua kali.... yang dua tu belum baca lagi. Belum ada kesempatan.



Aku suka dengan novel MAID ni. Terhibur dan memberi aku sedikit kepuasan dalam pembacaan aku. Mungkin aku suka cerita yang buli-buli dan ala-ala romantic kejam macam ni....

Sinopsis Novel:

Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk 'fussy' atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?


Ulasan Novel:

Noorul dan Haris, kisah mereka bermula apabila Noorul terpaksa bekerja menjadi orang gaji dek kerana kesukaran mencari pekerjaan. Kerana terdesak dia pergi ke agensi pembantu rumah. Dalam banyak-banyak permintaan pembantu rumah tu hanya ada seorang sahaja yang mahukan pembantu rumah tempatan. Jadi dari situ bermulalah kehidupannya sebagai orang gaji di rumah Harris dengan gaji berjumlah RM1200. Kerjanya mudah, datang pagi dan pulan petang. Majikan Noorul ini pula, kerjanya adalah sebagai jurutera.

Noorul menyangka ada baiknya juga jika bekerja dengan cara begitu. tidak perlu jumpa dan kenal majikan. Tetapi Harris pula akan buat spot check bila tiba waktunya. Tetapi ada kebaikan dalam keadaan itu apabila Noorul telah berjumpa dengan majikannya secara tidak sengaja! Harris tak tahu pun perempuan yang berselisihan dan terlanggar dengannya itu adalah pembantu rumahnya.

Macam mana Noorul tahu yang dia langgar itu adalah Harris majikannya? - Sila baca novel ya kawan-kawan.

Kehidupan Noorul sebagai orang gaji kepada Harris sangat susah. Ya lah dapat bos cerewet kan.... ada saja yang tidak kena pada matanya. Cermin tak bersihlah, pinggan berhabuk lah dan macam-macam lagi insiden yang menyakitkan hati.

Hubungan mereka ni memang panas aja. Tapi walau pun macam tu, disebabkan oleh satu kes, mereka kena paksa kahwin! Macam mana dia orang boleh kahwin? Kalau nak tahu cerita lanjut sila lah baca novel ni.... Tak rugi pun membeli buat pembaca yang sukakan genre romantic kejam dan buli macam ni.