Isnin, 17 Jun 2013

Dah naik harga dah......

Assalamualaikum,

Benda ni ada jual kat dalam kampus. Selalu harganya RM1.50, bagi aku mahallah. Sebab kat Tesco baru RM1.00. Sebelum cuti semester tempohari sehinggalah bukak semester ni benda ni tak ada, Habis stok kata tokeynya..... Rupa-rupanya nak naikkan harga. Jumaat lepas aku ke grocery shop kat dalam kampus nilah dan tengok benda ni dah ada. Aku pun orderlah, and bila nak bayar tokey dia cakap RM2.00. Kau orang taulah akukan, sebelum bayar aku mesti membebel dulu.... Aku tanya kenapa mahal sangat??? Dia cakap jual RM1.50 tak ada untunglah Puan...... boleh camtu pulak!!!! Kau ingat kau jual RM2.00 kau boleh untung banyak???? Sure students tak akan belinya, apatah lagi aku..... ini yang terakhirlah aku beli kat dalam kampus ni........

 inilah benda yang aku selalu beli jika aku malas nak makan nasi.......
kecik ajer bekasnya.... Kalau besar bekasnya tu tak adalah aku membebel.........

Bacaan udara tidak sihat di kesan di Linggi

Assalamualaikum,

Waduh2..... apa sudah jadi dengan kampungku? Indeks pencemaran udara (IPU) di Linggi melebihi 100, yang di anggap tidak sihat.

Hope ahli keluarga yang berada di Linggi berada di dalam keadaan sihat hendaknya.... kena kurangkan aktiviti di luar rumah ya!!!



PETALING JAYA: Keadaan jerebu semakin teruk di Semenanjung Malaysia dengan enam kawasan mempunyai indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 100, yang dianggap tidak sihat.
Pihak berkuasa kesihatan telah mengeluarkan satu nasihat umum untuk orang ramai, terutamanya mereka yang mempunyai masalah pernafasan supaya mengelakkan aktiviti luar.
Pada pukul 11 ​​pagi Ahad, Jabatan Alam Sekitar mengesan bacaan kualiti udara yang tidak sihat bagi Pelabuhan Klang (104), Melaka (129), Linggi (117), Sungai Udang (120), Muar (125) dan Kijal (101) dengan kawasan lain di Semenanjung menunjukkan tahap yang baik dan sederhana.
Pihak berkuasa kesihatan sedang memantau keadaan dan akan mengeluarkan lagi nasihat awam dari masa ke semasa.
sumber : mstar

Khamis, 13 Jun 2013

Jalan-jalan kat Waterfront

Assalamualaikum,

Penghujung cuti sekolah hari tu hanya sempat bawa anak-anak jalan-jalan kat sini ajer. Kali ni tak dapat nak cuti jauh-jauh coz en. suami tak dapat cuti. Nak tau kat mana? Google lah kat dalam internet ya!!! hahaha sajer ajer nak suruh kau orang google...... Tak jauh pun dari Nilai dan kampung ku terletak di dalam daerah ni........ Cuba teka ya!!! Love u all........
 Cantik dah tempat ni.... memang dah membangun tempat ni......
 
jalan-jalan kat tepi pantai

Nak tau kami kemana???? Kami hanya ke PD ajer.........

Isnin, 10 Jun 2013

Bowling @ Sports Complex

Assalamualaikum,

Kembali bersiaran setelah bercuti selama 5 hari. Tak ada oversea trip ya hanya dalam negeri ajer. Hajat dihati nak bercuti di luar N9 tapi hampa coz en. suami tak dapat bercuti. So cuti-cuti kat rumah ajer, makan tidur ajer ........

So untuk menghilangkan boring dia orang maka aku bawalah dia orang main bowling but sebelum tu kita orang gi shopping kat Bangi dulu. Balik dari Bangi singgah pula Nilai 3, shopping lagi......... kopak omaknya......
 My gegirl tengah memilih bola bowling yang ringan.......
 dia orang ni main tah apa-apa, asyik ke longkang ajer bolanya.... Oh ya, aku tak main ya!!! Hanya memerhatikan ajer (takut dikutuk oleh anak-anak kalau bolanya asyik ke longkang)
 Game pertama
 Game Kedua...... Kedua-duanya Najwa yang menang........
Bola ni kelongkang ya!!!!
dengan penuh gayanya........

Selasa, 4 Jun 2013

Rezeki dari Bandung

Assalamualaikum,

Terima souvenir from Bandung ni dari my SIL yang mengikuti rombongan cikgu-cikgi daerah Port Dickson ke Bandung pada awal cuti persekolahan ni.
 for my gegirl
 for my hero
 my gegirl dengan shirt nya....
 for my self...... telekung
 for en. suami
 and also kek dari Kartika Sari..... licin di kerjakan oleh anak-anak. Tinggal bekas ajer......

Terimakasih dari kami.........

Isnin, 3 Jun 2013

Ulang Sekali Lagi

Assalamualaikum,

Sanggup ulang sekali lagi tu.... Dah dapat baru puas hati, kalau tidak asyik terbayang-bayang ajer meatball abang burn tu...... Aku ke MMA Santai sekali lagi pada Khamis lepas. Pergi lepas kerja. Kebetulan anak-anak follow aku ke office, so after office terus ajer kami MMA Santai.....

 burger sorang satu. untuk anak-anak ajer
 Coconut shake aku ngan Adli, adik hanya teh o ais.....
 Sementara menunggu meatball siap kami order satay..... kena tunggu 1/2 hour untuk dapatkan meatball. Almaklumlah kita orang sampai gerai baru buka...... Tak apa, demi meatball aku sanggup tunggu juga.......
meatball yang diidam-idamkan........

Ole-Ole dari Guangzhou

Assalamualaikum,

Terima ole-ole ni dari my sis yang pergi bercuti ke Guanzhou. Terima kasih.......
dah jadi hak milik my gegirl juga...... bertukat-tukar purselah dia bila ke sekolah.....