Isnin, 1 Julai 2013

Jualan Gudang The Store

Assalamualaikum,

Tengahari tadi masa balik dari ambil my gegirl kat sekolah ternampak banner ni sepanjang jalan nak ke office aku. Cepat-cepat aku suruh my gegirl snap kat roundabout Inti tu dan terteralah Jualan Gudang The Store yang akan berlansung pada 19 hingga 28 Julai ni di Stadium Tertutup Nilai. 

Pada orang-orang Nilai dan sekitarnya, jom kita serang jualan gudang ni.... Tak payah nak shopping jauh-jauh for hari raya nanti...... Nampak gayanya kenalah simpan duit sehingga 19 Julai ni.......

Pada sesiapa yang tak tahu kat mana Stadium Tertutup Nilai ni, silalah google ya!!!! Acah ajer....... Stadium Tertutup Nilai ni terletak berdekatan dengan USIM, kat belakang Desa Anggerik lah.......

Ke Kolam Pancing

Assalamualaikum,

Lepas dari bermandi manda kami cuba menunaikan hajat si hero kami yang sibuk nak memancing tu. Kami ingat nak bawa dia memancing kat empangan kat Semenyih tu tapi sayang seribu kali sayang, jalan nak ke empangan tu di tutup akibat jalan runtuh kat empangan tu...... hanya motosikal ajer dibenarkan...... so patah balik kat luar and singgah kat satu kolam memancing kat Semenyih tu juga and tak jauh dari empangan jugalah....... masa kami sampai tu ada pertandingan memancing so lekalah my hero menengok orang menaikkan ikan-ikan.......
 ikan yang berjaya dinaikkan......
 sedang berlawan dengan ikan yang memakan umpan......
 ramai betul yang masuk pertandingan memancing ni......
 perempuan ni pun masuk pertandingan memancing.....

Jumaat, 28 Jun 2013

Mandi Manda @ Sg. Tekala

Assalamualaikum,

Ahad lepas bawa anak-anak bermandi manda kat Sg. Tekala. Sepatutnya  semasa balik dari Serting hari Sabtu tu singgah samada kat Ulu Bendul or Jeram Toi, tapi memandangkan waktu dah pukul 6 petang so kita orang terus ajer balik ke Nilai.

Untuk tidak menghampakan dia orang maka hari Ahadnya ke Sg. Tekala. Pergi pun lepas zuhor. Kami tak lama pun kat Sg. Tekala tu coz my hero sibuk nak gi memancing....... Nak bermandi manda kat Sg. Tekala ni sekarang dah kena bayar. Aku tak taulah pulak bila start kena bayar ni, sebab dah agak lama juga aku tak ke Sg. Tekala. Dewasa kena RM1 manakala budak-budak 12 tahun kebawah RM0.50.... oklah harganya tapi toiletnya still jugak kotooooorrrrrrrr.......
 sebelum berendam menikmati dulu juadah yang dibawa......
 
 sejuk sungguh airnya walaupun dah petang........
 
 
 

Khamis, 27 Jun 2013

Rezeki dari Indonesia lagi

Assalamualaikum,

Selain jerebu yang didatangkan khas dari Indonesia, aku terima telekung pemberian dari my sis blogger Yati yang pergi bershopping ke Jakarta sebelum cuti sekolah tempohari. Punyalah lama dah baliknya baru la ni aku dapat ole-olenya. Terima kasih daun keladi, kalau gi mana-mana lagi jangan lupa aku punya.....

Bulan ni ajer 2 pasang telekung dari Indonesia aku dapat. Satu dari my SIL, ceritanya kat sini  dan satu lagi dari my sis....... Yang from my sis ni, my putri dah jadikan hak miliknya....... Semuga my gegirl akan rajin menunaikan solat 5 waktunya...... insyaallah....
 inilah rupanya telekung pemberian dari my sis.........
 
 yang ni FM dari Legoland and also pemberian dari my sis blogger Yati........

pppsssttt, bilalah aku dapat terbang ke Jakarta or Bandung agaknya....... hihihi........

Rabu, 26 Jun 2013

Tebuan bersarang berhadapan dengan rumah

Assalamualaikum,

Tebuan bersarang kat hadapan rumah. Kat seberang jalan. Tapi tempat tulah anak-anak Jalan Cempaka 21 ni duk bermain petang-petang. Risau dibuatnya...... Nak ku asapkan kang menambahkan jerebu ajer...... Tuan rumah yang betul-betul dekat dengan sarang tebuan ni buat tak tahu ajer walaupun telah diberitahu...... Nak buat camana ni????

Cendol Kuala Pilah

Assalamualaikum,

Sambungan cerita hari Sabtu lepas.

Dari Serting kami balik melalui jalan Kuala Pilah. Masa pergi kami ikut jalan Jelebu. Mak aiiiii jauhnya kalau ikut jalan Jelebu ni dengan jalannya yang banyak korner... Sakit buntut makkk...... Tapi kenderaan kuranglah lalu dari Pekan Jelebu ke Serting ni...... Tu yang tenang ajer bila memandu.......

Oleh kerana masa balik dah follow jalan Kuala Pilah maka en. suami pun ajaklah kami menyinggah untuk menikmati cendol Pilah yang famous amos tu....... Sesat barat lagi nak mencari jalan ke Pasar Pilah, tempat cendol tu dijual...... Yalah datang untuk menikmati cendol tu aku rasa 3 - 4  tahun yang lepas..... At last jumpa juga.
 Haaaaaaa nilah gerai cendol tu..... disebelahnya gerai mee rebus yang famous amos serata Pilah tu....... Dulu-dulu masa zaman sekolah and dah bekerja selalu kemari bersama arwah nenek..... Arwah nenek suka ke sini sebab selain dapat makan cendol dia akan shopping periuk kat deret cendol tu....... sekarang ni kedai jual periuk belanga kat deret tu dah tak ada dah........ semuanya kedai makanan ajer...... kebanyakkannya kedai makan cinalah....... Besan arwah nenek aku juga orang Pilah, orang Melang (betul ke nama tempat tu???)
 Beli juga gula Anau ni..... nanti bulan puasa bolehlah guna gula ni untuk buat pengat or cendol.......
 dah ada bangunan baru kat depan gerai cendol ni...... Bazar nampak gayanya........
 haaaaa nilah cendol yang famous amos serata Pilah tu...... order sorang semangkuk......
en. suami order mee rebus ni....... mula-mula order sepinggan ajer, sebab aku ngan anak-anak rasa masih kenyang lagi sebab melantak sakan kat rumah abang aku........ bila sampai ajer mee rebus ni ke meja and tengok en. suami makan dengan syoknya, terliur pulak aku dan tak mau teringat-ingat bila dah sampai ke Nilai,  maka aku tambah order lagi....... memang sedappppp di tekak aku....... punah diet aku...........

To my sis yang terus balik ke KL, rugi hang tak singgah menikmati cendol and mee rebus ni......to my sis yang tengah uwek....uwek..... tu jangan terliuq pulak ya!!!!

Selasa, 25 Jun 2013

Majlis kenduri kahwin Akhmal di Serting

Assalamualaikum,

Sabtu lepas telah berlansungnya majlis kenduri Akhmal di Serting. End of June dulu kat belah perempuan di Sepang. Ceritanya Di Sini

Kali ni kat belah lelaki pula. Kami adik beradik hanya dapat sampai pada hari langsung. Hari Sabtu lah ya... Kira pagilah jugak sampai. Dengarnya ada yang bertolak dari KL selepas subuh...... Aku kalau tidak pun pagi juga sampai tapi disebabkan sesat barat makanya dalam pukul 11 baru sampai. Kira pagilah jugak kan???? Lagi pun masa aku sampai tu, tetamu jemputan abang aku tak ramai lagi yang sampai..... kira selamatlah..... kalau tidak mampus kena kutuk.......

Aku kalau ke rumah abang aku ni kalau tak sesat tak sah. Setiap kali kerumahnya mesti sesat barat. Tanah rancanganlah katakan, banyak sangat simpangnya........ konfius sekejap.......

Rasa bersalah tu ada jugalah, sebab sepatutnya kat rumah adik beradik kena awallah sampai, tapi disebabkan bekerja so hari langsunglah sampainya. Lagipun nak berewang, orang-orang Felda dah ramai. Kami sampai-sampai pun hanya duduk lepak-lepak ajer........

Meja santapan pengantin
ahli keluarga Linggi sedang bergossip
pengantin..... pelamin kat luar rumah......
pengantin kat meja santapan
jiran tetangga yang datang menolong
mereka-mereka yang menyediakan juadah kenduri......
blogger Yati yang sedang menikmati juadah pengantin...... Lepas ajer pengantin dan ahli keluarga belah perempuan bangun maka meja santapan ni diserbu oleh ahli keluarga belah Linggi pula.......
adik aku yang kat Pandan tu dengan husbandnya......
my sis.......
meriah sungguh....... Pak Cik ngan Mak Su pun joint sekali........
kek yang sedappppppp

Kami semuanya bertolak balik kerumah masing-masing petang tu jugak, setelah menolong mengemas serba sedikit (buat syarat ajer)........ hahaha.... terukkan....... Sempat lagi tu membungkus makanan..... penuh bonet kereta masing-masing......