Khamis, 6 Disember 2012

Cubaan Pertama

Assalammualaikum,

Mesti ahli keluarga aku yang duk baca blog aku ni akan berkata "buang tabiat ker" tak pernah-pernah membuat kek tiba-tiba jadi rajin pulak untuk membaking....... hahaha.... ini semua gara-gara anak dara aku tulah..... sebaik balik dari bercuti dari Langkawi duk sibuk suruh aku baking cake..... siap ajak aku gi Zemart untuk membeli bahan-bahan untuk membuat kek...... alahai sayang, engkau bukan tak tahu mama kau orang ni cukup malas nak membuat kek or cookies........ anak dara aku siap offer untuk membersihkan dapur bila dah siap dia punya kek...... 
Kerana sayangkan anak-anak, so aku ikutkan ajerlah kehendak dia orang...... kang kempunan pulak nak merasa kek buatan mamanya...... 
Sebut part kempunan ni aku pernah kenalah dulu, masa zaman aku bekerja dengan Kewangan Bersatu Berhad dulu, kerja kat Seremban. Berulang alik dari kampung aku Linggi ke Seremban setiap hari...... tapi bagi aku apa yang terjadi kat aku tu, aku tak anggap yang aku kempunan nak makan benda yang aku nak...... sebaik ajer aku balik dari hospital (sebagai pesakit luar) arwah nenek aku terus buatkan aku bubur pulut hitam, sebab sebelum terjadinya accident tu aku ada suruh dia buatkan bubur pulut hitam tapi dia tak ada kelapangan..... jadi dia ingat aku kempunan nak makan bubur pulut hitamlah.......dah takdir nak jadinya accident pada hari tu dimana bas yang aku naiki tu dilanggar oleh lori, maka bas tu pun rebah melintang jalanlah...... nasib baik cedera ringan ajer aku masa tu....... famouslah aku masa tu sekejap sebab keesokkan harinya terpampang cerita aku didada akhbar....... (keratan akhbar tu masih lagi aku simpan).

Melalutlah pulak...... Oklah kita sambung balik pasal cerita cup cake anak daraku ni......
So ke Zemart, Ensteklah aku untuk membeli bahan-bahan untuk membuat kek....... tu ajerlah loyang yang aku beli, beli yang kecik pulak tu, jadi kena tunggu hingga masak baru bakar yang lain pulak..... berkurun rasanya membuat satu cup cake ni.....
 tak senonoh kerja aku..... sememeh...... nilah gara-gara orang malas nak membaking............
 tapi tak sangka pula cantik menjadinya.........
dah tu, dia suruh aku bubuh topping kat atas kek tu pulak...... kenalah pulak aku mencairkan coklat dan anak dara akulah yang menaburkan liplap tu....... and now she asking for the big one.... "nanti kita beli kertas kek yang besar pulak ya mama", katanya...... aku, buat bodoh ajer....... tak sanggup mama nak buat cake lagi......

Souvenir...... Souvenir....... Souvenir.......

Assalammualaikum,

Rasa-rasanya hari ni marathon punya n3..... sebelum server down lagi....... Nak selesaikan n3 yang tertunggak, dah basi dah orang kata........

Dapat souvenir dari one of the lecturer kat school aku ni...... dia gi universal studios Singapore hari tu.... balik dia bawakan untuk aku yang ini....... terima kasihlah ya......... kat drawer kat office aku ni penuh dengan pelbagai barangan souvenir dari pelbagai negara yang diberi oleh lecturer dan student-student yang rapat dengan aku....... kira boleh bukak kedai souvenir lah.......
 

Rabu, 5 Disember 2012

Langkawi: Day 5

Assalammualaikum

Check out dari Homestay Kangar dan meneruskan perjalanan ke Padang Besar. Sambung shopping kat Padang Besar pula. Anak-anak sibuk dengan Jersey.......


 
 
 Hanya shopping untuk anak-anak ajer........ kat Arked Niaga tu aku hanya ronda-ronda kat bahagian bawah ajer..... tak larat nak naik ke atas...... Panas yang amat bangat...... nak pengsan rasanya..... sementara menunggu ahli rombongan yang lain duk bershopping aku hanya lepak kat tepi tangga kat luar bangunan arked niaga tu..... dapatlah fresh angin kat luar tu......

On the way nak balik ke Nilai singgah makan tengahari kat Kangar dan singgah juga kat Kuala Perlis.... kalau tak silap aku kat Sg. Baru coz ada yan nak membeli ikan masin.
proses membuat ikan masin..... agak-agak kau orang, ayam tu bertenggek tak kat tempat jemuran ikan tu????

Selesai memborong ikan masin, kami meneruskan perjalanan balik ke destinasi masing-masing dan berhenti merehatkan badan kat beberapa R & R...... R & R yang terakhir kami berhenti ialah di Restoran Jejantas Sg. Buluh. Makan satay kat situ dan tukar passenger..... tukar passenger tu akulah...... aku naik kereta akak aku yang kat Mantin tu coz dia ikut lebuhraya PLUS dan masuk mengikut tol Nilai...... En. suami menunggu kami kat Chinese Convention Centre, Taman Semarak Nilai lebih kurang dalam pukul 1 pagi kot........

Tamat sudah cerita ceriti tentang percutian kami di Langkawi.

Buat anak-anak ku, dah satu semenanjung dah mama bawa kau orang berjalan. Masa mama seusia kamu tak dapat pun berjalan-jalan. So jangan asyik nak bergaduh ajer. Dengarlah cakap mama dan ayah.... Belajarlah rajin-rajin......

Selasa, 4 Disember 2012

New plane in our hangar

Baru ajer sampai Jumaat lepas........ kapal yang kedua di hangar..... ini tanda-tanda B..... akan berkuranglah ni.......
siap dengan logo NU lagi...... cayalah.......

Langkawi: Day 4

Assalammualaikum,

Check out dalam pukul 12. Terus ke Jeti Kuah and dapat feri pukul 2 petang. Ada pula yang tertinggal beg kat dalam feri and nasib baik jumpa. Before check out tu ada juga ahli rombongan yang pergi shopping lagi.... shopping kat area Pantai Chenang pulak..... We all makan tengahari kat Jeti Kuah ajer, tu pun take turn........

Dari Jeti Kuala Perlis terus check in kat Homestay kat Kg. Assam (kalau tak silap akulah) di Kangar. Bermalam di situ satu malam. Belah malamnya pergi dinner kat Kg. BIL aku kat Kangar.
 
 dalam feri.....
 Homestay yang kami duduk di Kangar, berhadapan dengan Sungai.......
 ke kampung BIL......... First time aku ke sini..... seram tengok bukit kat belakang tu......
 lauk pauk yang dihidangkan untuk kami..... memang terbaik......
 
dah kenyang, lepak pulak kat depan rumah kakak BIL......

Isnin, 3 Disember 2012

Langkawi: Day 3

Assalammualaikum
bas yang kami sewa......
Sambung balik cerita ceriti Cuti-Cuti Malaysia ke Langkawi kami.
Pukul 8 pagi dah keluar untuk tour Pulau Langkawi. Pada hari kedua di Langkawi ini baru dapat bas yang kami sewa tu..... Bas mini ajer, siap dengan pemandu pelancong lagi.
 
First kami singgah kat perusahaan gamat Sireh Lagenda kat Ulu Melaka. Beli hanya yang dipesan oleh jiran-jiran ajer.
 kat belakang anak dara aku tu, yang kat dalam kawah tulah minyak gamat yang sedang diproses.........

Dari perusahaan gamat, rombongan kami terus ke perusahaan batik pula (tak ada gambar, leka membelek batik-batik sehingga terlupa nak snap gambar kat situ).
Dari perusahaan batik terus ke Kilim Geoforest Park dengan menaiki 2 buah boat. Kecut perut omak, melambung-lambung, siap melipat lagi budak tu bawak boat untuk korner. My sis Yati Ali (Blogger) siap tanya kat pemandu boat tu, kalau tak melipat tak boleh ker dik??? Sepanjang menaiki boat tu banyak tempat yang kami singgah antaranya sangkar ikan, gua kelawar, melihat burung helang dan lain-lain lagi (tak ingat). oh ya!!! boat kami kehabisan minyak ditengah-tengah laut tu...... cemas sekejap omak, nasib baiklah dia ada spare 1 tong minyak. kalau tidak aku suruh dia mendayung hingga ke pantai........
 
 
 ini boat yang dinaiki oleh sebahagian lagi ahli rombongan cik kiah.....

 ini berhenti untuk menengok helang.... tak snap pulak helangnya.....
 
 batu yang merupai muka red indian yang diberitahu oleh pemandu boat kami.....
 
 Pulau di Thailand nun di depan tu..... kalau tak silap aku Satun namanya...... correct me if i'm wrong.......
 pulau berbentuk kasut according pemandu boat tu.......
 ikan pari yang bernama Fatimah........... sekor ajer lagi yang tinggal.......
 kat sangkar ikar......
 menuju ke gua kelawar.......
 
 masih kat gua kelawar lagi.....

Dari Kilim Geoforest Park kami terus ke Makam Mahsuri.......
 menaiki teratak Sri Tama
 kat perigi Mahsuri........ ada ahli rombongan yang duk membasuh muka kat situ......

Lepas makam Mahsuri terus ke Cabel Car tapi tak dapat naik sebab ramainya orang dan beratur pun terlalu panjang. Kalau nak naik juga, kena tunggu lebih kurang 2 - 3 jam..... Buang masa ajer nanti untuk menunggu menaiki kereta kabel tu..... 

Lepas tu bas kami singgah di Kolam Air Panas tapi sorang pun tak turun, dah tak larat dah nak jalan-jalan. And then bas kami terus ke Idaman Suri pula. Masa untuk ber shopping lagi.

Dari Idaman Suri terus ke Ismail Group pula. Sambung shopping kat HIG pula. Kat HIG aku dah tak turun, tak larat dah........

Hasil dari Kampung

Assalammualaikum,

Inilah hasil yang kami dapat semasa balik ke Kampung en. suami semalam.... Rambutan dan Durian. Manggis tak ada pulak, habis dikerjakan dik tupai.
 ini yang kami bawa balik ke Nilai untuk separuh disedekahkan  kat Surau Al Ikhlas Cempaka 2......
 Durian yang belum dibelah......
durian yang tak habis dimakan di tapau untuk dibawa balik ke Nilai...... 

Haiiiiiii macamanalah demam aku nak elok...... semalam dibantai makan durian dan rambutan...... demam balik aku.......