Pembuka selera kami waktu bersahur subuh tadi....... mula-mula anak-anak duk cakap:
Anak2: sambal ikan bilis ajer pagi ni, boringlah......
Aku: rasa dulu...... kang duk bertambah-tambah nasinya...... ini sambal ikan bilis special tau..... mama
dapat resipinya dari blog tau!!!!
My hero: sambal ikan bilis pun nak ambil resipi dari blog, apalah mama ni....
Aku: nak ubah rasa bang...... lain dari yang biasa mama buat tu......
Ambik kau, sekali bertambah-tambah my hero makan.... my gegirl pun dari tak nak makan terus makan..... Aku tengok en. suami pun bertambah-tambah makannya..... suka akaaakkkkk tengok dia orang berselera makan masakan aku........ ni bertambah semangat nak memasak ni.......
makan pula dengan nasi panas-panas memang berselera........
Aku ambil resipi sambal ikan bilis ni dari blog Happy Irfa.... sorry Irfa kerana saya menceduk resipi anda tanpa kebenaran...... Aku ubahlah sikit resipi ni, Irfa letak asam keping, aku tak bubuh asam keping aku tukarkan ke belimbing besi buluh..... stok belimbing besi buluh kat peti sejuk tu banyak lagi...... so aku bubuh belimbing besi buluh kat dalam sambal tu....... terliuq pulak aku bila menaip ni.......