Sabtu, 24 Disember 2022

Pemandangan Sepanjang Perjalanan Ke Dangi

 Assalamualaikum,

Sabtu 10 Disember ke Dangi. Officemate En. Suami jemput kenduri doa selamat. Ke Dangi ikut Rembau - Bukit Miku - Inas.



Gunung Datuk Rembau
Dari kejauhan
Masa pergi tu hujan
Lalu bukit Miku banyak gelonsoran tanah kat Bukit Miku yang hanya ditutup dengan kanvas jer
Seram
Takut runtuh jer
Masa tu jalan Tampin ke Johol dilencongkan ke jalan lain sebab ada runtuhan.
Balik kami tak ikut jalan Bukit Miku, takut...

Alhamdulillah selamat sampai kerumah kampungnya.

Balik kami ikut jalan Johol - Pilah
Bila dah lalu Pilah
Mesti lah singgah minum cendol pilah yang famous tu
Rojak/mee rebus tak makan sebab masih kenyang lagi
Tak pula teringat nak bungkus 
Sampai rumah terkenang-kenang rojak Pilah

Jalan Pilah Setemban ni jammed tak dapat dipisahkan
Lenguh kaki ahkak menekan clash 
Ada pesta mengoca kat simpang nak masuk ke Sri Menanti

Dalam perjalanan nak balik tu my sis Yati call ajak pergi rumah Kak Ngah kat Bayu Lakes Homes
Ziarah Kak Ngah yang baru balik dari menunaikan umrah
So kami terus masuk Lekas



Lekas
Hujan juga masa lalu tu

From Pagoh to Nilai

 Assalamualaikum,

Rabu 21hb my Hero balik dari Pagoh ke Nilai dengan menunggang motor. Dia nak bawa balik motor nya sebab cuti semester sebulan lebih. Sebelum-sebelum ini kalau balik dia akan tumpang kawan sekelasnya. Kawan dia bawa kereta.

Berhenti kat hentian
Tak pasti hentian mana
Memang suruh dia berhenti kat hentian-hentian.
Risaunya lah Mamanya ini.
Siap suruh call bila henti di hentian.
Pesan suruh berhati-hati
Ikut lorong emergency dan 
pasti pandang kedepan untuk pasti kan tidak ada kenderaan berhenti di lorong emergency.

Alhamdulillah 
Selamat sampai dirumah
Bila dia call dan inform dah sampai kat rumah baru lega rasanya.
Kalau tidak risaunya lah tak senang Mama nak kerja
Sentiasa berdoa.

Jumaat, 23 Disember 2022

Jamuan Perpisahan Lagi

 Assalamualaikum,

Kali ini Admin Staff  pula yang resign dari Finance Department. Our geng kantin (geng lunch) yang resign. Berkurang dah geng kantin kami, lepas sorang-sorang meninggalkan NU. Ahkak? Satu hari nanti akan meninggalkan NU jua. Bagi anak-anak habis belajar dulu.

Kali ini kami celebrate dia kat Secret Recipe jer... Nak masak-masak (pot luck) tak larat.


jauh sangat budak SR tu ambil gambar


kami geng kantin NU
dari lain-lain department
jumpa waktu makan tengahari dan surau

Meraikan adik yang tengah tu.
All the best to you.

Christmas Gifts

 Assalamualaikum,

Pemberian dari rakan-rakan sekerja yang menyambut christmas.... Orang beri, kita terima ajer.

Terima kasih...
2 packs of biscuits and
1 box of chocolate.
Terima kasih.

Jamuan Perpisahan 2022

 Assalamualaikum,

Dijemput ke jamuan perpisahan 3 lecturers dari Faculty Engineering, Dr. Ilyana, Ir Abdul Munir dan En. Elias hari Rabu 21.12.2022.


sempat bergambar dengan Dr Ilyana sahaja.
yang dua orang lagi tu sibuk.

kuih muih dan buah-buahan

Main Menu Nasi Briyani Kambing
sedap....
one of the lecturer yang masak.

Dato' VC pun joint.
Bye-bye you all
panjang umur jumpa lagi....
All the best to you....

Ahad, 18 Disember 2022

Aktiviti My Hero Kat Kampus

 Assalamualaikum,

My Hero masuk pertandingan mereka cipta produk makanan yang dianjurkan oleh Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail. Alhamdulillah berjaya dapat Gold.

Keputusan pertandingan

First di interview oleh panel luar. Google Meet jer.
Ada panel dari Indonesia katanya.

Hasil inovasinya
Nugget dari nangka muda
Tak dapat nak rotate gambar - asyik tak menjadi jer

Ini mee dari hampas soya



Bergambar bersama pensyarah nya dan Rakan-rakannya.

Bertungkus lumus menyiapkan projeknya
Always 2 ke 3 pagi baru tido.
Alhamdulillah berhasil jua.





Jumaat, 16 Disember 2022

Kinder Cards

 Assalamualaikum,

Kak Ngah balik dari umrah bawa ini
Sedap
Ini pun adik ahkak Ita pesan dengan anak-anak buah yang menunai umrah 
Jika terjumpa tolong belikan
Sebab dia ternampak rizalman makan waktu sahur di Mekah.
Rasanya kat Malaysia belum sampai lagi
Cari juga, tak jumpa
Kat Pengkalan Kubor hari itu pun tak nampak pula kinder cards ini.

Akan ku cari
Sedapppp