Selasa, 29 Januari 2013

My Puteri yang Hangin Selasa lepas

Assalammualaikum,

huhhhhhh tajuknya bukan main dahsyat sekali. My puteri hangin selasa lepas coz aku lambat kesekolahnya untuk collect bantuan persekolahan. So lepas ambil bantuan tu aku terus bawa dia makan nasi ayam kat Desa Cempaka, kasi kurang dia punya hangin sikit...... hehehehe....... actually aku memang dah masak untuk si Abang and aku selalu (tiap-tiap hari makan tengahari kat rumah sekarang ni, lepas ambil si puteri aku akan balik kerumah untuk dia tukar pakaian sekolahnya) tapi hari selasa tu oleh kerana aku kesuntukkan masa, so aku ngan puteri makan kat luar ajer. Nak cepat balik ke office dan aku angkut sekali puteri aku ke office....... First try kat gerai nasi ayam tu..... bolehlah di tekak aku.......

Ahad, 27 Januari 2013

Bantuan Persekolahan

Assalammualaikum,

Rasa-rasanya semua orang dah dapat bantuan persekolahan ni. Aku dapat hari Isnin hari tu untuk si Abang manakala untuk Adik pada hari Selasa. 

Untuk ambil bantuan persekolahan untuk adik hari tu aku lambat sikit sampai kat sekolah (bukan lambat sikit..... memang lambat betul sebab boss aku suruh siapkan minutes meetingnya jugak - aku sampai kat pintu kelasnya, cikgu kelasnya dah nak keluar dah.....) and aku tengok muka anak dara masam mencuka...... bila dah ambil and turun ke kereta dia sound aku "kalau mama tak dapat datang cakaplah, adik boleh suruh ayah datang ambil" and terus menonong ke kereta........ alahai putri mama, mama banyak kerjalah kat office....... mama datang jugakkan...... cuma cepat dan lambat ajer..........
So dapatlah RM200.... Duit tu untuk dia orang. so bolehlah tambah sepasang kasut lagi dan beli baju pengakap untuk si Abang....... Sekolah Menengah ni cikgu pilih dia masuk pengakap, so kenalah belikan baju pengakap untuk dia....... Masa sekolah Rendah dulu dia joint bulan sabit so aku belikanlah bajunya besar sikit sebab aku fikirkan boleh guna hingga ke sekolah menengah tapi hampeh, bila sekolah menengah kena joint pengakap pula.......

Jumaat, 25 Januari 2013

Adat Perpatih Milik Mutlak N9 - Dari Berita Harian bertarikh 22.01.13

Assalammualaiku,

Sajer ajer aku letak n3 cerita Adat Perpatih yang keluar kat dalam suratkhabar tempohari. Yang sebenarnya banyak kisah sejarah mengenai Linggi yang BH duk cerita kat dalam akhbar, tu yang beria-ia aku letak n3 ni......... Linggi kampung ku yang tercinta............

Petikan dari Prof Madya Datuk Dr Mohd Rosli Saludin mengenai Adat Perpatih:

Menurut beliau adat masyarakat N9 tidak hanya dipengaruhi Adat Minangkabau sehingga dikenali Adat Perpatih seperti tanggapan umum. Sebaliknya ia dibentuk asimilasi pelbagai adat suku kaum yang mendiami N9. (Linggi tak berapa mengamalkan Adat Perpatih ni.....)

Prof Dr. menyatakan Adat Perpatih kat N9 ni berbeza dengan Adat Perpatih di Minangkabau, Sumatera Barat. Adat Perpatih yang di amalkan di N9 dan Naning Melaka ialah gabungan sekurang-kurangnya 3 sistem iaitu sistem Adat Mingakabau yang berasaskan 3, iaitu Adat Nan Tigo, Adat Elok Boleh dan Adat Tuah Disakato (Tak amalkan so tak tahulah sangat......)

Lagi satu beliau menyatakan disebabkan umum menyangka N9 hanya memiliki Adat Perpatih, mereka tidak mengetahui kewujudan Adat Melayu Umum yang sudah lama tidak digunakan selain Adat Melayu Linggi (tak tahu pula Linggi ada Adatnya sendiri). Kawasan Adat Melayu Umum membabitkan pinggir pantai sehingga ke Lukut yang terletak dalam daerah PD.

Ni kena highlightkan - hehehe -  Jangan marah....
"Mukim Linggi terutama Pekan Linggi sekarang didiami orang Melayu turut disimpulkan sebagai 'Muafakat bil kitalo wassunati qabulatan minat ustaz yamonati' - sorrrrrryyyyyy - Jangan tanya maknanya kat aku ya - aku sendiri pun tak tahu - hehehe.......

Ni satu lagi petikan di dalam BH yang aku ambil also mengenai LINGGI..........
"Sejarah penghijrahan masyarakat Bugis dari Riau ke rembau sebelum berjaya membuka Linggi pada abad ke 18 dengan mewujudkan kerajaan sendiri (Dulu Linggi ada kerajaan sendiri rupanya!!!!) lengkap sistem pentadbiran teratur, ketenteraan dan mampu bertahan hampir 200 tahun. Sejarah perkembangan masyarakat Bugis Linggi mencatatkan kejayaan mereka membina sistem kemasyarakatan dan kebudayaan yang tersendiri dan unik, iaitu mengamalkan Adat Linggi atau Adat Muafakat dan Kebulatan. Adat ini amat berbeza dengan adat yang diamalkan bukan saja masyarakat Bugis di Johor dan Selangor, bahkan Sulawesi sehingga seolah tidak ada sebarang kaitan dengan kelompok Bugis di luar Linggi, katanya........

Ohhhhh banyak yang aku tak ketahui mengenai sejarah Linggi..... Ni kena cari buku sejarah mengenai N9 terutamanya mengenai LINGGI untuk tambah pengetahuan mengenai kampung halaman aku........

Rabu, 23 Januari 2013

Bersantai @ Angsana Hilir

Assalammualaikum

Cerita dah basi. bawa anak-anak berenang kat rumah Mak Ngahnya 2 minggu lepas.... Dah lama dia orang tak swimming kat sana.... asyik-asyik kat Putrajaya ajer....... ingatkan adalah sepupu sepapatnya yang kat Kajang tu datang...... tak ada pulak..... so dia orang berenang berdua beradik ajer lah.....
 
 Adik dah berani mandi kat kolam dewasa sepenuhnya..... dulu hanya tepi-tepi ajer.... now dah boleh ketengah kolam.....
 
Malam tu lepas Maghrib, Mak Ngahnya belanja dinner kat Great Eastern Mall. Dinner kat Cozy House Restaurant kat tingkat 3..... terima kasih Mak Ngah dari Adli & Najwa....... Hanya dapat snap 1 gambar ajer, sebab kamera aku kehabisan bateri pulak.... dapat snap ikan siakap masak asam pedas ajer.......

Khamis, 17 Januari 2013

Cerita Semalam

Assalammualaikum

Ni cerita mengenai my hero semalam..... buat kali keduanya Pak Cik yang bawa dia ke sekolah tak datang ambil dia......  Pak cik ni hanya menghantar ajer dan bila waktu balik dari sekolah, akulah yang mengambil...... My hero sekolah sesi petang and kena keluar rumah dalam pukul 12.30 tengahari and seperti hari-hari sebelumnya pak cik tu akan datang ambil dia tapi tidak semalam dan Jumaat lepas...... Mungkin pak cik tu terlupa, dah tualah katakan........ dia dah panik, takut lambat ke sekolah dan semalam dia kesekolah dengan menaiki basikalnya..... Naik basikal ke sekolah tak bagi tahu aku pulak tu..... dia cuma talipon aku dan cakap tak perlu ambil dia waktu balik nanti, dia kata dia balik dengan kawan-kawannya. Ingat balik jalan kaki rupa-rupanya naik basikal. Aku memang tak tahu dia naik basikal kesekolah. Masa aku balik kerja dan parking kereta kat porch pun aku tak perasan yang basikalnya tak ada sehinggalah bila dia balik dalam pukul 7.05 petang baru aku tau dia bawa basikal kesekolah....... aku cuma risaukan keselamatannya ajer...... Maklumlah jalan nak kesekolah tu busy..... kereta berdesap desup dengan budak-budak motor yang tak tahu nak perlahannya....... tu yang buat aku kecut perut tu....... hari ni aku siap pesan dengan hero aku, kalau pak cik tu tak datang dan abang bawa basikal ke sekolah make sure kat simpang luar before cross the main road abang turun dulu dari basikal, tolak ajer basikal tu masa melintas...... pandang kiri-kanan and dah tak ada kereta baru melintas........ nak ku naikkan dengan kakak transport yang dulu dia tak masuk pulak area Sekolah Cempaka, dia more area ke Salak....... En. suami aku pula cakap eloklah tu dia berdikari, belajar pergi sekolah sendiri, dah besar panjang katanya....... emmmmmm orang lelaki memang camtu, relek ajer........ omak jugaklah yang risau........

Rabu, 16 Januari 2013

My Heroine pula.....

Assalammualaikum

Hari ni hanya gambar anak-anak ajer......
 
My heroine yang semakin tembam.......

My Hero in 2013

 Assalammualaikum,

Hanya gambar yang berbicara hari ni......
 Handsome tak??????
Haritu merajuk ngan aku sebab guntingkan rambut dia..... nak style KPop kau!!!!..... Dah besar panjang ni, nak bergaya ajer........