Jumaat, 14 Disember 2012

Akhirnya........

Assalamualaikum,

Alhamdullillah, akhirnya, hari ini Jumaat 14/12/2012, Surau Al Ikhlas Cempaka 2, 3 & Court, Nilai mendapat kebenaran dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan untuk menunaikan solat Jumaat. Maka hari ini rombongan dari Pejabat Mufti Negeri Sembilan seramai 30 orang akan berada di surau al ikhlas bagi merasmikan dan pentauliahan solat Jumaat di surau kami......  dengan mendapat kebenaran dari jabatan agama N.S. maka anak- anak Cempaka mudahlah untuk menunaikan solat Jumaat..... tak perlu lagi ke Masjid Bukit Kadir ataupun ke Masjid Kuarters KLIA...... sebelum ni jauhkan anak-anak nak gi sembahyang Jumaat..... kalau tiada orang yang bawa, tak pergilah dia orang...... Mulai hari ni tak ada alasan lagi dia orang untuk tidak menunaikan solat jumaat........
Banner telah dipasang beberapa hari yang lalu di laluan utama untuk memberi tahu penduduk setempat.......
 Malam semalam telah diadakan mesyuarat (AJK ajer).... en. suami jadi bilal hari ni.......

Kepada AJK Muslimah surau Al Ikhlas, selamat bertugas menyambut tetamu VIP hari ni (ada makan-makan untuk VIP ni)..... Saya minta maaf, tak dapat hadir kerana bertugas.......

Khamis, 13 Disember 2012

Ke Dewan MPS

Assalamualaikum,

Sabtu malam Minggu lepas kami sekeluarga ke dewan MPS, dapat jemputan kemajlis kenduri kahwin sepupu sepapat en. suami. Majlis ni waktu malam ya....... 
 pelamin yang simple......
 bergambar dihadapan kereta pengantin...........
 si adik pun tak nak ketinggalan bergambar.......
door gift dari pihak pengantin......

Selasa, 11 Disember 2012

Barangan dari Morocco

Assalammualaikum,

Baru dapat barang-barang ni semalam.... tu pun sebab BIL sibuk nak pasang aircond kat rumah nya kat Nilai tu..... kalau tak sampai, expired lah barang makanan tu......... apa-apa pun terima kasih.........
 
ini pula barang-barang for my sis and bro, also dari Morocco...... so yang empunya barang, sila lah datang kerumah hamba ya untuk mengambilnya...... sebelum makanan tu expired tau........ cepat-cepat....... kalau rajin balik kampung, Sabtu aku bawakan......

Isnin, 10 Disember 2012

Aktiviti Cuti Sekolah

Assalammualaikum,

Cuti sekolah ni anak-anak bertuah aku sekarang ni sibuk duk belajar menunggang motor. En. suamilah yang rajin melayan dia orang. Kalau aku sorrylah.... tak akan ku bagi bawa motor der...... en. suami jugalah yang jadi instructornya...... belajar waktu malam selepas Isyak.......... Si adik masih lagi ayahnya memboceng kat belakang, belum lagi dilepaskan bawa sorang-sorang...... Si abang dah boleh bawa sendiri tanpa ayahnya duduk kat belakang.... tapi jantung aku bila si abang bawa sorang- sorang rasa nak terkeluar dik risaunya tak senang aku menunggu kat rumah..... Sejak dah pandai bawa motor sorang-sorang ni, dah nak motor ajer kerjanya....... lupa basikalnya....... Nak ke kedai pun dengan motor........ Sorry ya abang, mama tak akan bagi abang bawa motor ayah der....... nangislah, mama tak akan layan der...... dah patah riuk sok mama juga yang susah........
Aku memang tak lepaskan dia orang bawa motor..... takut, sebab kat area taman aku ni kereta mahupun motor laju-laju ajer...... hari tu basikal si adik dilanggar dek motor...... dah tu motor tu belah ajer..... bengkok basikalnya.... kalau aku tau orang yang melanggar tu memang aku tenyeh habis-habis budak tu...... selamat budak tu, sebab anak aku tak nak bagi tau aku siapa yang melanggar dia orang........

Jumaat, 7 Disember 2012

Durian oh Durian

Assalammualaikum,

Anak dara aku ni memang hantu durian. Pantang nampak durian ajer dia akan duk tanya aku, "mama dah gaji ke belum???" bilalah adik dapat makan durian ni???? oleh kerana dah asyik duk bertanya so aku bawalah dia pergi makan durian kat Jalan Salak Sepang berdekatan dengan Taman Salak Permai. Belikan untuk dia sorang ajer coz abangnya tak berapa gemar.... Beli pun sebiji ajer coz menunggu yang kat kampung tu gugur, dan supaya dia tak kempunan...... Ibulah katakan, tak sampai hati.........

La ni, durian kat kampung dah gugur and semalam kawan sekerja en. suami yang baru pulang dari Jengka bagi kat 10 biji, sampai tak terlarat pulak dia makan...... tak bagi dia makan banyak-banyak, takut demam..... bukan ajer durian yang dia makan, dengan rambutan sekali...... aku siap kopek kan durian dan rambutan dan letakkan kat dalam peti ais, bila aku pergi kerja dia orang melantaklah....... aku dah naik boring dah, hari-hari sambal tempoyak (lada merah + cili api ditumbuk dan digaulkan dengan durian fresh dan dimakan dengan nasi)..... Minggu ni tak nak balik kampunggggggg....... kang balik mesti makan durian lagi....... next week aku kena gi check up....... tolonggggggggg, aku tak nak makan durian and rambutan buat masa ni......... tak boleh nak kawal nafsu makan  buah-buahan ni, terliuq nengok nya........

Khamis, 6 Disember 2012

Setara 5

Assalammualaikum

Management telah bermurah hati mengadakan Staff Gathering kerana Nilai University berjaya mendapat setara 5...... jamuan telah diadakan di Nilai Spring Resort Hotel (adik-beradik ngan company tempat aku bekerja)..... tak ada dia orang nak buat kat tempat lain der...... balik-balik Nilai Spring Resort Hotel nilah.......
 

FLC 2012

Assalammualaikum,

Cerita yang dah basi..... event ni awal November yang lalu, baru hari ni nak post n3..... sibuk bercutilah........ Malas nak cerita panjang-panjang. Tengok ajerlah gambar-gambar kat Nilai Spring Resort, gambar makanan ajer yang aku snap...... tak kuasa aku nak snap gambar participants......
 seperti biasa committee members pergi makan dulu...... nak pastikan makanan tu okay or not.....
 antara makanan yang dihidangkan...... makanan kat Nilai Spring Resort ni tak adalah sedap manapun......
 ni waktu minum petang..... committee members gak yang mulakan dulu.......
antara hidangan waktu dinner........