Jumaat, 16 Julai 2010

Fadilat baca 10 ayat surah al-Baqarah

Diriwayatkan daripada Ibn Mas'ud r.a, katanya: "Sesiapa membaca 10 ayat daripada surah al-Baqarah ketika awal waktu siang, syaitan tidak akan menghampirinya hingga ke petang. Jika ia membacanya pada waktu petang, syaitan tidak mendekatinya hingga ke pagi. Ia juga tidak akan melihat sesuatu yang ia benci pada keluarga dan harta bendanya," (riwayat al-Darimi, al-Bhaihaqi di dalam kisah Syu'ab al-Iman).

Ibn Mas'ud r a, meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesiapa membaca 10 ayat: Empat daripada awal surah al-Baqarah, ayat al-Kurysi, dua ayat selepasnya dan ayat penutup surah al-Baqarah, nescaya syaitan tidak akan memasuki rumah itu hingga pagi," (Riwayat al-Tabrani dalam al-Kabir dan riwayat al-Hakim, kata hadis dinilai Sahih).

Sumber: Buku Doa-doa Eksklusif

Khamis, 15 Julai 2010

Kereta oh Kereta





Saje aje aku postkan n3 ni..... sekarang ni umah aku jadi tempat parking (macam used car pun ada jugak) coz owner of the car, ada yg gi vacation kat London, ada yg bekerja dan menetap di Brunai.... ni kira FREE PARKINGlah............... coz umah aku ni dekat dgn KLIA. Kalau kat KLIA, parkingnya RM3.50 per hour tau!!!!




yang keciannya, keta tuan umah kena parking kat blkg dan luar pagar tanpa berbumbung........kecian keta aku kena hujan dan berpanas........huhuhu....

Selasa, 13 Julai 2010

PhotoScape

hari ni dok main2 ngan PhotoScape dan ni lah hasilnya.......




Ahmad Adli



Ain Najwa

Syaaban bulan menghapuskan dosa

Sabda Rasulullah SAW: "Bulan Rejab adalah bulan Allah SWT, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadan pula adalah bulan bagi umatku."

Syaaban iaitu bulan yang dianggap sebagai pintu gerbang bagi menanti kedatangan Ramadan. Sebagaimana Ramadan yang penuh dengan kemuliaan, Syaaban adalah bulan untuk menghapuskan dosa sementara Ramadan pula bulan menyucikan diri daripada dosa dan antara amalan yang sangat digalakkan pada bulan ini adalah dengan ikhlas beramal kepadanya, terutama melakukan puasa.

Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barang siapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas daripada kegelapan alam kubur, bebas drpd huru-hara Munkar dan Nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya."

Dlm sebuah hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan jika dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid."

Itulah antara kelebihan berpuasa pada Syaaban. Disamping itu berpuasa dalam bulan ini juga sebagai persediaan untuk melakukan ibadat puasa selama sebulan pada Ramadan. Selain memohon doa, umat islam digalakkan bertaubat dan memohon keampunan Allah SWT sebagaimana dinyatakan, dalam bulan ini juga ada satu malam yang sangat istimewa yang dikenali sebagai 'Nisfu Syaaban"

Dlm sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila tibanya malam ini, datanglah malaikat Jibril lalu memberitahu sesungguhnya pintu-pintu langit serta pintu-pintu Rahmat Allah SWT sudah pun dibuka. Maka, bagi orang yang beriman dan beramal soleh, dirikanlah solat dengan disertai doa kerana dibukakan (oleh Allah SWT) 300 pintu Rahmat-Nya. "Juga sesungguhnya, Allah akan mengampuni orang2 yg tidak menyekutukan-Nya (serta syirik kepadanya) kecuali mereka yang mengamalkan sihir, mereka yang mencetuskan perbalahan serta bermusuhan, peminum arak, mereka yang melakukan zina dan memakan riba, manusia yang menderhaka pada org tuanya, mereka yang memutuskan tali persaudaraan serta mereka yang menghasut org lain, yakni mengapi2kan dgn perasaan kebencian. Maka, sesungguhnya mereka tidak akan diampun melainkan dgn sebenar-benar taubat selain tidak mengulanginya." (Riwayat Ibn Hibban)

Berdasarkan sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abdullah Umar, sesungguhnya baginda Rasulullah SAW bersabda: " Dalam solat, lima waktu yang doanya tidak di tolak ialah pada malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha." Jadi, antara kelebihan yang Allah SWT kurniakan pada hambanya, diberi dalam Syaaban bagi mereka yang ikhlas dan bersungguh2 melakukan amalan mereka.

Sumber: Harian Metro

Isnin, 12 Julai 2010

Apam Coklat

Ini percubaan aku untuk kali yang kedua. Kali pertama tu aku tak snap gambar, sebab aku buat dalam loyang aja, acuannya tak ada lagi.....

Ini aku buat pada hari khamis mlm jumaat untuk anak aku kedap2 masa blk dari sekolah, sebab hari jumaat, SRAI waktu persekolahannya sehingga pukul 12 tengahari so dia orang boleh makan2lah pada waktu petang sementara menunggu aku pulang.....


Hari Ahad yang lepas, Najwa suruh aku buat lagi apam coklat ni... dia suka sangat. Dia siap distribute lagi kat kawan2nya.


Aku cnp resipi ni dari rumah yatiali. Mintak halal yea.......

Milo oh Milo.....

Pada awal2 perlawanan Fifa World Cup, ada keluar borang untuk tebus bola dari Milo di dalam akhbar berita harian, start dari situlah, Adli mula mengumpulkan keratan Milo untuk menebus bola ARGENTINA nya. Inilah semua keratan2 milo yang telah dikumpulkannya. Untuk menebus bola mesti ada 50 mata, so bayangkanlah berapa banyak aku kopak untuk beli milo.......


Aku postkan keratan ni last Thursday by Pos Laju, now hari2 dok tanya, bila nak dapat bola !!!

Jumaat, 9 Julai 2010

Jangan Beza2kan Anak

Lahir dari perut ibu yang sama

Lahir dari benih yang sama

Kasih Ibu sepanjang hayat

Kasih Ayah menurut kata




Kenapa masih ada ibubapa yang membeza2kan anak




Tidak terfikirkah mereka suatu hari nanti anak yang dibenci inilah yang akan menjaga

mereka dimasa tua nanti.


Biar seburuk mana sekali pun dia tetap anak kita.............




I love my kids............. Love u